Sumber: Bebas News

Pengumuman Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Sabah, Datuk Christina Liew mengenai ketiadaan Badak Sumatera di Sabah telah mengesahkan bahawa negara kita sudah tidak lagi mempunyai badak sumbu.

Berdasarkan Kajian Bersama NGO

Ia berdasarkan kajian yang dilakukan oleh kerajaan negeri bersama Borneo Rhino Alliance dan Tabung Alam Dunia (WWF) Malaysia. Kajian yang dilakukan di Hutan Simpan Ulu Malua mendapati tidak menemui sebarang kesan tapak kaki dan rakaman gambar Badak Sumatera melalui pemasangan kamera.

Sumber: Utusan

Malah, Badak Sumatera betina yang dipelihara oleh kerajaan juga turut mati pada Jun 2017. Haiwan tersebut terpaksa disuntik mati di Hutan Simpan Hidupan Liar Tabin, Lahad Datu kerana menghidapi kanser kulit. Maka negara sudah tidak punyai badak sumbu.

Sumber: Utusan Badak Jawa

Badak Jawa dan Badak Sumatera

Sebelum ini terdapat dua jenis badak sumbu yang berada di Malaysia iaitu Badak Jawa dan Badak Sumatera. Namun begitu, Badak Jawa dikatakan sudah pupus pada tahun 2017.

Ini berdasarkan kenyataan yang disahkan oleh Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Dr Hamim Samuri ketika ucapan perasmian Seminar Biodiversiti 2017.

Hamim berkata, pada tahun 2010, Jabatan Perhilitan masih lagi merekodkan tiga ekor Badak Jawa di negara ini namun sepsis tersebut gagal dikesan dan direkodkan pada tahun 2017 menerusi pemantauan yang dijalankan menggunakan pelbagai kaedah termasuk pemasangan kamera.

Sumber: Voaindonesia

Faktor Kepupusan

Punca utama kepupusan badak sumbu dipercayai akibat kemusnahan hutan yang menjejaskan habitat semula jadi mereka. Selain itu, faktor pembalakan, pemburuan dan bilangan sepsis yang ada tinggal berjauhan antara satu sama lain menyukarkan proses kelangsungan hidupan tersebut.

Benar perburuan sangat menguntungkan, lebih-lebih lagi bagi spesis haiwan terancam seperi badak sumbu, harimau, tenggiling dan sebagainya. Apakah kita tidak terfikir kesan dan akibatnya? Kepupusan spesis terancam seperti badak sumbu ini sangat mendukacitakan buat negara.

Kini Bergantung Kepada Indonesia

Maka kelangsungan hidup badak sumbu hari ini hanya bergantung sepenuhnya kepada Indonesia yang masih mempunyai Badak Sumatera, Itu pun kurang daripada 100 ekor di hutan belantara.

Badak Sumatera hanya mampu tinggal di dalam hutan hujan tropika dengan ciri-ciri kawasan yang diselubungi hutan tebal, struktur tanah pamah dan mempunyai banyak saliran.

Justeru langkah-langkah penjagaan secara drastik dan menyeluruh perlu diambil, kerana dengan bilangan haiwan berkenaan yang kurang daripada 100 ekor dijangka haiwan tersebut pupus sepenuhnya tidak lama lagi.

Cabaran Pembiakan Badak

Proses membiakkan badak sangat mencabar. Ini kerana proses pembiakkan sangat sukar dilakukan. Sebabnya, populasi jantina badak jantan dan betina tidak seimbang untuk mengawan. Terdapat badak jantan yang terlalu tua dan terdapat badak betina yang terlalu muda dan sebaliknya.

Berdasarkan laporan Kosmo, badak betina yang tidak dibunting dalam masa yang panjang apabila sampai tempoh matang mengakibatkan saluran peranakkannya bermasalah yang menghalang pembiakkan.

Masalah sama turut berlaku di pusat pembiakan. Percubaan membiakkan badan di dalam kurungan ternyata gagal ekoran beberapa faktor seperti masalah kesuburan, penyakit dan keserasian tempat. Apa yang pasti kita mengharapkan agar ada sinar di balik gelap bagi memastikan ‘survival’ hidupan ini akan terus terpelihara untuk tatapan generasi akan datang.

KATA ORANG

KATA ANDA

Mampukah survival badak sumbu dunia dipertahankan?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN