Politik wang adalah satu budaya tidak sihat untuk diamalkan oleh mana-mana parti di Malaysia kerana akan menyebabkan pilihan raya yang diadakan tidak memberikan apa-apa makna kepada rakyat.

Sumber:YouTube

Pada masa sama, rakyat juga tidak dapat menentukan secara telus pemimpin mana yang akan menjadi wakil mereka dan juga memimpin negara.

Kalau beri ‘upah’ untuk parti itu menang, ia tidak memberikan apa-apa hasil dan wakil rakyat yang dipilih itu tidak akan menjaga kebajikan rakyat kerana mereka ini telah ‘dibayar’.

Ada Pihak Cuba Burukkan BN

Sumber:FMT

Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan mendakwa ada usaha daripada pihak luar menawarkan ‘upah’ RM50 kepada pengundi tegar parti itu supaya memangkah BN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.

Lebih mesra dipanggil Tok Mat, beliau berkata, tawaran itu diberikan melalui panggilan palsu.

Tok Mat merasakan ini satu cara memburukkan nama dan memerangkap BN itu sendiri. Beliau sudah menyuruh mereka yang menerima panggilan tersebut membuat laporan polis dan mahu perkara ini disiasat dengan terperinci.

Katanya, BN tidak pernah ada niat untuk memancing undi dengan memberikan makan serta minum. Malah di bilik gerakan juga tidak dibenarkan kerana ia merupakan satu kesalahan.

Pemuda Umno Nafi Main Politik Wang

Sumber:Utusan Online

Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, tuduhan yang dilemparkan oleh Presiden Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa pemberian wang RM200 itu tidak berasas dengan sengaja memainkan politik murahan serta psikologi terbalik.

Dikhabarkan Umno Dan BN bermain politik wang bagi meraih undi terutama di kalangan masyarakat India dalam PRK Rantau tidak lama lagi.

Antara Kes Yang Dilaporkan Bagi Politik Wang

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Umno dan BN didakwa menawarkan cabutan bertuah sebanyak RM25,000 kepada pengundi di Sekinchan dalam tempoh berkempen ketika itu.

Sumber:Nadi Negara

Dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands tersebar di media sosial gambar seorang wanita memakai baju Harapan didakwa cuba merasuah Orang Asli di Cameron Highlands dengan memberikan wang tunai kepada mereka.โ€จ

Banyak lagi politik wang yang berlaku dalam politik Malaysia hari ini. Tidak kira dari parti mana sekalipun, ini sudah menjadi budaya berpolitik di negara kita.

Untuk menang pastinya perlukan ‘modal’ untuk ‘mengupah’ mereka menyokong parti yang ada.

Sampai Bila Budaya Politik Wang Akan Terkubur?

Budaya politik wang dilihat semakin membimbangkan pada musim pilihanraya mahupun pemilihan parti yang ada di negara ini.

Sewajarnya rakyat menolak calon-calon yang mengamalkan budaya itu dan memilih calon yang berlaku adil, berkhidmat dan berjuang untuk rakyat di akar umbi.

Namun, ia lumrah apabila calon-calon yang bertanding akan menggunakan politik wang untuk terus kekal berkuasa. Selagi budaya ini tidak dihapus, jangan harap budaya politik wang akan terkubur.

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa pandangan anda mengenai isu politik wang?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN