Proton merupakan kereta nasional pertama yang dicadangkan dan diusahakan oleh Tun Dr.Mahathir Mohammad. Proton ditubuhkan pada tahun 1983 dan keluarkan kereta pertamanya iaitu Proton Saga pada tahun 1985.

Situasi syarikat Proton kini berubah apabila 49.9% daripada syarikatnya dijual kepada syarikat dari China bernama Geely. Insiden tersebut telah menimbulkan rasa bahawa Proton bukan lagi milik Malaysia.

Oleh itu, Tun Dr. Mahathir Mohammad berhasrat untuk mulakan syarikat kereta nasional yang baru dan memberitahu hasratnyaitu di Persidangan Antara Bangsa Masa Depan Asia di Tokyo, Jepun. Cadangan tersebut dikata sebagai cadangan umum tanpa perancangan atau pelan terperinci.

 

Sumber: Utusan

Wajar atau Tidak

Terdapat banyak impak positif dengan memulakan atau melancarkan projek kereta nasional baru. Seperti yang dikatakan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr.Mahathir Mohammad, projek ini merupakan satu perancangan jangka masa panjang.

Rancangan ini dilihat memberi penekanan kepada menghasilkan pekerja berkemahiran tinggi di kalangan rakyat tempatan dan secara tidak langsung membuka lagi peluang pekerjaan dikalangan rakyat tempatan dalam pelbagai bidang.

Perancangan ini jugak kearah menghasilkan teknologi permotoran seperti enjin dan komponen bahan tempatan. Ini dapat mempertingkatkan mutu industri kejuruteraan dan otomotif di Malaysia. Perancangan ini harus mensasarkan pasaran global dan serantau.

 

Sumber: Lowyat

Impak Negatif

Walau banyak impak positifnya, terdapat juga impak negatifnya. Antaranya, ialah kesukaran untuk menembusi pasaran dengan suasana industri otomotif yang matang. Ini menjadi kesukaran kerana pengeluar yang sedia ada juga turut mengalami masalah.

Apa yang dikatakan oleh penganalisis automotif ialah bahawa pengeluar automotif sedia ada terpaksa melakukan pelbagai inisiatif untuk terus kekal dalam industry pengeluar automobil ini.

Malah, apa dikatakan Tun Dr.Mahathir Mohammad yang ingin mengeluarkan kereta nasional baru ialah harusnya memasarkan ke pasaran global kerana aspek tersebut dianggap salah satu punca kegagalan syarikat Proton kyang hanya menumpu pada pasaran tempatan.

Selain itu, mengeluarkan satu lagi kereta nasional dianggap sebagai tidak perlu kerana situasi keewangan negara pada masa kini yang agak lemah.
Menteri Kewangan berkata bahawa perancangan ini akan dilaksanakan jika ditaja syarikat swasta.

Namun pada akhirnya, ini dikatakan hanyalah sebagai cadangan umum tanpa perancangan terperinci. Jika ingin melaksanakan, perancangan terperinci perlu dilakukan.

KATA ORANG

Fetch Tweets: Invalid or expired token. Code: 89

KATA ANDA

Apa kata korang? Wajar atau tidak projek kereta nasional baru dilakukan?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN