Pastinya hati mana-mana bakal pengantin sedang berdebar-debar. Tidak ketinggalan mengikuti trend kini, ramai pasangan mempelai telah mengambil foto pra perkahwinan.

Begitu juga yang dilakukan pelakon terkenal Fasha Sandha dan tunangnya, Aidil Aziz dilihat sedondon putih dalam busana perkahwinan.

Foto serta video pasangan itu menggayakan busana tersebut telah dimuat naik oleh pereka fesyen Azura Couture menerusi akaun Instagram miliknya.

Bagaimanapun Azura menerusi kapsyen memberitahu ia adalah foto pra perkahwinan mereka untuk disiarkan di sebuah stesen televisyen.

 

Gaya Ala Suami Isteri

Bagaimanapun, dalam meniti kebahagiaan pasangan tersebut tidak lari dari kecaman peminat-peminatnya.

Sumber : IG azuracouture

 

Sumber: IG azuracouture

 

Sumber: IG azuracouture

Rata-rata tidak berpuas hati dengan aksi Fasha dan Aidil dilihat sangat mesra seolah-olah sudah sah menjadi pasangan suami isteri, sedangkan mereka masih dalam fasa pertunangan.

Sebelum ini pun Fasha banyak mendapat kritikan soal kemesraannya itu dengan Aidil. Namun Fasha tidak mengendahkan komen-komen negatif di ruangan media sosialnya.

 

Tak Takut Dosa Ke?

Malah, ada yang menganggap pasangan tersebut tidak takut kepada dosa dengan berpegang-pegangan sebegitu ketika mengambil gambar seperti pasangan yang sudah berkahwin.

 

Sumber: IG azuracouture

Mereka mahu Fasha dan Aidil segera berkahwin bagi mengelak fitnah yang akan berlaku lebih teruk lagi.

Kita dapat melihat netizen sekarang ramai yang jadi sudah menjadi “ustaz dan ustazah” di media sosial. Banyak lagi pasangan lain yang ambil gambar foto perkahwinan siap berpegangan tangan, tetapi tidak menjadi sasaran netrizen.

Fasha dikecam kerana dia merupakan seorang selebriti yang dikenali ramai dan kisahnya juga selalu diikuti oleh ramai pihak.

Itulah punca dia menjadi sasaran untuk dikritik oleh para netizen di media sosial.

 

Mahu Fasha Kecapi Kebahagian

Dalam menerima kecaman demi kecaman, ada juga antara peminat Fasha yang teruja melihat foto pra perkahwinan berkenaan.

Sumber : IG azuracouture

Mereka mengatakan Fasha kini semakin berseri-seri kerana seri bakal pengantin yang tidak lama lagi akan berkahwin dengan Aidil.

Mereka mahu Fasha kecapi kebahagiaan bersama insan yang tersayang pilihannya dan mereka mengharapkan perkahwinan kedua Fasha ini akan kekal selama-lamanya.

Mereka turut mendoakan kebahagiaan pasangan tersebut dan meminta Fasha dan Aidil tidak terlalu megendahkan komen-komen yang tidak baik kerana mereka berdua berdarah manis.

KATA ORANG

KATA ANDA

Patutkah aksi manja ala suami isteri dalam foto pra perkahwinan?
20 votes · 20 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN