Pusat peranginan terkenal, Pulau Boracay yang ditutup sejak enam bulan lalu kini telah dibuka kepada orang ramai susulan kerosakan akibat kehadiran pelancong yang tidak terkawal.

Filipina menerusi satu kenyataan semalam mengumumkan akan membuka semula pusat peranginan tersebut selepas selesai membaik pulih reputasi pulau tersebut dengan melidungi laut serta kualiti pasir yang menjadi faktor tarikan buat pelancong setiap tahun.

Sebaiknya pusat peranginan itu dibuka kepada orang ramai, hanya segelintir restoran dan hotel sahaja dibenarkan beroperasi selain pihak berkuasa Filipina akan mengambil langkah penguatkuasaan yang lebih ketat kali ini termasuk dengan mengehadkan kedatangan pelancong.

Namun, dengan langkah penguatkuasaan yang diambil oleh pihak berkuasa Filipina, adakah ianya dapat mengekalkan keindahan semulajadi pulau tersebut daripada terus dicemari oleh pelancong luar sekaligus membuka budaya pelancongan lestari di Filipina?

 

Mengapa Pulau Boracay Ditutup?

Sumber: Mashable

Bermula 26 April lalu, keputusan penutupan Pulau Boracay telah dibuat oleh Presidennya, Rodrigo Duterte dalam mesyuarat Kabinet berikutan perairan pantai dilihat kotor ibarat lubang sampah disebabkan oleh kesesakan dan pembangunan.

Bukan itu sahaja, Rodrigo Duterte turut melabelkan pulau tersebut sebagai loji kumbahan akibat bau busuk sisa manusia yang dilepaskan ke laut.

Mana tidaknya, pulau Boracay ini adalah salah satu destinasi pelancongan utama di Filipina yang menjadi pilihan pelancong dari dalam mahupun luar negara kerana keindahan semulajadinya hingga menghasilkan pendapatan kira-kira AS$1 bilion ((RM3.87 bilion) setiap tahun.

Pulau yang berkeluasaan 1,000 hektar ini juga memegang gelaran sebagai antara salah satu pulau yang terbaik di dunia sehingga berjaya mencatatkan seramai 40,000 pelancong dalam sehari lebih-lebih lagi pada musim panas.

Sumber: The Nation

Bila kedatangan pelancong semakin banyak setiap tahun, sudah pastinya sampah sarap yang dihasilkan juga banyak hingga boleh menjejaskan imej persekitaran pulau berkenaan.

Difahamkan, Filipina juga akan mengurangkan kedatangan pelancong kepada 19 ribu sahaja demi menjaga kelestarian pulau tersebut.

 

Sikap pelancong punca berlakunya pencemaran Pulau Boracay

Bercuti di luar negara lebih-lebih lagi di kawasan pulau pastinya menjadi impian setiap seorang sama ada untuk berbulan madu atau bercuti bersama keluarga mahupun rakan.

Namun, di sebalik keseronokan dan keterujaan tersebut, pernahkan kita terfikir akan kesan kehadiran pelancong yang ramai boleh menjejaskan ekosistem di sesuatu kawasan itu.

Sebagai masyarakat yang prihatin, apabila kita melancong ke luar negara tabiat buruk seperti membuang sampah di merata-rata tempat harus dihapuskan.

Sumber: Utusan

Bayangkan setiap tahun ribuan pelancong datang ke pulau kemudian membuang sampah di merata-rata tempat, apa yang akan berlaku terhadap pulau tersebut?

Jika buang sampah di pesisir pantai, pastinya sampah tersebut dihanyutkan ke dalam air sekaligus boleh menjejaskan hidupan akuatik di dalam laut.

 

Pencemaran Alam Jejas Industri Pelancongan dan Hidupan Laut

Industri pelancongan sememangnya berkait rapat dengan pembangunan dan penerokaan alam semula jadi.

Malah, apabila sesuatu kawasan pulau itu dibangunkan, sudah pasti ia akan memberi kesan buruk terhadap alam sekitar dan juga hidupan laut di sekelilingnya.

Kesan pembuangan sampah sarap seperti plastik, sisa industri dan minyak dikenal pasti antara punca utama hidupan laut serta akuatik mati akibat sisa sampah sarap yang dibuang oleh manusia.

Malah ada kajian mendapati sekurang-kurangnya 30,000 hidupan marin mati akibat terperangkap atau tercekik termasuk burung laut, penyu dan ikan paus yang termakan sisa plastik mahupun straw yang dibuang di kawasan pesisir pantai.

Bukan itu sahaja, pencemaran alam yang dihasilkan oleh pelancong juga turut memberi tempias kepada kira-kira 400 hotel penginapan dan restoran di Pulau Boracay di mana mereka terpaksa menutup operasinya sekaligus menjejaskan pekerjaan mereka.

Sumber: Inquirer News

Akibat pencemaran alam, ada pekerja di kawasan pulau kehilangan pekerjaan mereka disebabkan terpaksa menanggung kerugian yang tinggi yang akibat penutupan Pulau Boracay tersebut.

Bukan itu sahaja, selepas Pulau Boracay dibaik pulih, banyak hotel dan restoran juga terpaksa menutup operasi mereka disebabkan dasar baru Filipina yang mahu mengurangkan aset di kawasan pulau.

KATA ORANG

KATA ANDA

Wajarkah individu yang mencemarkan kawasan pantai dikenakan tindakan undang-undang kerana telah menyusahkan banyak pihak untuk membaik pulih kawasan tersebut?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN