Berdasarkan laporan media, Malaysia adalah negara ke-6 tertinggi di dunia dalam kes curi kereta. Menurut CEO Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) Mark Lim, secara purata 60 biji kereta dicuri dalam masa sehari.

Untuk tahun lalu sahaja, 35,953 unit kenderaan telah dicuri mengikut laporan statistik yang dikeluarkan pihak Majlis Pengurangan Kecurian Kenderaan Malaysia Berhad (VTREC). Bagaimanapun, angka berkenaan sudah berkurangan sebanyak 15 peratus berbanding 2017 dan turut menurun 49 peratus untuk tempoh lima tahun lalu

Namun, pada pendapat anda, kereta mana yang paling banyak dicuri di Malaysia? Mengikut laporan statistik yang dikeluarkan oleh VTREC, Proton Wira muncul ‘juara’ sebagai model paling banyak dicuri.

Sumber: Trapo Asia

Proton Wira tidak begitu bernilai jika dijual semula sebagai kereta terpakai, namun ia mengejutkan apabila ia disifatkan sebagai ‘barang panas’ dalam kalangan pencuri.

Sebanyak127 unit Proton Wira dilaporkan hilang sepanjang Januari hingga Jun tahun ini, diikuti model Proton Iswara (82 unit) dan Perodua Kancil (70 unit). 

 

Kenapa Proton Wira Jadi Pilihan?

Jika diikutkan model kereta yang berada di pasaran hari ini, banyak lagi model yang lebih cantik dan beharga mahal jika dibandingkan dengan Proton Wira yang sudah tidak lagi dikeluarkan.

Tetapi kenapa kereta tersebut tetap menjadi pilihan pencuri. AKO ingin kongsikan beberapa faktor tersebut antaranya:

Kereta Wira mudah dipecah masuk

Untuk pengetahuan, kereta model lama tahun 90-an mempunyai kunci jenis turun naik. Jenis seperti itu mudah untuk dibuka dari luar. Hanya perlu menggunakan besi dan tarik sahaja sehingga terbuka. Sangat mudah.

Sumber: Soscili

Spare part Proton Wira Mahal

Disebabkan model Proton Wira sudah dihentikan pengeluarannya oleh Proton, maka setiap barangan spare parts model Wira mempunyai harga di pasaran. Malah permintaan untuk spare part Proton Wira juga sangatlah tinggi.

Guna Proton Wira Untuk Jenayah

Pihak polis pernah mengatakan orang akan curi kereta Wira untuk melakukan jenayah kerana kereta ini susah untuk cam. Terdapat kes jenayah apabila penjenayah telah meletakkan empat ekor lembu di dalam bonet kereta Proton Wira. 

 

952,216 unit Proton Wira Terjual

Sepanjang pengeluaran model itu selama 16 tahun, sebanyak 952,216 unit telah dijual dan dianggarkan sekurang-kurangnya 85 peratus model tersebut masih berada di atas jalan raya.

Proton Wira yang masih dalam keadaan baik boleh mencecah antara RM2,000 dan RM4,500 sebuah, bergantung pada tahun ia dihasilkan dan modelnya; sama ada secara automatik atau manual, ‘hatchback’ atau ‘saloon’.

Sumber: Mitula Cars

Nilai yang ditawarkan oleh peniaga kereta terpakai adalah jauh lebih rendah daripada harga pasaran.

Namun, ramai peniaga kereta terpakai enggan menjual model tersebut kerana mereka mendapati ia sukar untuk dijual kerana pembeli perlu membayar tunai untuk mendapatkan kereta itu.

 

Sejarah Proton Wira

Objektif utama pengeluaran Proton Wira ialah untuk menyediakan satu lagi model alternatif Proton selain Proton Saga Iswara selain untuk memperkenalkan penggunaan ‘fuel injection system’ dalam industri kereta nasional.

Proton Wira dilancarkan pada 21 Mei 1993 sebagai kereta sedan 4-pintu dengan pilihan dua displacement iaitu model 1.6 XLi dan juga 1.5 GL.

Proton Wira berasaskan rekabentuk Mitsubishi Lancer 1992, tetapi dengan sedikit perubahan bagi membezakannya berbanding Lancer.

Sumber : Google

Perubahan termasuk lampu hadapan dari Mitsubishi Colt 1992, lampu belakang dari Mitsubishi Galant hatchback 1987, bumper dari Mitsubishi Mirage dan papan muka yang berbeza. Reka bentuk hadapan diteruskan dengan gaya yang pertama kali dipaparkan pada Proton Iswara dengan bonet bertingkat yang mengunjur pada logo Proton pada gril.

 

Cara Elak Kereta Dicuri

Hilang harta benda di dalam kereta lebih baik hilang keretanya sekali kan. Pelbagai cara si pencuri akan lakukan untuk dapatkan apa yang mereka mahu. Jadi kita sendiri yang perlu ada kesedaran untuk melindungi harta benda kita dari dicuri orang.

Untuk pengetahuan, pencuri hanya memerlukan 20 saat sahaja untuk melarikan kereta anda. Pantas bukan?

Jadi adakah anda perlu berserah begitu sahaja? Jangan. Ada beberapa tips yang boleh anda ikuti untuk menyelamatkan kereta anda dan barangan yang ada di dalamnya.

 

 

Bar pengunci stereng

 

Susah untuk melarikan sebuah kereta yang telah dipasang dengan kunci stereng. Bukannya mustahil bagi pencuri kereta tetapi agak rumit dan memakan masa dan mereka cukup berkira dengan masa. Jadi jika ada pengunci stereng, mereka akan memilih kereta lain. 

Sistem penggera

Pencuri kereta bukan penjual sistem penggera. Mereka tidak peduli sangat dengan sistem penggera canggih yang berharga ribuan ringgit. Apa yang dicadangkan ialah sebiji lampu berkelip yang diletakkan di atas papan pemuka kereta anda.

Bila mereka nampak ada sebarang objek yang berkelip di bahagian atas papan pemuka, mereka akan terus mencari sasaran lain yang lebih mudah. Anda boleh mendapatkan lampu-lampu sebegini di kedai aksesori kereta dan melekatkannya dengan pita pelekat.

Jangan tinggalkan wang kecil

Kadang-kadang ada pemilik yang sengaja meninggalkan wang kecil dalam kereta untuk membayar parking, tol ataupun membeli suratkhabar. Mungkin jumlahnya tidak kecil tetapi bagi pencuri kecil-kecilan itu sudah mencukupi untuk mereka memecahkan cermin tingkap anda.

Prinsip mereka mudah, pecahkan dulu, ambik dompet, periksa dan akhir sekali buang ke mana-mana.

Lampu Jalan

Pastikan kereta anda sentiasa di bawah sinaran lampu jalan. Kecurian biasanya berlaku jika ada peluang untuk melakukannya dan bekerja di dalam suasana terang bukan gaya pencuri kereta. Cahaya adalah musuh pencuri!

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah kereta Proton Wira Menarik Minat Anda?
9 votes · 9 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN