Sumber: OhBulan

Pada 28 Oktober 2018, pasukan bola sepak Perak menamatkan penantian 18 tahun untuk merangkul Piala Malaysia selepas menumpaskan pasukan Terengganu menerusi penentuan sepakan penalti 4-1 di Stadium Shah Alam, Selangor.

Setelah kemenangan pasukan Perak, tersebar foto Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim posing dengan piala berprestij berkenaan di celahan kangkangnya. Foto itu kemudiannya mendapat kecaman ramai yang merasakan tindakan itu tidak wajar dilakukan.

Sumber: Amazing Nara

Malah piala tersebut diarak tanpa mendapat sambutan sehingga ditroll oleh netizen dan Hasnul dilabel sebagai syok sendiri.

Desakan demi desakan dibuat oleh pelbagai pihak supaya Hasnul meletak jawatan. Namun, Hasnul kemudiannya membuat kenyataan media untuk mempertahankannya.

 

Sumber: Amazing Nara

Hasul telah menyatakan permohonan maafnya tetapi nampaknya masih tidak dapat diterima penyokong bola sepak Perak terhadap tindakannya itu.

Hasnul juga sebelum itu menyatakan tidak berganjak daripada pendiriannya untuk terus memegang jawatan itu walaupun menerima desakan daripada penyokong The Bos Gaurus supaya meletakkan jawatan.

Penyokong Perak kecewa trofi Piala Malaysia diperlakukan begitu.

 

Akhirnya Hasnul ‘Lumpuh’ Dek Kerana Desakan

Sumber: PalangGOL

Semalam, dalam satu sidang media Hasnul mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Presiden PAFA.

Menurutnya, keputusan itu dibuat kerana mahu memberikan tumpuan terhadap tugasnya sebagai exco kerajaan negeri dan karier politiknya.

Bagaimanapun, beliau tidak menafikan keputusan ini juga disebabkan desakan daripada penyokong.

Beliau akan menyerahkan surat peletakan jawatan secara rasmi dalam tempoh terdekat.

Hanya lima bulan sebagai Presiden PAFA

Sumber: Kosmo

Pada 21 Julai lalu, Hasnul dilantik sebagai Presiden PAFA bagi sesi 2018/2021.

Beliau yang menang tanpa bertanding pada Kongres Pafa ke-60 menggantikan Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan.

Tidak sampai lima bulan menerajui PAFA, akhirnya beliau terpaksa mengalah kerana kesilapannya itu.

Tempoh diberi jawatan itu selama hanya lima bulan merupakan tempoh yang cukup mencabar untuknya. Beliau turut menegaskan telah menunaikan janjinya membawa Piala Malaysia ke Perak seperti dinyatakan dalam satu sidang media.

“Tempoh lima bulan yang saya menerajuinya (PAFA) ialah satu tempoh yang sangat mencabar, satu pengalaman hidup yang sukar diperolehi oleh mana-mana orang”.

“Ketika saya memegang jawatan ini dalam sidang media pertama saya, saya (mengatakan) ingin membawa pasukan Perak ke perlawanan akhir Piala Malaysia. Saya kira saya telah melaksanakannya, dan pada masa yang sama siapa sangka Perak menjuarai Piala Malaysia setelah 18 tahun kita menagih piala itu ke bumi Perak”.

Mungkin tindakannya itu terlampau gembira meraikan Perak yang menang Piala Malaysia, tetapi cara beliau meraikannya itu tidak menggembirakan orang lain.

 

Adakah Desakan Atau Tekanan Beri Impak Kepada Seseorang?

Tekanan boleh memberikan kesan positif dan negatif kepada seseorang individu itu sendiri. Kesan positif tekanan akan menghasilkan satu dorongan atau motivasi untuk meningkatkan prestasi dan produktiviti.

Kesan negatif pula boleh menjejaskan prestasi dan produktiviti mereka secara keseluruhannya.

Mungkin desakan dan tekanan yang dialami Hasnul ini ada baik dan buruknya. Beliau tidak mahu memanjangkan isu ini dan menjadi perdebatan rakyat dan juga penyokong bola sepak. Sewajarnya beliau berundur.

Apapun perlu diingat bahawa semua ini adalah dugaan hidup bagi manusia dan beliau dan juga ‘public figure’ dalam politik perlu mengambil iktibar dalam perkara ini.

KATA ORANG

KATA ANDA

Wajarkah Presiden PAFA letak jawatan kerana desakan orang ramai?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN