Kecoh di media sosial dan portal mengenai seorang anggota polis trafik telah menembak seorang pengguna motosikal di Alor Setar, Kedah baru-baru ini.

Sumber: FB MyWatch

Difahamkan ketika kejadian anggota polis trafik berkenaan cuba memberhentikan motosikal dinaiki mangsa dan rakannya tetapi disebabkan ingkar dengan arahan berkenaan, anggota berkenaan telah melepaskan satu tembakan.

Mangsa Mohamad Alif Aiman Anuar, 21, dari Kuala Kedah sedang membonceng motosikal ditunggangi rakannya untuk ke tempat kerja mereka di Alor Mengkudu pada jam lebih kurang 10 pagi.

Mangsa Didakwa Langgar Lampu Merah

Sumber:GoWest.ID

Menurut kenyataan mangsa, dia bersama rakannya telah melanggar lampu merah dan kebetulan anggota polis trafik berkenaan ternampak dan mengejar mangsa untuk mereka memberhentikan motosikal di persimpangan lampu isyarat di jalan berkenaan.

Rakan mangsa yang penunggang motosikal enggan berbuat demikian dan memecut laju lalu berlaku kejadian kejar mengejar diantara mereka sehingga polis trafik berkenaan terpaksa melepaskan tembakan dan mengenai mangsa yang berada dibelakang.

Selepas beberapa kali dipaksa berhenti, akhirnya mangsa dan rakannya itu memberhentikan kenderaan selepas terkena tembakan tersebut dan polis berkenaan memeriksa kenderaan serta beg mangsa. hanya pakaian salinan kerja sahaja ditemui.

Mangsa Dan Rakannya Bersalah

Dalam kes ini, memang secara terang-terangan pemandu motosikal berkenaan bersalah kerana melanggar lampu merah dan pemandu juga didakwa tidak mempunyai lesen memandu yang sah.

Ekoran cemas dan berasa takut ditahan, rakan mangsa terpaksa melepaskan diri daripada disaman atau ditahan pihak berkuasa, tetapi yang jadi mangsa tembakan adalah orang lain.

Banyak sahaja kes pengguna jalanraya langgar lampu merah. Mungkin mereka menganggap tiada sebarang masalah yang akan timbul tetapi jika berlaku kemalangan dan menyusahkan orang lain, tidakkah itu merbahaya?

Polis Ugut Dan Tinggalkan Mangsa Tepi Jalan

Sangat memeranjatkan adalah berdasarkan kenyataan mangsa ketika kejadian, polis berkenaan telah menggugut mangsa dan rakannya supaya tidak melaporkan kes tembakan itu kepada sesiapa.

Apa yang lebih malang lagi polis berkenaan beredar begitu sahaja dan meninggalkan mangsa dalam keadaan berlumuran darah ditepi jalan tanpa menghulurkan apa-apa bantuan kecemasan kepada mangsa.

Dan dikatakan anggota polis berkenaan meminta mangsa mendapatkan rawatan di klinik berdekatan sahaja dan bukan mendapatkan rawatan di hospital walaupun kecederaan itu dikatakan agak teruk.

Tangan Kiri Mangsa Parah Dan Mungkin Cacat

Dilaporkan tembakan itu terkena pada tangan kiri mangsa dan pihak hospital mengesahkan tulang tangan kiri mangsa hancur kerana kesan tembakan tersebut.

Sumber: FB MyWatch

Ibu mangsa, Hashimah Mahmood mendakwa anaknya itu mungkin akan mengalami kecacatan kekal selepas ditembak seorang anggota polis trafik berkenaan.

Hashimah dipetik Utusan Online berkata anaknya yang bekerja sebagai tukang paip kini kritikal dan ditempatkan di Zon Merah Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar.

Pembedahan akan dilakukan bagi membuang peluru yang ada didalam tangan kiri anaknya itu.

Tuntut Keadilan

Ibu bapa mangsa mahu menuntut keadilan terhadap apa yang telah berlaku ke atas anaknya itu.

Sumber:hmetro

Ibunya berasa tidak berpuas hati dengan tindakan polis itu melepaskan tembakan sedangkan anaknya itu tidak memberi sebarang ancaman kepada polis itu.

Keadilan akan dituntut untuk anaknya yang berkemungkinan cacat seumur hidup.

Siapa yang ingin anaknya cacat sedangkan ketika dilahirkan anak tersebut sempurna. Akibat tindakan tidak wajar polis berkenaan telah menyebabkan anaknya itu lumpuh kekal.

Tindakan Polis Bertentangan Dengan Undang-Undang

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Mat Kasim Karim, berkata setakat ini anggota polis trafik yang melepaskan tembakan itu masih belum membuat laporan polis.

Bagaimanapun, siasatan kini dijalankan untuk mencari punca mengapa tembakan berkenaan boleh dilepaskan. Sama ada tembakan yang dilepaskan adalah dengan niat untuk memberhentikan motosikal berkenaan atau sebaliknya.

Tindakan itu adalah tidak wajar dan sekiranya tindakan anggota polis itu didapati bertentangan dengan undang-undang, ia akan membuka ruang kepada mangsa untuk mengambil tindakan sivil tsepertimana yang pernah berlaku dalam kebanyakan kes sebelum ini.

Mengingatkan Kes Aminulrasyid

Kejadian yang menimpa Alif Aiman ini mengingatkan kembali tragedi yang pernah menggemparkan negara dalam 10 tahun yang lalu, dimana remaja lelaki berusia 15 tahun pada ketika itu mati gara-gara ditembak oleh pihak polis.

Sumber: Time To Change

Pada jam 2 pagi 26 April 2010, Aminulrasyid Amzah didakwa mati ditembak oleh anggota peronda polis  berhampiran rumahnya di Jalan Makyong, Seksyen 11, Shah Alam.

Sumber:Cilisos

Aminulrasyid memandu kereta Proton Iswara milik kakaknya, tanpa lesen pada malam hari bersama rakannya. Polis peronda yang menaiki kereta peronda polis (MPV) mengejar dan mengarahkan suspek berhenti tetapi Aminulrasyid ketakutan lalu melarikan diri dan membahayakan anggota polis.

Kereta peronda polis mengejar kereta itu sejauh 6 km dalam kelajuan yang tinggi sebelum ia terlanggar sebuah motosikal. Kereta itu enggan berhenti. Tembakan tepat di bahagian belakang kepala mangsa. 

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa komen anda?
2 votes · 2 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN