Menjelang minggu akhir bagi kempen Pilihanraya Kecil(PRK) Rantau, pelbagai cerita dan taktik dimainkan penyandang kerusi tersebut tidak kira dari pihak kerajaan, pembangkang atau bebas sekalipun.

Terbaru, telah bangkit satu isu yang membabitkan calon Barisan Nasional, Datuk Seri Mohamad Hasan atau dikenali sebagai Tok Mat berhubung rumah banglo yang didakwa miliknya bernilai RM6 juta.

Bukan itu sahaja, calon Pakatan Harapan, Dr Streram turut mempersoalkan dakwaan Mohamad memindahkan wang tunai RM10 juta ke luar negara menggunakan khidmat pengurup wang.

 

Rumah Minangkabau Milik Siapa?

Menurut Streram, beliau tidak menuduh Mohamad sebagai pemilik rumah banglo yang ditularkan gambar dan video di Whatsapp itu, sebaliknya meminta Tok Mat untuk memberi penjelasan.

Sumber : Facebook

Ini adalah kerana katanya supaya dapat membetulkan keadaan dan tuduhan yang dilemparkan mengenai rumah tersebut.

Isu rumah Mohamad menjadi perbincangan PRK Rantau selepas bekas menteri besar Negeri Sembilan itu menyatakan rasa sedih apabila terpaksa meninggalkan kediaman rasminya susulan kekalahan BN pada pilihan raya umum lalu.

Malah beliau juga turut menyatakan bahawa terlupa ada membeli rumah di Seremban.
Banglo yang terletak di Saujana Duta, Seremban 2itu dikatakan bernilai hampir RM6 juta.

 

Beli Apartment di London Bernilai RM10 juta

Dalam pada masa sama, Streram turut mempersoalkan dakwaan Mohamad memindahkan wang tunai RM10 juta ke luar negara menggunakan khidmat pengurup wang.

Streram turut meminta Mohamad untuk membuktikan sumber pendapatan mana yang beliau perolehi untuk membuat pemindahan sebesar itu.

Sumber : Malaysia Chronicle

Mohamad pada 7 April lalu berkata tiada sebarang salah laku apabila beliau memindahkan RM10 juta ke London pada 2008 melalui pengurup wang.

Wang tersebut dikatakan dipindahkan bertujuan untuk membeli sebuah apartment di London.

 

Tok Mat Memang Kaya

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin bersuara mempertahankan hasil kekayaan Mohamad yang kini menjadi bahan kepada Pakatan Harapan dalam kempen PRK Rantau.

Khairy berkata, isu kekayaan Mohamad tidak patut dipertikaikan kerana beliau adalah tokoh korporat dan memegang jawatan penting dalam syarikat pengeluar kereta antarabangsa, sebelum menceburi bidang politik pada 2004.

Tambah Khairy, gaji menteri besar dengan korporat jauh beza tetapi demi sayangkan Rantau, Mohamad sanggup meninggalkan gaji yang besar.

 

Pakatan Harapan Mainkan Isu Kerana Takut Kalah?

Selain itu, Khairy juga berpendapat tindakan Pakatan Harapan memainkan isu ini dan menyerang isu peribadi Mohamad kerana dilihat takut dengan momentum sokongan rakyat kepada Barisan Nasional di Rantau.

Sumber : Asia News Network

Mohamad memang sinonim dengan Rantau dan beliau telah menjawat jawatan menteri besar Negeri Sembilan sejak Mac 2004 sehingga Mei 2018.

Pada Pilihanaraya Umum ke -14 (PRU14), beliau menang kerusi Rantau tanpa bertanding apabila Streram tidak dapat menjadi calon ketika itu ekoran tidak membawa pas khas yang dikeluarkan SPR ketika hari pencalonan.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah isu yang dibangkitkan Dr Streram ini bersifat peribadi atau kepentingan rakyat?
10 votes · 10 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN