Sumber: Bernama

Pengumuman Vivian Wong Shir Yee selaku calon DAP untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Sandakan menamatkan desas-desus calon yang akan dipertaruhkan oleh Pakatan Harapan (PH).

Pengumuman tersebut telah dibuat oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ketika berada di Sandakan. Walau bagaimanapun, pengumuman Vivian Wong selaku calon DAP, PH telah menimbulkan tanda tanya.

Politik Nepotisme?

Ini kerana beliau merupakan anak mendiang anggota Parlimen Sandakan, Stephen Wong Tien Fatt yang meninggal dunia pada 28 Mac yang lalu. Seolah-olah parti komponen PH sekarang ini mengamalkan politik warisan keluarga.

Dalam era Malaysia Baru, rakyat sangat menantikan dasar-dasar kerajaan yang baru termasuk pembawaan politik yang lebih baik. Isu ini bukan pertama kali berlakui.

Pada PRK Semenyih yang lalu, calon PH Muhamad Aiman Zainali yang juga merupakan menantu kepada penyandang DUN Semenyih, Allayarham Bakhtiar Mohd. Nor, diangkat menjadi calon menentang calon Barisan Nasional (BN).

Tidak dapat dipastikan apakah kriteria utama yang ditetepkan oleh parti-parti komponen PH dalam memilih calon. Adakah pencalonan disebabkan untuk menjaga sentimen dan sokongan keluarga atau sememangnya calon tersebut berkelayakan?

Menantu Dipilih Pada PRK Semenyih Gagal

Jika diteliti dalam PRK Semenyih, pencalonan Aiman Zailani selaku calon PH dari Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) ternyata gagal. Ini memandangkan beliau tidak mempunyai keupayaan untuk berkomunikasi dengan orang ramai. Malah, cara percakapan beliau juga amat canggung.

Walaupun mempunyai latar pendidikan yang agak baik, namun graduan kelas pertama Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik, Universiti Teknologi Mara (UiTM), bukan pilihan pengundi!

Sumber: Berita RTM

Tidak Mampu Bercakap

Ketidakmampuan beliau berkomunikasi menyebabkan beliau gagal meyakinkan orang ramai, seterusnya kerusi DUN Semenyih gagal dipertahankan dengan kekalahan majoriti undi iaitu 1,914. Sedangkan, jika mengikut rekod PRU Ke-14, PH mampu menang dengan majoriti yang selesa walaupun BN dan Pas membentuk kerjasama politik.

Begitu juga dengan pemilihan calon DAP, Vivian Wong. Di atas kertas, beliau mempunyai latar belakang pendidikan yang agak baik. Dengan berbekalkan Ijazah Sarjana Muda Perhubungan Awam daripada Murdoch University, Australia beliau menjadi ayam tambatan DAP dan PH ketika ini. Namun perlantikan beliau selaku anak mendiang tetap menimbulkan persoalan.

Sumber: Berita RTM

Adakah pemilihan calon hanya dilakukan oleh peringkat atasan parti dan mengenepikan pandangan akar umbi? Atau sekadar menggunakan modal ketokohan keluarga untuk mempertahankan kerusi? Tidak salah sekiranya ahli keluarga bergelumang dalam kancah politik, namun biarlah berdasarkan kelayakan dan rekod sumbangan kepada parti.

Naik Begitu Cepat Dalam Politik

Sekiranya tidak, ia akan dilihat sebagai suatu pemilihan yang menghairankan. Bagaimana boleh adik-beradik, isteri, anak, menantu atau saudara-mara boleh naik begitu cepat dalam politik, sedangkan lebih ramai pemimpin yang lebih berpengalaman dan berwibawa layak untuk diangkat menjadi pemimpin.

Secara tidak langsung tindakan ini menafikan hak orang lain yang berkelayakan untuk ke hadapan. Rakyat tetap akan mempersoalkan perlantikan ahli keluarga sebagai calon parti politik lebih-lebih lagi di kawasan yang akan menggantikan keluarganya.

Sumber: Sarawak Voice

Apa Yang PH Akan jawab?

Bagaimana PH ingin menjawab persoalan rakyat sekiranya dilabel mengamalkan nepotisme sama seperti yang dilakukan oleh BN sebelum ini?

Yang pasti, politik di Malaysia masih berada di takuk lama, sama ada di pihak kerajaan mahupun pembangkang. Sampai bila budaya politik seperti ini harus dipertahankan.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah benar DAP mengamalkan politik nepotisme?
6 votes · 6 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN