Sumber: Alex Chandran

Baru-baru ini, Penduduk di Taman Lavender Height, Seremban gempar dengan penemuan banyak anjing liar mati dipercayai akibat diracun oleh individu tidak bertanggungjawab.

Berdasarkan beberapa ‘screenshot’ satu perbualan Whatsapp yang difahamkan daripada komuniti Taman Lavender Height , tindakan zalim itu dilakukan oleh salah seorang penduduk kawasan itu yang merupakan ‘pak haji’.

Melalui paparan perbualan tersebut, beliau telah meletak racun tikus dalam makanan anjing.

Apa yang menyedihkan, daging beracun tersebut bukan hanya dimakan anjing liar di kawasan itu, tetapi anjing peliharaan salah seorang penduduk di taman berkenaan juga turut terkorban.

Matlamat Tidak Menghalalkan Cara

Sumber: Twitter Partimekl

Tindakan mereka itu dipercayai kerana masalah banyak anjing liar berkeliaran di taman perumahan berkenaan.

Penduduk khuatir dengan kelamatan dan kebersihan tempat tinggal mereka. Tetapi cara mereka itu melampaui batasan.

Namun, ada yang memuji tindakan orang berkenaan yang meracun semua anjing-anjing itu dan menyamakan beliau seperti Thanos kerana dapat mengurangkan bilangan anjing liar di taman mereka dalam sekelip mata.

Ada juga penduduk lain yang meminta untuk diajar membuat racun berkenaan supaya mereka juga boleh menggunakan cara sama untuk membunuh anjing liar itu.

Sumber: Twitter Partimekl

Tidak kurang juga ada yang membantah tindakan tidak berkepermanusiaan ini. Mereka berpendapat pasti akan ada haiwan lain selain anjing yang akan turut menjadi mangsa.

Walaupun kehadiran anjing liar ini tidak disenangi penduduk, tetapi membunuhnya dengan cara ini memang sangat kejam. Matlamat tidak menghalalkan cara untuk melakukan sesuka hati tanpa memikirkan kesan lain.

Sebagai seorang individu yang memaparkan sebagai Islam, seharusnya beliau menunjukkan contoh dan teladan yang baik kepada semua orang. Agama tidak mengajar untuk menzalimi binatang walaupun anjing adalah binatang yang haram untuk dipegang.

Malah di dalam Islam menggalakkan sikap belas kasihan dan berbuat baik sesama makluk.


Faktor Anjing Liar Bertambah

Terdapat beberapa faktor anjing liar kian bertambah di kawasan perumahan antaranya ialah kerana ada penduduk yang memberi makan kepada haiwan ini. Apabila binatang berkenaan tahu punca makanan di sana , mereka akan datang dan membiak.

Selain itu ada juga penduduk yang sudah tidak mampu untuk menampung kos pemeliharaan anjing peliharaan mereka apabila sudah membiak dengan begitu banyak. Cara yang mudah mereka melepaskan haiwan berkenaan.

Sumber: Petnyaku.com

Apabila terlalu banyak anjing berkeliaran, ia turut memberi kesan kepada penduduk juga termasuk dari segi keselamatan dan kesihatan.
Kehadiran anjing liar berkenaan akan menyebabkan kekotoran di kawasan perumahan tersebut apabila haiwan itu kerap mencari makanan di tong sampah dan sisa bungkusan.

 

Apa yang Boleh Dilakukan

Sepatutnya dalam kes ini, biarlah pihak berkuasa tempatan yang menguruskannya dan tiada haiwan yang tidak bersalah turut sama mati.

Seperti Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) , mereka tidak akan membunuh anjing liar yang ditangkap di sekitar bandar raya tersebut , sebaliknya akan menggunakan kaedah ‘Trap-Neuter-Release’ atau Tangkap-Kasi-Lepas (TNR).

Sumber: food.detik.com

Anggota majlis MBI, Aldrich Low Guo Nan berkata melalui kaedah itu, haiwan berkenaan akan dimandulkan bagi mengelak pembiakan, sekali gus mengatasi masalah terhadap penduduk termasuk daripada aspek keselamatan.

Namun kos pembedahan bagi memandulkan anjing ini agak mahal dimana menelan belanja sehingga RM200 seekor.

Walau apapun, diharap individu yang bertanggungjawab akan pembunuhan kejam ini akan disiasat di bawah Akta Kebajikan Haiwan.

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa kata anda?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN