Awal tahun 2020, pasti ramai orang berpusu-pusu ke Pulau Pangkor untuk membeli belah dan bercuti di sana kerana pulau berkenaan bakal mendapat status bebas cukai.

Sebelum ini, pusat pelancongan utama negara, Langkawi merupakan zon bebas cukai dan  kini, Pulau Pangkor juga akan menjadi seperti negeri Helang itu juga.

Tiada Cukai SST

Sumber:The Malaysian Times

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, bertitah bahawa pihak kerajaan sudah membuat permohonan untuk menggazetkan Pangkor sebagai pulau bebas cukai.

Ini bermaksud Pulau Pangkor akan dikecualikan daripada Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST). Status Pulau Pangkor bebas cukai telah diumumkan oleh kerajaan sebelumnya pada pembentangan bajet 2018 di parlimen.

Dalam pembentangan bajet tersebut menyebutkan perlaksanaan cukai ini akan melibatkan semua barangan kecuali produk tembakau, alkohol dan kenderaan. Pelancong dan pengusaha pelancongan sebelumnya juga menyambut kenyataan ini sebagai suatu perkara yang akan membantu sektor pelancongan dan ekonomi Pulau Pangkor.

 Arak Dan Rokok Dicukaikan

Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu berkata, semua barangan akan dikecualikan cukai kecuali minuman keras dan rokok sahaja.

Sumber:The Star

Pengecualian dua barangan tersebut adalah juga daripada cadangan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Bagaimanapun, Ahmad Faizal berkata perkara tersebut sedang diperincikan menjelang pewartaan Pangkor sebagai Pulau Bebas Cukai pada awal tahun depan.

Menjelas lanjut, Ahmad Faizal berkata Kementerian Kewangan melalui surat bertarikh 22 Jan lepas bersetuju agar jeti di pekan Pangkor dijadikan jeti awam pelancong, manakala jeti di Sungai Pinang Besar sebagai jeti kargo.

Katanya kementerian itu juga sedang dalam tindakan meminda beberapa akta serta perundangan subsidiari yang terlibat termasuk Akta Kastam 1967, Akta Eksais 1976, Akta Cukai Jualan 2018, Akta Cukai Perkhidmatan 2018 dan Akta Zon Bebas 1990.

Rakyat Pula Tidak Puas Hati

Sumber:Kosmo

Susulan daripada kenyataan pengecualian dua barangan tersebut, rata-rata rakyat Malaysia kurang bersetuju dengan pengeculaian bebas cukai bagi minuman keras dan rokok.

Mereka mahu dua barangan itu juga bebas cukai seperti barangan yang lain. Adakah mereka lupa bahawa pengecualian tersebut adalah daripada kerajaan sebelum ini juga, dan cadangan itu diterima baik, maka ia diteruskan sahaja oleh kerajaan dibawah Pakatan Harapan.

Rasanya tiada masalah untuk kerajaan berbuat demikian. Tambahan pula rokok dilarang dihisap di tempat awam.

Menambah Pendapatan Penduduk Pangkor

Dengan adanya, Pulau Pangkor sebagai zon bebas cukai ini, ia akan memberikan pendapatan yang bagus buat penduduk di kawasan berkenaan.

Pembangunan industri pelancongan Pangkor perlu dijaga dengan baik supaya sesuai untuk pelancongan dan keluarga.

Sumber:MalaysiaGazette

Selain itu, Ahmad Faizal menasihati penduduk Pangkor supaya tidak menjual tanah milik mereka sebaliknya bekerjasama dengan pihak kerajaan atau swasta bagi memajukan pulau itu sebagai pusat pelancongan utama negeri ini.

Sumber:freemalaysiatoday.com

Mungkin penduduk Pangkor perlu dididik untuk tidak menjual tanah mereka kerana mereka sendiri akan mendapat keuntungan. Hal ini mendatangkan kembimbangan apabila ada pelabur yang datang mahu membeli tanah dan mengumpan penduduk dengan harga yang lumayan.

Sedangkan, penduduk di kawasan itu boleh menjana pendapatan tanpa menjual tanah mereka.

Pulau Pangkor Akan Tarik Lebih Ramai Pelancong

Dengan ini, nampaknya Pulau Pangkor diyakini mampu menarik kunjungan lebih ramai pelancong tempatan dan juga asing ke negeri Perak.

Sumber:Harian Metro

Exco Kerajaan Negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohd Radzi berkata, pihaknya nyata berbangga dengan pengumuman berkenaan setelah menunggu sejak sekian lama.

Menurutnya, justeru pengumuman itu bakal menyaksikan penambahbaikan serta kerja-kerja naiktaraf kemudahan infrastruktur di kawasan berkenaan.

Pengumuman ini semestinya akan membawa kelainan, tambahan pula ia menjadikan Pulau Pangkor sebagai pulau kedua yang diisytiharkan sebagai pulau bebas cukai.

Bakal Setanding Langkawi

Persatuan Pengembaraan Asia Pasifik (PATA) Travel Mart 2018 menyatakan
jumlah pelancong ke Langkawi dijangka meningkat sehingga lima juta orang menjelang 2020.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Datuk Azizan Noordin, berkata penganjuran acara bertaraf antarabangsa itu mampu melonjak industri pelancongan tempatan ke tahap lebih tinggi.

Sumber:Mai Singgah

Katanya, lebih 2,000 pemain industri pelancongan luar negara memberi maklum balas positif untuk menjadikan Langkawi sebagai lokasi pelancongan selepas mengadakan lawatan di sekitar pulau berkenaan.

Tahun lalu, Langkawi menerima 3.6 juta pelancong dan pada tahun ini menjangkakan jumlah itu meningkat kepada empat juta.

Mengulas lanjut Azizan berkata, kesan menaik taraf lapangan terbang berkenaan membolehkan ia dapat menampung kemasukan empat juta pelancong berbanding 1.3 juta sebelum ini.

Sebanyak 232 penerbangan seminggu kini untuk ke Langkawi, meliputi dari Kuala Lumpur, Johor Bahru, Singapura dan empat penerbangan dari China.

Selain melalui penerbangan, pelancong juga memasuki Langkawi menerusi jeti di Kuala Kedah dan Kuala Perlis.

Jadi, tidak mustahil Pulau Pangkor juga dapat menarik lebih ramai pelancong jika pemain industri lebih ramai masuk dan menaiktaraf pusat peranginan itu juga.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah anda bersetuju arak dan rokok dikenakan cukai?
2 votes · 2 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN