Pernahkah anda dengar seorang kanak-kanak berusia 4 tahun sudah mula mempunyai keinginan untuk memuaskan diri secara seksual dan terus melakukan tabiat buruk itu sehingga dewasa? 

Apabila ditanya pihak kaunselor mengapa dia berbuat demikian? Jawapan yang diberikan ialah kerana sering melibat ibunya memakai pakaian yang seksi dan sering menukar baju dihadapannya.

Malah lebih parah lagi apabila kanak-kanak tersebut sudah mula beronani di usia yang sangat muda ketika kanak-kanak lain sibuk memikirkan cerita kartun dan permainan lasak namun dia sudah mula berfantasi yang tidak senonoh.

Walaupun secara umumnya kanak-kanak berkenaan bukan berkeinginan terhadap ibunya namun tabiat luar biasanya itu yang bermula sejak kecil merupakan hal serius yang perlu diambil berat oleh para ibu bapa di luar sana kerana ianya akan meninggalkan pengaruh yang besar terhadap kehidupan anak-anak di masa hadapan.

Mengapa ini terjadi? Anak kecil minda dan pemikiran mereka sepatutnya bersih dari fikiran-fikiran kotor berunsur lucah telah dicemari dengan  begitu mendalam.

 

Tidur Sebilik Punca Anak Mula Berimaginasi Liar

Ramai yang mengambil mudah isu seperti tidur sebilik dengan anak-anak yang melebihi dua tahun. Malahan ada sesetengah ibu bapa yang tanpa segan silu mengadakan hubungan seksual ketika anak mereka berada di bilik yang sama.

Ramai yang menyangka anak-anak mereka sedang tidur nyenyak namun ada anak-anak yang mudah terjaga menjadi penonton ‘tidak berbayar’ aksi kurang sesuai ibu bapa mereka.

Tambahan pula dengan pengaruh rakan-rakan sebaya yang secara mudahnya mempunyai akses untuk saluran-saluran video lucah ini.

Sungguh menyedihkan apabila isu seks bukan lagi perkara yang asing untuk kanak-kanak dibawah umur.

Siapa yang patut disalahkan? Anak-anak ataupun ibu bapa yang leka dengan gaya hidup sendiri sehingga tidak dapat mendidik anak-anak untuk membezakan perkara yang betul dan salah.

 

Anak Rogol Ibu, Salah Siapa?

Tahun 2014, kita digemparkan dengan berita seorang remaja lelaki merogol ibu kandungnya yang baru pulang dari kerja namun berada didalam keadaan mabuk.

Ibunya yang mendakwa tersalah masuk bilik menyedari anaknya sudah berada di atas dalam keadaan berbogel bertindak memukul anaknya dan terus melaporkan kepada pihak polis.

Mengapa sampai kesini tahap kewarasan orang kita, sampaikan ibu sendiri pun hendak dijadikan tempat memuaskan nafsu?

Namun tidak wajar si anak disalahkan secara membabi buta, sedangkan si ibu juga terlibat dengan kegiatan tidak bermoral. Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi?

 

Seks Dibawah Umur, Remaja Malaysia Semakin Tenat

Jika kita ingin bercakap tentang pendidikan seks untuk pelajar, ianya  bukanlah isu yang asing lagi. Dengan kemajuan teknologi yang kita ada sekarang, bukan susah untuk para pelajar belajar perkara-perkara tersebut samada untuk tujuan yang baik mahupun buruk.

Namun begitu, disinilah ibu bapa dan para pendidik perlu memainkan peranan yang penting dalam mendekati para pelajar berkaitan dunia seksual lelaki dan perempuan.

Apa yang boleh dilakukan dan apa yang dilarang.

Melihat keadaan anak muda sekarang, sungguh menyedihkan. Seawal berada di sekolah rendah pelajar-pelajar sudah mula melibatkan diri dengan kegiatan seks bebas.

Malah mereka tanpa segan silu memuat naik gambar berpelukan bahkan berkelakuan lucah di laman sosial tanpa memikirkan maruah diri dan keluarga.

Ekoran dari itu juga kes-kes kehamilan anak luar nikah meningkatkan dan kita berada di statistik yang cukup menakutkan.

Apa yang perlu kita lakukan supaya masalah sosial dikalangan anak remaja ini boleh dihentikan?

Perlukah kekerasan dan hukuman berat mula diberikan kepada mereka?

Isu pornografi tanpa sedar yang bermula di rumah ini sudah banyak berlaku namun tidak mendapat perhatian orang ramai kerana ramai yang menganggap ianya perkara biasa.

Sebagai ibu bapa jadilah lebih prihatin terhadap didikan gaya hidup yang kita ajari kepada anak-anak kita.

Kerana acuan kitalah yang akan mencorakkan masa depan mereka kelak.

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Patutkah hukuman yang lebih berat diberikan kepada kanak-kanak yang terlibat dengan kesalahan jenayah seksual?
2 votes · 2 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN