Baru-baru ini, Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad berkata, permainan dalam talian ‘Player Unknown’s Battleground (PUBG) wajar diharamkan kerana terdapat unsur-unsur mendidik golongan muda ke arah aktiviti keganasan. Permainan aplikasi tersebut sudah menular dalam kalangan masyarakat dan menjadi kegilaan ramai.
Beberapa hari sebelum kejadian keganasan di Christchurch, wilayah Gujarat di India telah mengharamkan permainan PUBG selepas mencetuskan kerisauan dalam kalangan ibu bapa kerana mampu mendatangkan pengaruh buruk dan unsur ganas kepada anak-anak.
Berdasarkan maklumat media, permainan itu telah dimuat naik oleh lebih 100 juta pengguna di seluruh dunia.
Beri Kesan Kepada Kanak-Kanak, Remaja
Mufti turut menambah, kerajaan wajar memikirkan sesuatu kerana permainan ini jelas memberi kesan terhadap kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar. PUBG juga mampu menghilangkan perasaan simpati, belas ihsan, kasih sayang dan membentuk anak muda yang tidak ada perasaan.
Seruan ini dibangkitkan selepas berlakunya tragedi keganasan di dua masjid di Christchurch, New Zealand baru-baru ini sebelum solat Jumaat yang mengorbankan 50 orang umat Islam.
Namun begitu, nada berbeza ditampilkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Beliau berkata, permainan PUBG tidak seharusnya dikaitkan dengan unsur keganasan.
Sekiranya tiada permainan aplikasi tersebut, keganasan tetap akan berlaku sekiranya individu terbabit mempunyai fahaman ekstrimisme.
Jangan Menilai Tanpa Sebab Kukuh
Bagi beliau, sebelum kewujudan PUBG, keganasan tetap berlaku dan beliau meminta agar jangan cepat menyalahkan sesuatu perkara tanpa sebab yang kukuh.
Perkara sama turut dipersetujui oleh Kerajaan Pas Kelantan. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan berkata, adalah tidak wajar peristiwa keganasan di Christchurch dikaitkan dengan PUBG.
Kalau Tiada Senjata Boleh Juga Bunuh
Beliau menambah, sekiranya individu mnempunyai niat membunuh, tiada senapang pun boleh membunuh dengan menggunakan senjata lain seperti pisau, pedang dan sebagainya.
Bagi orang ramai, permainan tersebut bukan perkara baru memandangkan sebelum ini, terdapat permainan-permainan tembakan dan peperangan dalam talian yang menjadi kegilaan ramai serata dunia.
Counter Strike antara salah satu permainan peperangan yang menjadi trend remaja pada suatu ketika dahulu, namun tidak mendatangkan pengaruh-pengaruh keganasan kepada masyarakat sehingga ke hari ini.
Hormati Pandangan Walau Beza Pendapat
Sehingga kini, hanya Mufti Negeri Sembilan sahaja yang memberi pandangan mengenai isu ini. Sekiranya masyarakat tidak bersetuju dengan pandangan mufti terbabit, penilaian mereka perlulah berdasarkan penilaian yang adil dan menghormati mufti. Tidak salah bersetuju untuk tidak bersetuju.
Memang benar, segala bentuk permainan sama ada dalam talian mahupun di luar talian memberi kesan negatif kepada seseorang khususnya kepada perkembangan sosiologi. Namun begitu, permainan ini hanya dilimitasikan hanya sekadar satu bentuk hiburan tetapi tidaklah sehingga menyebabkan tersebarnya unsur-unsur keganasan seperti yang diperkatakan.
KATA ORANG
aku nk tanya la, why pubg yg menjadi sasaran? byk lagi games tembak2 lain..tu dh berkurun counter strike, siap jadi tournament seluruh dunia. Gi lah check ada ke diorg jadi liar luar game? Gamer ni meletakkan pubg limit sekadar hiburan, tidak lebih dari tu nk bunuh2 org bagai
— Is (@shahreez31) March 18, 2019
kalau betul main game perang boleh pengaruh keganasan, kenapa team bola malaysia masih cap ayam? padahal banyak seja anak muda main PES/FIFA.
— Encik ⠚⠥⠎⠗⠑⠑ (@encik_jusree) March 18, 2019
Kaum hawa nesti suka kan kalau pubg diharamkan.... pic.twitter.com/hnim0YHLkl
— abangpro69 (@abangpro69) March 18, 2019
sapa yg kata pubg nk diharamkan tu mesti hidup tak pernah main video game. Dude, it just a game, takde kaitan dgn isu keganasan all that.
— Is (@shahreez31) March 17, 2019