Pasti ramai wanita-wanita yang hamil berada dalam keadaan dilema apabila mereka tidak pasti samada mereka patut berpuasa ataupun tidak.

Malah doktor juga turut menasihatkan ibu-ibu hamil untuk berbuka segera jika mereka berasa tidak larat untuk meneruskan puasa mereka.

Memang betul ramai yang pernah melalui kehamilan ketika ramadhan mampu bertahan dan tiada sebarang komplikasi yang berlaku terhadap diri dan kandunganya.

Namun, tidak semua orang mempunyai kekuatan daya badan yang sama. Malahan bagi wanita Muslim, hukum membenarkan wanita yang hamil dan menyusu anak untuk tidak berpuasa dengan menjaga kepentingan diri mereka, janin yang dikandung dan juga anak yang mereka susukan.

Begitu indah hukum Allah kerana mengangkat darjat ibu-ibu yang hamil dan meringankan tuntutan agama.

Namun begitu, tidak dinafikan ada pasangan dan ahli keluarga yang memandang rendah terhadap wanita yang hamil dan menyusu. Mereka menganggap ibu-ibu ini sengaja menggunakan alasan hamil bagi mengelakkan untuk berpuasa.

Konflik begini yang sering memberi tekanan kepada si ibu dan bakal ibu dan merasa seperti mereka wajib juga untuk berpuasa kerana desakan orang sekeliling.

Sebelum ini, banyak berlaku kes keguguran berlaku samada janin masih baru ataupun sudah melepasi trimester ketiga cuma risikonya rendah.

Ini kerana janin bergantung 100% kepada si ibu untuk setiap oksigen dan makanan yang diambil, jadi dengan berpuasa ada sesetengah wanita yang mengalami masalah kekurangan zat makanan mengakibatkan mereka tidak dapat membekalkan nutrien yang secukupnya untuk kandungan mereka.

Kerana itulah, risiko keguguran dan kelahiran pramatang berlaku.

Apa-apa pun jika ibu-ibu tetap ingin berpuasa, pastikan anda mendapatkan dahulu nasihat bagi memastikan kesihatan badan anda cukup kuat. Siapa yang tidak mahu berpuasa kan?

Ramadhan hanya setahun sekali, dan belum tentu Ramadhan tahun hadapan kita masih ada untuk menyambut kehadirannya. Pahala yang berlipat kali ganda pasti tidak mahu dilepaskan dengan begitu sahaja.

 

Ibu Hamil Disarankan Tidak Berpuasa Jika

Ada beberapa alasan mengapa ibu hamil dibenarkan untuk tidak berpuasa. Antaranya ialah

  1. Ibu mempunyai Diabetes
  • Kerana bacaan gula akan melambung naik dan ini boleh membahayakan si ibu dan juga bayi yang dikandung. Menurut Doktor Imelda Balchin, ibu yang mengandung dan mempunyai diabetes tapi tetap ingin berpuasa perlu berjumpa doktor terlebih dahulu bagi mendapatkan nasihat untuk menu yang boleh diambil. Pengambilan gula juga digalakkan untuk diambil selepas 2 jam berbuka agar tidak memperngaruhi bacaan gula didalam darah.
  1. Masih menyusukan anak
  • Bagi ibu yang menyusu, pengambilan air dan makanan berkhasiat perlu diambil bagi memastikan susu dapat dihasilkan secara konsisten dan dapat memenuhi keperluan anak kita. Namun ada beberapa tips yang disarankan untuk para ibu juka ingin berpuasa juga seperti susu dan kurma. Ini kerana ia dipercayai mampu mengenyangkan untuk masa yang lama dan kurma boleh membantu penghasilan susu yang banyak.
  1. Dalam fasa berpantang walaupun sudah habis nifas
  • Mengikut cadangan orang-orang dahulu wanita yang baru bersalin disarankan untuk berpantang sekurang-kurangnya 100 hari supaya dapat membaik pulih semula sistem peranakan mereka secara maksimum dan mengembalikan semula tenaga dalaman dan luaran mereka.
  • Tambahan pula, dalam fasa yang baru ini, pasti ramai ibu-ibu yang letih menjaga bayi yang masih belum tentu jadual harian mereka. Kerana itu jugalah mereka disarankan untuk tidak berpuasa agar tidak merasa tertekan sehingga mengundang masalah yang tidak diingini di kemudian hari.

Ingat ibu-ibu, anda sudah diberikan ruksah ( keringanan) dalam menjalani ibadah puasa, gunakan ia sehabis baik.

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pendapat anda, patutkah wanita hamil berpuasa?
6 votes · 6 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN