Bak kata orang dulu-dulu, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata-kata buruk padahnya! Baru-baru ini, tular di media sosial membabitkan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil yang memuatnaik ciapan di laman Twitter membabitkan sebuah kenderaan usang.

Sumber: Oh My Media

Dalam ciapannya itu, beliau dilihat seolah-olah mempersenda sebuah kereta jenis Proton Wira yang berada dalam keadaan usang dengan ayat berbunyi ‘kereta ni macam kereta perang’, ‘cukup sifat ni’ dan ‘ni bukan cukup sifat, ni cukup syarat je ni.’

Sebaik ciapan tersebut dimuat naik, netizen di media sosial mula memberikan pelbagai reaksi yang rata-ratanya mengecam tindakan Ahli Perlimen Lembah Pantai itu.

 

Dikecam Netizen

Berikutan tweet yang dimuatnaik itu, rata-rata netizen di media sosial mengecam teruk tindakan beliau dan menyifatkan kata-katanya itu sebagai satu bentuk penghinaan terhadap pemilik kenderaan terbabit.

Sumber: Malay Mail

Kata netizen, gurauan atau jenaka yang disampaikan oleh YB Fahmi tersebut dilihat tidak sesuai dengan statusnya sebagai seorang wakil rakyat.

Bukan itu sahaja, tweet yang dimuat naik beliau itu juga turut menerima reaksi daripada seorang pengarah filem, Al Jafree Md Yusop yang mengatakan jenaka tersebut tidak kena pada tempatnya.

Malah ada yang mencadangkan supaya YB Fahmi bertemu dengan pemilik kereta tersebut dan membuat permohonan maaf secara peribadi dan menghulurkan bantuan sewajarnya.

 

YB Mohon Maaf 

Selepas dikecam pelbagai pihak, YB Fahmi Fadzil akhirnya membuat permohonan maaf secara terbuka kepada netizen selepas menyedari komennya terhadap kenderaan lusuh terbabit menimbulkan kecaman.

Sumber: Malaysiakini

Katanya, selepas menyedari kecaman yang dilontarkan netizen, dia mengakui tidak sepatutnya menulis jenaka tersebut di laman Twitternya.

Ekoran dari kecaman yang diterima, Fahmi akhirnya telah memandamkan tweet tersebut yang telah dihujani kecaman dari pelbagai pihak.  

 

Perlu Lebih Sensitif

Sebagai seorang Ahli Parlimen, setiap apa yang dilakukan mereka pasti akan diperhatikan oleh rakyat terutamanya di media sosial.

Walaupun tweet YB Fahmi itu mungkin mahu menegur pemilik kenderaan tersebut sebagai cuai atau tidak cakna mengenai undang-undang jalan raya, namun beliau perlu lebih sensitif dalam setiap komen yang dimuatnaik memandangkan kita tidak tahu apa sebenarnya yang dihadapi oleh pemilik kenderaan tersebut.

Zaman sekarang ini, tidak semua orang bernasib baik untuk mengecapi kehidupan yang senang dan juga mewah. Jadi, sebagai manusia, tidak kira jawatan mahupun pangkat sekalipun, janganlah kita mempersendakan kesusahan orang lain. 

Oleh itu, sebagai seorang wakil rakyat, beliau seharusnya lebih bijak mengatur langkah di media sosial kerana ia mencerminkan sikap seorang pemimpin itu sendiri.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, adakah tweet YB ini keterlaluan walaupun niatnya hanya untuk berjenaka sahaja?
22 votes · 22 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN