Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pernah menyuarakan kekecewaannya apabila ideanya berkenaan projek kereta nasional yang baru kurang mendapat sambutan.
Katanya, beliau diberitahu bahawa orang ramai beranggapan Proton sebagai satu kegagalan dan tidak mahu melihat satu lagi kereta nasional diwujudkan.
Sebelum itu juga, Tun Mahathir kesal kerana ideanya untuk mewujudkan kereta nasional kedua kurang mendapat sambutan.
Beliau diberitahu bahawa tiada siapa yang mahu melihat kereta nasional kedua dibangunkan kerana ramai beranggapan kewujudan Proton sudah memadai meskipun dikatakan gagal.
Proton yang memulakan operasi pada 1984 hasil daripada buah fikiran Mahathir. Beliau juga mewujudkan dasar perlindungan yang menyebabkan harga kereta import menjadi tinggi.
Tahun lalu, 49.9 peratus saham Proton dijual kepada syarikat China, Zhejiang Geely Holding Group. DR-Hicom milik Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary memiliki baki 50.1 peratus.
Mahathir beberapa kali menyebut tentang idea mewujudkan kereta nasional yang baru. Dalam kunjungannya ke Jepun bulan lalu, beliau menyuarakan harapannya agar negara Asean dapat bekerjasama dalam projek itu.
Projek Kereta Nasional Wujud Peluang Kepada Rakyat
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Darell Leiking dalam satu kenyataan menyatakan, projek kereta nasional ketiga boleh mewujudkan peluang pekerjaan dan menggalakkan pembangunan vendor dalam bahagian dan komponen automotif.
Beliau berkata projek kereta nasional ketiga perlu dilihat dalam konteks yang lebih besar.
“Ia dapat menjana pekerjaan baharu, pembangunan vendor dalam bahagian dan komponen automotif termasuk bateri kenderaan elektrik, dan merangsang pengumpulan dan pemprosesan data, yang berguna untuk industri lain yang berkaitan,”
Beliau berkata agensi kerajaan, seperti pusat penyelidikan dan pembangunan negara, MIMOS Bhd dan Institut Automotif Malaysia (MAI), boleh memainkan peranan penting dalam pembangunan kereta nasional ketiga.
“Bersama MAI, MIMOS boleh memainkan peranan penting dalam pembangunan ini, mungkin antaranya, meningkatkan prestasi kenderaan seperti mewujudkan sistem untuk mengelak kemalangan atau bahaya,” katanya.
Kenapa Rakyat Tolak Jika Ia Baik Untuk Negara?
Walaubagaimanapun, rata-rata rakyat Malaysia menolak projek kereta nasional ketiga ini kerana mereka merasakan ini bukan keutamaan mereka dan keperluan yang mereka inginkan.
Mereka mahu kerajaan yang baharu ini ubah baik sistem pentadbiran sebelum ini dengan menaiktaraf pengangkutan awam, hapuskan PTPTN, beri pendidikan percuma dan lain-lain lagi seperti yang termaktub dalam manifesto Pakatan Harapan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 yang lalu.
Tetapi apa yang kerajaan janjikan adalah sebaliknya. Mereka meluahkan rasa tidak puas hati selepas pembentangan Belanjawan 2019 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guang Eng baru-baru ini.
Reaksi Pemimpin Lain
Projek ini juga mendapat perhatian bekas Ahli Parlimen Pandan,Rafizi Ramli, menggesa kerajaan mengkaji semula keputusan untuk melancarkan projek kereta nasional ketiga menjelang 2020.
Beliau berkata, projek itu dikhuatiri bakal mendatangkan impak kewangan yang besar kepada negara menerusi pelaburan bakal dibuat daripada dana awam.
Jelasnya, projek yang mendapat tentangan sebahagian besar rakyat itu turut menimbulkan persoalan sama ada dasar Pakatan Harapan untuk menghapuskan cukai eksais yang dikenakan ke atas penjualan kereta akan diteruskan.
Menurutnya, platform dasar yang mahu menghapuskan cukai eksais demi menurunkan harga kereta tidak pernah berubah selepas Pakatan Harapan ditubuhkan.
Selain itu, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar juga berkata pelaksanaan projek kereta nasional ketiga negara bukan keutamaan kerajaan Pakatan Harapan.
Kata Dr Xavier, banyak lagi perkara yang perlu diambil perhatian oleh kerajaan sekiranya mahu projek berkenaan dilaksanakan.
Projek Kereta Nasional Ini Tak Guna Duit Rakyat
Dalam pada masa sama, kerajaan memberi jaminan bahawa projek kereta nasional ketiga kelak, tidak akan menggunakan dana mahupun wang awam dan kerajaan.
Lim Guan Eng berkata sebaliknya projek tersebut jika dilaksanakan, akan dibiayai menggunakan pelaburan swasta.
Tetapi rakyat masih meragui tentang projek ini, yang mana kereta nasional dikatakan mahal dari kereta import dan lebih berkualiti.
Namun, kereta nasional tersebut tetap akan dilaksanakan seperti yang diucapkan Dr Mahathir pada Persidangan Antarabangsa Masa Depan Asia (Persidangan Nikkei) ke-24 di Tokyo, Jepun. Katanya, projek berkenaan akan dilaksanakan dengan kerjasama beberapa negara di rantau ini.
KATA ORANG
kereta nasional ke-3 xperlu sebenarnya. yg ada dua ni pun xdiperkasakan. sekrg pun dah sesak gile. yg penting bgnkan public transport yg cekap tenaga & environment friendly. kurangkan pencemaran & kesesakkan. linkages of the public transport shld be upgraded. energy efficiency.
— antikrgajar (@mimisury) November 11, 2018
Masih berusaha jugak utk projek ke-3..??
— ringgo aljenggo (@jenggoringgo) November 10, 2018
Buat ajelah kalu dah kemaruk sangat. Tapi tolong letak perjanjian NO BAIL-OUT walau 1 sen pon duit kerajaan atau hak rakyat kalu jadi apa2, boleh? Kalu boleh jgnkan ke-3, nk sampai ke-10 pon lantaklah.
Tak dapat tunai janji
— farid (@faridanwark_) November 9, 2018
PTPTN still tak dihapuskan
Keluar statement, fresh grad mampu beli kereta, abai hutang PTPTN
Suruh guna public transport (diorang tau tak cond public kat msia ni?)
And now...dalam proses membangunkan projek kereta Nasional ke-3 🤷🏻♂️#basahdikencing https://t.co/Klc8QVoSTP
Byk lg development boleh buat. Not this piece of shit.
— Nasrolhakim (@NashAgger) November 8, 2018
Projek Kereta Nasional Ketiga dapat peruntukan RM1 Bilion.
— Hazel Sali (@lady_chantek) November 2, 2018
Project lrt 3 dihentikan!
Patut kurangkan jumlah kenderaan ajak rakyat guna public transport. Mana gi konon kjaan PH jaga alam sekitar