Menderma darah merupakan tindakan yang mulia, kerana bukan sahaja ia mampu menyelamatkan 1 nyawa malah 3 nyawa yang memerlukan bantuan.

Dengan kadar jumlah penduduk dunia yang meningkat setiap hari, pastinya semakin meningkat juga permintaan darah untuk digunakan bagi menyelamatkan pesakit.

Namun, malangnya tidak semua orang terbuka minda mereka untuk menderma darah.

Ada yang kerana tidak sedar akan kepentingannya atau mungkin kerana  tidak kisah langsung tentang manfaat yang boleh disalurkan kepada orang lain.

Namun yang pastinya, bukan semua orang dibenarkan untuk menderma darah, walaupun mereka benar-benar ingin membantu dan berbakti kepada masyarakat.

Antara beberapa faktor yang perlu diambil kira ialah:

  • Berusia 18-60 tahun.
  • Sihat tubuh badan.
  • Berat melebihi 45 kilogram.
  • Tidak berpuasa mahupun meminum arak sebelum menderma.
  • Bukan pembawa virus HIV.

Oleh itu, sebelum darah anda diambil, akan ada beberapa soalan saringan yang ditanya bagi memastikan tahap kesihatan anda cukup memuaskan untuk menjadi penderma.

Namun malangnya, ada juga individu yang tergamak menipu maklumat dan fakta tentang diri mereka ketika fasa saringan sehingga sanggup membahayakan nyawa orang lain.

Seperti yang berlaku di Singapura, seorang lelaki mendakwa dia tidak pernah melakukan hubungan seksual sedangkan dia pernah melakukan hubungan sejenis dengan pekerja luar negara yang datang berkerja di Singapura serta dengan lelaki yang tidak dikenali ketika pergi melancong ke Filipina.

Malah dia sempat melakukan lima kali pendermaan darah sebelum perbuatannya itu terbongkar di mana dia  mempunyai virus HIV positif. 

Tidak  pasti atas alasan apa dia menipu tentang sejarah hubungan seksualnya, mungkin kerana malu mahupun ada agenda jahat yang ingin dilakukan.

Tapi yang pasti, tindakannya itu mampu meragut nyawa pesakit lain yang tidak berdosa.

 

Rajin Derma, Bil Hospital Percuma

Jika anda merupakan penderma tegar yang secara konsisten melakukan kerja amal ini, pastinya ada manfaat yang tersedia demi membalas jasa baik anda.

Di Malaysia, jika anda telah menderma darah melebihi dua kali, anda boleh menerima suntikan Hepatitis B secara percuma.

Yang menariknya, jika menderma melebihi 50 kali, penderma boleh menerima rawatan secara  percuma bagi pesakit luar mahupun rawatan perubatan malah akan diberikan katil wad kelas pertama untuk mereka.

Menarik bukan? Cepat-cepat derma darah. Kelebihannya mungkin akan menyenangkan anda dikemudian hari.

 

Hubungan Sejenis Penyumbang No.1 Penyakit HIV

Di Malaysia, berdasarkan laporan Sektor HIV/STI Kementerian Kesihatan, 50 peratus daripada jumlah keseluruhan kes HIV baru yang dilaporkan sepanjang 2017 adalah berpunca dari masalah LGBT.

Malah kes HIV yang berpunca dari masalah perkongsian jarum dadah dikatakan semakin berkurang namun kes berhubung seks sonsang pula yang mula meningkat secara mendadak dan mendahului carta.

Ini adalah perkara yang perlu dipandang serius bukan sahaja pihak Kementerian Kesihatan malah mereka yang terlibat dengan gejala LGBT itu sendiri.

Mahukah mereka menghabiskan sisa hidup mereka dengan penyakit yang masih tiada penawarnya sehingga sekarang?

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa kata anda?
7 votes · 7 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN