Siapa sangka, Emiriah Arab Bersatu (UAE), negara yang paling pesat membangun ketika ini turut menawarkan jualan sebuah pulau. Pulau Al Marjan merupakan gabungan empat pulau buatan manusia di kawasan utara UAE, Ras Al Khaimah.

Diasaskan Tahun 2013

Pulau itu telah didirikan oleh Al Marjan Island Company, sebuah syarikat hartanah terkemuka di UAE pada tahun 2013. Mengikut rekod, pulau ini menjadi salah satu tempat pelancongan utama di UAE dengan menerima lebih daripada 100 ribu pengunjung pada tahun 2014.

Sumber: The Business Year

Pengarah Urusan Syarikat Pulau Al Marjan, Abdullah Rashed Al Abdooli berkata, pelaburan yang tinggi di Pulau Al Marjan bertepatan dengan peningkatan terhadap permintaan hotel mewah dan kediaman pangsapuri.

Hal ini membuktikan bahawa pelabur memantau dengan teliti pasaran hartanah di UAE dan menyalurkan pelaburan mereka dengan sewajarnya.

Suasana Mengagumkan

Keempat-empat pulau tersebut termasuk Pulau Treasure, Pulau Dream, dan Pulau View menawarkan suasana mewah secara semula jadi serta pemandangan yang menakjubkan di Teluk Arab berdasarkan iklan hartanah dalam talian terbabit.

Sumber: Daily Mail

Selain itu, pulau tersebut menawarkan peluang rekreasi dan hiburan yang lengkap bagi memastikan kanak-kanak, orang dewasa, penduduk dan pelancong menikmati masa bersama keluarga dengan berkualiti.

Sumber: Daily Mail

Terdapat rumah-rumah di tepi pantai, hotel dan resort berkualiti, marina, pantai persendirian bagi penduduk, kemudahan barangan runcit dan kemudahan rekreasi menjanjikan pulau tersebut mempunyai pelaburan yang unik dengan pulangan yang lumayan.

Pulau Al Marjan bukan sahaja merupakan kawasan pelancongan, tetapi dilengkapi dengan kawasan kediaman, pelbagai hospitaliti seperti pusat membeli-belah, kemudahan sukan, kelab dan pusat peranginan serta infrastruktur yang berdekatan. Dengan kata lain, pulau ini boleh dianggap sebagai sebuah kawasan metropolis.

Struktur Pulau

Pulau Breeze didirikan dengan pelbagai jenis hotel. Pulau Treasure merupakan kawasan kediaman terkenal dan dibina pada 2,500,000 kaki dari aras laut. Pulau View pula merupakan pulau yang berada di bahagian tengah antara pulau-pulau tersebut yang menjadi kawasan utama perumahan dan perhotelan.

Manakala Pulau Dream dengan keluasan 370,000 meter, persegi merupakan kawasan pantai yang luas dengan terdapat beberapa hotel dan kelab di sekitarnya.

Sumber: Daily Mail

Berdasarkan kedudukan geografi, pulau ini terletak kawasan utara UAE, di belakang Semenanjung Arab, dilindungi oleh Pergunungan Yanis dan Jais. Dengan rekaan pulau yang berbentuk bulatan dan karang semestinya menjanjikan keunikan pada pulau ini.

Sasaran Pelabur Luar

Pulau tersebut berkeluasan sekitar 267 hektar dengan harga jualan ditawarkan pada harga 360 juta pound bersamaan RM1.88 bilion. Berdasarkan iklan tersebut, sasaran jualan adalah pembeli asing dengan tawaran tidak dikenakan cukai pendapatan atau kawasalan tukaran matawang.

KATA ORANG

KATA ANDA

Sekiranya terdapat pulau buatan di Malaysia untuk dijual, adakah anda bersetuju?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN