Baru-baru ini isu basi yang mengaitkan DAP dan gerakan komunis dijelmakan semula oleh Ketua Pemuda UMNO, Asyraf Wajdi Dusuki.

Sumber:Babab.Net

Beliau telah mendakwa bahawa anggota Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming adalah anak saudara kepada pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin Peng.

Sebagai rekod, BN dan Umno sudahpun menggunakan perkataan ‘komunis’ untuk mengaitkan mana-mana gerakan kiri yang dilihat sebagai ‘ancaman’ sejak sekian lama.

 

Rakyat Kesal Level Ustaz Pun Masih Fitnah

Rata-rata rakyat Malaysia terutama yang beragama Islam sangat kesal dengan tindakan Asyraf yang digelar sebagai ustaz selama ini turut menggunakan fitnah tersebut. Sebelum ini beliau seorang yang baik dalam tutur bicaranya dan ramai yang mengidolakan beliau.

Sumber:Suara TV

Namun, kini lain pula jadinya apabila beliau agak lantang dalam menyentuh sentimen perkauman yang semakin parah dengan mengaitkan parti lawannya, DAP dengan berkata demikian.

Ramai rakyat mula sedar bahawa level atau jawatan ustaz hanya pada nama dan pangkat namun bukan pada keperibadian seseorang itu. Dimana nilai-nilai murni dalam Islam?

Sumber: Malaysiakini
Sumber: Malaysiakini
Sumber: Malaysiakini

Bukankah Islam sendiri melarang umatnya membuat dan menyebarkan fitnah kerana ia merupakan antara dosa-dosa besar yang dikutuk oleh Allah dan Rasul-Nya.

 

Asyraf Tampil Mohon Maaf Tapi Dengan Syarat

Susulan dakwaan Asyraf itu, Nga terdahulu memberi tempoh selama 24 jam kepada Asyraf untuk meminta maaf.

Dan akhirnya Asyraf akur dan memohon maaf kepada Nga.

Sumber: Twitter Nga Kor Ming

Namun, beliau turut meminta Nga juga perlu membuat permohonan maaf atas dakwaannya kepada seluruh rakyat kerana menggambarkan negara akan menjadi seperti Afghanistan jika Umno-Pas memerintah negara.

Permohonan maaf tersebut dibuat melalui kenyataan balas Asyraf kepada Nga melalui akaun Twitternya.

 

Nga Juga Sedia Menerima Permohonan Maaf

Timbalan Speaker Parlimen itu bersedia untuk memaafkan Asyraf berhubung tuduhan terhadap dirinya sebagai anak saudara Chin Peng.

Sumber: Twitter Nga Kor Ming

Beliau menyatakan perkara tersebut selepas Asyraf meminta maaf atas tuduhan yang dilemparkan terhadap Nga.

Beliau turut mengajak parti UMNO dan PAS untuk meninggalkan politik perkauman dan fahaman ekstrim agama. Menurut Nga, kedua-dua parti itu perlu meninggalkan budaya tersebut bagi demi bangsa dan negara Malaysia.

 

Umno Lebih Rapat Dengan Komunis?

Fitnah seperti ini bukanlah perkara yang baharu dan ini adalah contoh klasik bagaimana sesebuah pembohongan diulang-ulang.

Ia adalah ‘pengiklanan ilusi’ besar-besaran jentera propaganda Umno-BN.

Sumber:Malaysia Stylo News

Siapa masih ingat kejadian pada 18 Oktober 2017, dimana wakil parti Melayu itu diberi penghormatan untuk berucap dan memberi maklum balas berkaitan hubungan antarabangsa pada kongres Parti Komunis China (CPC).

Sumber:Malaysia Dateline

Ketika itu, Tengku Adnan Tengku Mansor menyatakan UMNO menghargai hubungan akrab dengan CPC dan menganggap ia kelangsungan 2 negara membabitkan 2 parti pemerintah saling bertukar pandangan.

DAP dituduh komunis, ironinya, kerajaan Malaysia zaman pemerintahan UMNO-BN telah dahulu menjalinkan hubungan baiknya dengan negara China yang berfahaman komunis.

 

Bukti Kemesraan UMNO-BN Pada Komunis

Kemesraan hubungan kerajaan BN yang diterajui UMNO bersama Parti Komunis China membuahkan hasil apabila semakin banyak tanah dan kepentingan negara ‘diusahakan’ oleh syarikat-syarikat gergasi China.

Sumber:perlisnews.wordpress.com

Ini bukan satu lagi rahsia. Ia dapat dilihat apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan penjualan 486 ekar bandar Malaysia kepada sebuah konsortium yang diketuai sebuah syarikat China pada harga RM12.35 bilion.

Malaysia juga telah menandatangani 14 perjanjian melibatkan pelaburan bernilai lebih RM143 bilion meliputi ekonomi, pertahanan, pertanian, pendidikan, kewangan dan sektor pembinaan.

 

Isu Komunis Hanya Senjata UMNO-BN Hancurkan PH

Momokan rasis itu semakin aktif kini dimainkan semula oleh UMNO-BN terutamanya dalam menghentam parti DAP dalam gabungan Pakatan Harapan (PH).

Nampaknya sentimen perkauman ini dijadikan senjata utama parti itu dalam menjatuhkan PH dan membuatkan rakyat berbelah bahagi dalam menyokong parti PH.

Hanya selepas 2008, DAP dilabel sebagai komunis untuk menakut-nakutkan rakyat. Dan itulah yang berlaku sehingga hari ini.

KATA ORANG

KATA ANDA

Wajarkah sentimen perkauman untuk menakut-nakutkan rakyat dimainkan oleh pemimpin politik?
2 votes · 2 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN