Hubungi ‘Uncle Kentang’ jika anda rasa lapar, miskin, sakit atau perlukan apa-apa bantuan. Itulah yang sering berkait dengan aktivis masyarakat berkenaan.

Nama sebenarnya ialah Kuan Chee Heng. Beliau merupakan aktivis yang sangat aktif dalam melakukan kerja-kerja kebajikan buat masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama.

Sumber:ViRaLMaNia

Selain memberi bantuan makanan, minuman, pakaian dan lain-lain keperluan asas, beliau juga telah mewujudkan bantuan dari segi pengangkutan seperti teksi dan van jenazah secara percuma.

 

‘Uncle Kentang’ Umum Bertanding Sebagai Calon Telefon

Jangan terkejut pula, kini beliau mengumumkan untuk bertanding di pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih 2 Mac ini.

Sumber:sinar harian

Beliau mengesahkan akan menjadi calon Bebas dengan

menggunakan lambang telefon pada PRK Semenyih.

Katanya, keputusan itu dibuat bagi menjadi kuasa pendesak kepada calon PH dan BN untuk menunaikan janji.

 

Satu Sen Duit Gaji Tidak Akan Diambil Jika Menang

Chee Heng telah berjanji bahawa beliau tidak akan mengambil satu sen pun duit gaji jika menang PRK nanti, kerana beliau tahu Tuhan telah membayarnya.

Keputusannya untuk bertanding adalah untuk berkhidmat pada rakyat bukannya meraih popularitinya dalam mengendalikan kerja-kerja amal sebelum ini.

Sumber:Says.com

Beliau mahu bantu anak-anak Semenyih. Beliau berbuat demikian untuk tunaikan janji yang tidak dikabulkan oleh pemimpjn BN dan PH sebelum ini.

Sementara itu, Chee Heng juga menegaskan beliau akan mengikut cara Islam dan akan terus berkhidmat kepada masyarakat selagi hayat dikandung badan.

Sikap ‘Uncle Kentang’ ini sangat dipuji kerana beliau sendiri berjanji begitu pada rakyat. Tetapi adakah ia sekadar janji atau bakal terlaksana?

Selepas pengumuman bertanding dibuat, banyak fitnah disebarkan di media sosial terhadap dirinya.

Menurutnya, perang saraf terhadap dirinya sudah bermula meskipun hari penamaan calon masih belum tiba.

 

 Hanya Pecahkan Undi

Ketua ARMADA Selangor, Adif Shan Abdullah, berkata persaingan Chee Heng sebagai calon Bebas akan memecahkan undi penduduk Semenyih.

Sumber:freemalaysiatoday.com

Katanya, jumlah undi juga akan terkesan bagi semua pihak bertanding selepas Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengesahkan meletakkan calon.

Malah, ia bakal memberi kesan kepada Pakatan Harapan mahupun dari pembangkang.

Biarpun popular di media sosial, aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng, dilihat tidak akan memberikan kesan ketara terhadap pola pengundian pada 2 Mac nanti.

Sementara itu, memetik portal Malaysiakini, menurut Pensyarah Kanan Pusat Sains Politik Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani, calon bebas lazinmya tidak menjadi pilihan pengundi, melainkan individu itu benar-benar tokoh terkenal yang pernah berkhidmat di sesuatu kawasan.

Sumber:Berita Harian

Dan keputusan Chee Heng itu tidak memberi impak yang besar kepada pengundi-pengundi di kawasan berkenaan.

Malah katanya populariti dalam kalangan pengguna media sosial juga tidak memberi kelebihan banyak kepada Chee Heng kerana bukan semua mereka itu pengundi.

 

PH Boleh Kekal Menang Jika Ikut Permainan Pembangkang

Memetik kenyataan seorang penganalisis politik yang juga pensyarah kanan program sains politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Muhamad Nadzri Mohamed Noor, menyatakan PH boleh menang jika ikut rentak pembangkang.

Sumber:UKM

Sebagai contoh, PRK Cameron Highlands, Calon BN menang kerana sentimen Melayu dimainkan.

Dan PRK Semenyih bakal menjadi medan pertempuran bagi meraih undi orang Melayu.

Katannya, 70 peratus pengundi Melayu di Semenyih dan pastinya rentak membangkitkan isu kedudukan orang Melayu dan agama Islam dalam kempen kali ini boleh menangkan PH.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, wajarkah 'Uncle Kentang' bertanding? Atau hanya pecahkan undi Melayu sahaja?
9 votes · 9 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN