Sumber: Berita Harian

Usaha kerajaan mengambil pendekatan membenarkan pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris di sekolah telah mendapat kritikan hebat oleh ahli akademik.

Penasihat Persatuan Linguistik Malaysia, Datuk Dr. Awang Sariyan berkata, kebenaran tersebut seolah-olah seperti kerajaan ingin mengulangi kesilapan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) suatu ketika dahulu.

Sumber: Berita Harian

Tun Ambil Jalan Tengah

Berdasarkan laporan Utusan Malaysia, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed pada 9 Mac lalu telah mengambil jalan tengah dengan membenarkan penggunaan Bahasa Inggeris bagi pengajaran dua mata pelajaran terbabit. Dalam masa yang sama dasar pengajaran bahasa kebangsaaan bagi kedua-dua subjek tersebut dikekalkan.

Dr. Awang Sariyan turut mengingatkan bahawa beberapa kajian yang dilakukan termasuk oleh Kementerian Pendidikan telah mengesahkan pelaksanaan PPSMI gagal sehingga menyebabkan dasar tersebut dimansuhkan pada tahun 2012.

Pencapaian pelajar dalam Sains dan Matematik semakin merudum sejak pengenalan PPSMI, malah penguasaan bahasa Inggeris juga tidak menunjukkan peningkatan.

Sumber: The Independent

Pakar Sosiologi Turut Senada

Selain Dr. Awang Sariyan, pakar sosiologi turut menyuarakan hal yang sama. Berdasarkan laporan Free Malaysia Today, Syed Farid al-Attas yang merupakan pakar sosiologi dari National University of Singapore mempersoalkan keperluang penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar bagi mana-mana subjek sekolah di Malaysia.

Bagi beliau, pendekatan tersebut sangat membingungkan memandangkan bahasa Inggeris itu sendiri tidak diajar dengan baik. Beliau turut mempersoalkan keputusan memilih subjek matematik dan sains untuk diajar dalam bahasa Inggeris berbanding subjek lain yang diajar.

Bagi sesetengah ibu bapa, mereka berpendapat pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris bagi sekolah terpilih perlu diteruskan. Ia kerana lulusan bahasa Inggeris lebih mudah diterima di pasaran kerja khususnya dalam mendepani era Revolusi Industri Keempar (RI4).

Sumber: Youtube

Bahasa Melayu Akan Terus Relevan Dalam Pasaran Kerja

Sungguhpun begitu, menurut Ketua Pengajian Asia Tenggara, Universiti Goethe, Frankfurt, Prof Dr Arndt Graf berkata, beliau optimis bahasa Melayu akan terus kekal relevan dalam masa sama menjadi bahasa yang lebih penting dalam era RI4.

Berdasarkan laporan Berita Harian, kebimbangan sama pernah disuarakan di Thailand dan Indonesia. Bagi beliau, penghebahan di media mengenai penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa wacana RI4 hanya dibuat untuk tujuan pemasaran antarabangsa. Hal ini terbukti apabila RI4 di Eropah dibangunkan sepenuhnya dalam bahasa selain Inggeris iaitu bahasa Jerman, Sepanyol dan Itali.

Maka, cakap-cakap dari sesetengah ibu bapa dan NGO yang memperjuangkan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris untuk mudah mendapatkan pekerjaan hanyalah omong kosong.

Pertingkatkan Bahasa Inggeris Melalui Pengajaran Subjeknya

Apa yang perlu dilakukan ialah, mempertingkatkan penguasaan bahasa Inggeris melalui mata pelajaran itu sendiri menerusi latihan perguruan, penyediaan bahan pengajaran dan pembelajaran serta penyusunan sukatan pelajaran yang berkesan. Bukan dengan terus memaksakan bahasa Inggeris dalam pembelajaran Matematik dan Sains.

Bahasa Melayu merupakan bahasa utama di Asia Tenggara memandangkan bilangan penuturnya yang sangat ramai iaitu sekitar 300,000 penutur.

Indonesia, Malaysia dan Brunei perlu memastikan bahasa itu menjadi lebih penting khususnya dengan memperkayakan istilah sains dan teknologi dalam bahasa Melayu sebagai usaha menjadikannya sebagai bahasa wacana RI4.

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Wajar atau tidak penggunaan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran sains dan metematik diteruskan untuk sekolah tertentu?
5 votes · 5 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN