Sumber : Blogger.com

Dalam mengikuti pemodenan arus semasa, ombak globalisasi yang melanda seluruh dunia turut memeberi impak yang besar kepada dunia perniagaan.

Dapat dilihat, dengan wujudnya saluran jalur lebar yang membolehkan sesebuah perniagaan dijalan melalui atas talian ramai suri-suri rumah dan wanita mula menjinakkan diri dan melibatkan diri mereka dengan dunia perniagaan.

Berjuta-juta produk yang dihasilkan dan salah satunya merupakan produk penjagaan wanita yang berbentuk jamu, pil dan air minuman.

Kebanyakan produk-produk yang dikeluarkan rata-rata memancing pelanggan mereka dengan menggunakan kelemahan-kelemahan yang dihadapai sesetengah wanita seperti masalah tombong, keputihan, kulat dan faraj berbau dan longgar.

Tidak dinafikan, ramai wanita menghadapi masalah-masalah ni terutamanya apabila mereka sudah berkahwin dan pernah bersalin. Perubahan hormon yang dilalui merubah kondisi badan mereka dan menyebabkan timbul masalah-masalah ini.

Strategi penjualan produk penjagaan wanita ini turut menerima kecaman hebat dari netizen dan juga golongan profesional yang menyangkal tuntutan mereka yang kononya boleh mengetakan faraj dan sebagainya.

Boleh ditambah lagi dengan cara jualan yang berunsur lucah dan tidak mementingkan sensitiviti masyarakat. Seolah-olah memijak-mijak harga diri seorang wanita yang mempunyai masalah-masalah dalaman ini.

Menurut perkongsian yang dibuat Dr. Rusyaini Ramli melalui laman facebook, beliau menolak sekerasnya tentang tuntutan yang dibuat produk-produk ini.

Melalui lama facebooknya, beliau menulis “ Wanita melayu terutamanya dimomokkan dengan ayat-ayat mengancam. Ala-ala faraj tu nak pakai lama. Mesti kena ketat. Kalau tak jaga faraj tu nanti suami tinggal. Suami cari lain”.

 

Mitos Faraj Longgar Lepas Berkali-kali Bersalin

Ramai wanita yang dibelenggu ketakutan bahawa bahagian intim mereka akan menjadi longgar apabila usia semakin lanjut ditambah pula apabila mereka sudah pernah bersalin.

Yang menyedihkan ramai kaum lelaki menggunakan kelemahan wanita ini sebagai alasan untuk mereka berkahwin lagi dan sebagainya.

Namun begitu, menurut kajian bukan mudah untuk faraj seeorang wanita untuk menjadi longgar kerana sifat semulajadinya yang elastik.

 

Risiko Rosak Buah Pinggang

 Kementerian Kesihatan Malaysia juga telah mengeluarkan senarai panjang untuk ubat kecantikan dan kesihatan yang tidak berdaftar dan merbahayakan pengguna. Ubat-ubatan jamu juga turut tersenarai.

Penggunaan ubat-ubat yang tidak berdaftar ini boleh mengakibatkan kanser dan kerosakan buah pinggang. Sudah banyak kes yang dilaporkan berserta bukti dan pengesahan dari pihak doktor namun masyarakat masih terus membeli, mengguna dan menyokong penjualan produk-produk yang merbahaya ini tanpa memikirkan kesan masa panjangnya.

Berjaya atau tidak sesebuah perkahwinan itu bukanlah diukur melalui kehebatan pasangan tersebut dikamar tidur, namun sikap pasangan terhadap satu sama lain yang akan mengekalkan sesebuah perkahwinan itu.

Berhentilah menghantui dan menakutkan para wanita dengan mimpi-mimpi ngeri yang boleh membuatkan mereka tertekan. Mereka selayaknya disayangi dengan apa ada mereka.

 

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah anda menyokong kenyatan bahawa faraj wanita boleh menjadi longgar kerana kerap bersalin?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN