Selepas kejayaan meningkatkan jualan di pasaran tempatan dengan pengenalan model SUV X70, Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) melangkah setapak lagi ke hadapan dengan melebarkan sayapnya ke Asia Selatan.
Perjanjian yang berlangsung antara Proton dan Alhaj Automotive dari Pakistan pada tahun lalu bakal direalisasikan pada tahun ini.
Mengunjur Potensi Besar
Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan, Ikram Mohammad Ibrahim, berkata perjanjian antara Proton dan Alhaj Automotive mampu mengunjurkan potensi yang besar terhadap Proton dalam mengembangkan permintaannya ke negara-negara Asia Selatan seperti Pakistan, India dan Bangladesh.
Al Haj Automobile merupakan perusahaan kenderaan Pakistan yang utama sejak diperkenalkan pada tahun 2006. Syarikat ini merupakan di bawah pengurusan FAW Motors, China dan mengeluarkan kenderaan penumpang biasa seperti kereta sedan, van, separa MPV, dalam masa yang sama menghasilkan kenderaan bagi kemudahan komersial seperti van pengangkut barang, lori kecil dan lori trelar.
Pasaran Luas Sebanyak 210 Juta Penduduk
Dijangka, Proton akan mewujudkan kilang pemasangan kenderaannya di Karachi, Wilayah Sindh di Pakistan buat pertama kalinya. Pakistan merupakan prospek yang besar untuk syarikat Proton berkembang memandangkan jumlah penduduk di negara tersebut yang berjumlah 210 juta orang.
Memetik maklumat dari Funtasticko.Net, Proton telah memeterai perjanjian dengan Alhaj Group yang bakal memasang dan menjual model sedan, SUV, crossover dan hatchback jenama tersebut di sana.
Pada awalnya, beberapa ujian bagi kenderaan Proton seperti Exora dan Saga telah dikesan berada di Pakistan berkemungkinan untuk menguji kemampuan kualiti kenderaan tersebut serta sambutan orang ramai.
Proton Iriz Sebagai Permulaan
Namun, difahamkan syarikat tersebut bakal melancarkan Proton Iriz versi elektrik (EV) selepas syarikat itu memulakan operasi dan membangunkan fasiliti pemasangan kenderaan Proton secara rasmi.
Sekiranya benar, Proton Iriz EV bakal dilancarkan terlebih dahulu di luar negara berbanding pasaran utamanya Malaysia.
Ia merupakan suatu perkembangan yang menarik buat industri automotif negara untuk berkembang memandangkan selama ini prestasi Proton menyaksikan kemerosotan dan kelembapan saban tahun sehingga 2017.
Pertumbuhan mantap direkodkan oleh Proton sejak awal tahun 2017 dengan peningkatan jualan sebanyak 2 peratus berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Pembinaan kilang Proton di Karachi merupakan salah satu elemen terpenting dalam usaha mempereratkan perdagangan bagi kedua-dua negara memandangkan Proton merupakan hasil cetusan ilham Mahathir.
Pecah Tanah Projek Akan Dilangsungkan
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed dikhabarkan bakal melakukan lawatan selama tiga hari ke Pakistan bermula Khamis ini bagi perbincangan pelaburan dan perdagangan antara kedua-dua buah negara.
Majlis pecah tanah sebagai simbolik perasmian akan dilangsungkan pada Jumaat ini dan akan dihadiri oleh Mahathir dan rakan sejawatnya dari Pakistan, Imran Khan.
KATA ORANG
Patut Dapat Pingat dari kerajaan Pakistan. Tahniah Atok. https://t.co/u0wwEuD5Z5
— Penjejak Kehidupan (@ShahIznan) March 21, 2019
Is ok TUN just give for Imran Khan 👏 https://t.co/7RSw2qvNHZ
— Gunaseelan (@gunaseelanGS9) March 21, 2019
bt ini ad duit plak krjaan... mrt sume ko pendek kn batalkn mcm² projek...
— MrMrsMFakhrulAiman (@fakhrulaimanJ) March 21, 2019
Pakistan ? Why not Afghanistan ? Hmm 🤔 just asking
— LEROY NG (@leroyng) March 21, 2019