Kerajaan kini menyediakan dokumen yang diperlukan sebelum memulakan prosedur pembatalan sijil Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

Tindakan itu adalah berdasarkan Seksyen 17 (2) Akta Pemegang Amanah 1992 kerana badan berkenaan tidak memenuhi syarat Suratcara Ikatan Amanah terutama dalam penubuhan anak syarikat.

Sumber: Free Malaysia Today

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin, berkata AIM sepatutnya membantu isi rumah termiskin, namun berlaku pelanggaran undang-undang oleh pentadbiran terdahulu.

Katanya, pihaknya mendapati banyak percanggahan dalam AIM sehingga laporan kewangan AIM bagi 2015-2016 tidak pernah dikemukakan.

Alasannya adalah masalah yang ditimbulkan oleh kerajaan terdahulu.

 

Rakyat Tidak Setuju

Sumber: FB BH Online

Susulan kenyataan itu, rata-rata rakyat Malaysia memang tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan yang ingin membatalakan pinjaman untuk usahawan orang Melayu.

Sumber: FB BH Online

Bantuan ini sudah banyak membantu mereka menguruskan perniagaan. Mereka mahu kerajaan menambahbaik AIM bukannya membatalkan.

Sumber: FB BH Online

Kebanyakkan yang meminta bantuan kewangan dari AIM ini adalah golongan ibu tunggal, wanita muda dan usahawan kecil. Pinjaman yang diberikan cepat lulus dan bukan seperti pinjaman di bank.

Mereka mengatakan kerajaan pada hari ini semakin kejam terhadap rakyat dan anak muda seperti pembayaran balik PTPTN.

Diharap kerajaan dengar keluhan rakyat marhaen, jangan sombong sebagai kerajaan kerana suara rakyat sekali lagi boleh memilih kerajaan yang mana mereka mahukan pada pilihan raya yang akan datang.

 

Kerajaan Tegaskan Akan Tetap Bantu Golongan B40

Bagaimanapun, Hanipa berkata, kerajan tidak akan mengenepikan kebajikan mereka yang menerima bantuan AIM khususnya golongan B40 dan wanita.

Sumber: Sinar Harian

Beliau kata rakyat tidak perlu risau sebab pembatalan itu tidak akan mengabaikan bantuan diberi kepada orang miskin.

Bagaimanapun, pihak yang didapati melanggar peraturan perlu dikenakan tindakan undang-undang.

Kalau sudah batal, bantuan apa lagi yang boleh dihulurkan oleh kerajaan? Rakyat sudah tidak mahu ditipu lagi.

 

AIM Banyak Bantu Golongan Wanita

AIM mampu membuka peluang baharu dalam bidang perniagaan khususnya kepada golongan wanita di seluruh negeri ini.

AIM dapat membantu usahawan wanita meluaskan jaringan perniagaan mereka.

Sumber: Harian Metro

Ramai ahli AIM telah berjaya dalam bidang yang mereka ceburi dan ini membuktikan misi dan visi digerakkan AIM kepada ahli-ahli berjaya dilaksanakan.

Usaha AIM perlu diteruskan dan diperkembangkan terutama kepada masyarakat di kawasan luar bandar masih memerlukan bimbingan dan bantuan daripada AIM.

 

Lebih 98% Peminjam AIM Lunas Pinjaman

AIM merekodkan kadar bayaran balik membanggakan apabila lebih 98 peratus daripada 350,000 peminjam melunaskan pinjaman sejak skim pembiayaan kredit mikro itu diperkenalkan 31 tahun lalu.

AIM mengeluarkan pinjaman keseluruhan berjumlah RM18 bilion kepada kumpulan sasar sejak skim itu dimulakan pada 1987.

Kebanyakan peminjam yang dikenali sebagai Sahabat AIM ini mendapat pembiayaan bagi meningkatkan aktiviti ekonomi dengan pembiayaan serendah RM5,000 dilaksanakan secara berkumpulan.

AIM menetapkan bayaran balik dibuat secara mingguan yang memerlukan peminjam berusaha bersungguh-sungguh memastikan kejayaan projek dan bayar balik pinjaman ikut jadual.

AIM menyerapkan elemen disiplin dalam pengurusan kewangan dan projek serta menggalakkan peminjam melaksanakan projek yang boleh menghasilkan pulangan jangka pendek dan cepat.

Dan tiada masalah pembayaran balik pun, setiap minggu pembayaran akan dibuat dan difahamkan pembayaran secara berkumpulan ini lebih baik. Ini kerana jika ada seorang ahli tidak mampu membuat bayaran, ahli-ahli lain perlu membayar untuk mereka yang tidak mampu. Jadi tiada pembayaran tertangguh kepada AIM.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pendapat anda, perlukah AIM dibatalkan, sedangkan ia banyak membantu golongan usahawan kecil untuk berniaga?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN