Tergamaknya seorang bapa sanggup memukul anak perempuannya menggunakan tukul pemecah dinding hanya disebabkan belum mendapat sebarang tawaran pekerjaan selepas menamatkan pengajian dan mendapat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang perakaunan.

Sumber: Lobak Merah

Apa yang lebih memilukan, kejadian itu berlaku ketika mangsa sedang membaca Al-Quran sebelum didatangi bapanya yang secara tiba-tiba bertindak memukulnya di beberapa bahagian di kepala yang menyebabkan mangsa yang berusia 24 tahun itu mengalami kecederaan serius di bahagian kepala.

Manakala bapanya yang menyesal dengan kejadian itu bertindak mencederakan diri dengan menghentak kepalanya di dinding rumah dan menerima lima jahitan di kepala serta turut mengalami keretakan pada tulang tapak tangan kiri.

Insiden tersebut bagaimanapun telah mencetuskan pelbagai reaksi netizen di media sosial yang kebanyakannya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan lelaki itu sebagai tidak wajar dalam menegur anak.

 

Beban Dan Tekanan Hidup Jadi Punca

Setiap daripada kita, pasti pernah mengalami fasa tekanan hidup bukan? Tipu kalau kita tidak pernah mengalami situasi seperti ini.

Melihat kepada insiden ini, ada kemungkinan kejadian yang berlaku ini disebabkan masalah tekanan hidup yang dialami oleh keluarga mangsa.

Sumber: Wajibbaca.com

Kita sedar, seorang bapa itu perlu memikul semua tanggungjawab dalam satu masa untuk menyara keluarga sehingga tidak sedar dirinya mengalami tekanan.

Ada kemungkinan, masalah tekanan di tempat kerja ditambah pula dengan masalah peribadi menyebabkan seseorang itu mendapat gangguan psikologi, fisiologi yang akhirnya boleh mencetuskan tingkah laku di bawah sedar atau luar kawal.

Dan sekiranya tekanan yang dialami ini tidak dikawal, ia sama sekali boleh menggugat keupayaan seseorang itu untuk mengendali situasi sekaligus memudaratkan keadaan sekeliling termasuk ahli keluarga yang disayangi.

 

Cari Penyelesaian Terbaik, Bukan Memukul!

Ibu bapa perlu faham, sekarang ini bukan senang untuk mendapat sesuatu pekerjaan dalam masa yang singkat.

Sumber: TudungSiComel.com

Tidak kira anak anda graduan cemerlang dalam apa jua jurusan dan memiliki Ijazah mahupun belajar di universiti terkemuka, mereka tetap perlu berhadapan dengan kesukaran mencari pekerjaan yang sesuai mengikut kelayakan masing-masing.

Bukan hendak kata, mereka yang menganggur ini malas untuk mencari kerja, tetapi rezeki mereka belum tiba lagi.

Jika kita lihat di negara kita, isu mengenai kadar pengangguran dalam kalangan belia bagai tiada kesudahannya walaupun kerajaan sudah menyediakan pelbagai program dan skim latihan pekerjaan seperti Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) secara khususnya.

Sumber: Leaderonomics.com

Meskipun graduan ini sudah menghantar ‘resume’ mereka kepada syarikat-syarikat besar namun mereka masih belum ditawarkan apa-apa pekerjaan sehingga ada yang terpaksa menganggur lebih daripada setahun!

Apa-apa pun, sebagai ibu bapa, mereka tidak boleh menuding jari serta meletak kesalahan itu kepada anak.

Sekiranya ada perkara yang tidak menyenangkan, ibu bapa perlu menegur dengan cara yang elok dan bukannya naik tangan kerana ia boleh memberi kesan emosi kepada anak.

 

Kerajaan Perlu Tangani Masalah Pengangguran

Sumber: Tribunnews.com

Walaupun sehingga 31 Ogos 2018, seramai 125,986 graduan dibantu secara langsung dan tidak langsung melalui pelbagai program namun masih ramai di antara mereka yang belum mendapat pekerjaan lebih-lebih lagi mereka yang menetap di kawasan luar bandar.

Memang tidak dinafikan hari ini, kadar migrasi golongan belia dari kawasan luar bandar ke bandar sangat tinggi disebabkan kurangnya kegiatan ekonomi luar bandar yang menyebabkan mereka tidak mempunyai pekerjaan.

Apa yang penting, program dan skim latihan pekerjaan perlu diwujudkan di kawasan luar bandar bagi mengurangkan kadar migrasi tinggi dalam kalangan belia ke kawasan bandar.

KATA ORANG

KATA ANDA

Perlukah bapa ini dikenakan hukuman atas tindakan mencederakan anak menggunakan tukul pemecah dinding, hanya disebabkan belum mendapat sebarang tawaran pekerjaan?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN