Pernahkah anda berada di dalam situasi dimana anda tersekat di dalam kesesakan lalu lintas yang teruk dan tiba-tiba terdengar bunyi siren ambulan datang dari arah belakang?

Ataupun ketika sedang menunggu lampu isyarat di laluan anda bertukar hijau, tiba-tiba terlihat trak bomba memberikan siren dan hon di arah bertentangan?

Adakah anda akan duduk diam sahaja tanpa cuba mengalihkan kenderaan bagi memberi laluan kepada ambulan untuk lalu?

Ataupun membiarkan trak bomba untuk melepasi jalan tersebut dahulu walaupun warna lampu trafik di laluan anda sudah bertukar hijau?

Apa yang akan anda lakukan?

Sumber : Warga Wilayah

Terbaru, seorang lelaki menyuarakan rasa tidak puas hatinya apabila keretanya dilanggar oleh sebuah kereta polis yang dikatakan dalam perjalanan membawa OKT (orang kena tuduh) untuk siasatan.

Dia mendakwa tidak dengar siren yang dibunyikan dan hanya meneruskan perjalanan kerana lampu trafik dilaluannya hijau.

Pihak polis juga dikatakan membuat laporan bahawa si pengadu yang melanggar mereka dan mengeluarkan saman di atas kesalahan menghalang anggota polis menjalankan tugas.

Jadi siapa yang salah sebenarnya? Hanya undang-undang yang boleh menentukan.

 

Tak Boleh Tuntut Insuran

Yang membuatkan lelaki tersebut bertambah marah apabila kerosakan yang dialaminya tidak boleh diminta ganti rugi malahan dia terpaksa mengeluarkan duit sendiri bagi membaiki kerosakan keretanya.

Sudah la disaman, nak kena keluar duit untuk baiki kereta lagi. Siapa yang tak marah kan.

Untuk pengetahuan, mana-mana kereta yang memandu secara laju dan melanggar kenderaan anda, dia merupakan pesalahnya! Namun undang-undnag ini tidak boleh diguna pakai sekiranya yang melanggar itu adalah kereta polis.

Sebaliknya sekiranya anda gagal memberi jalan dan menyebabkan kemalangan, (dalam konteks apabila mereka menghidupkan siren dan lampu strop) anda boleh  dihukuman penjara sehingga dua tahun dan / atau denda sehingga RM10,000 di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Tak cukup dengan tu, anda juga mungkin menghadapi risikolesen ditarik atau dibatalkan di bawah Sistem Poin KEJARA Demerit JPJ.Kegagalan untuk “memberi keutamaan kepada ambulans, ahli bomba, polis, adat, atau Jabatan Transaksi Jalan kereta (dengan siren)” akan menjatuhkan anda 8 mata demerit.

 

Bunyi Siren Tu Tanda Kecemasan, Tak Boleh Pertikaikan

Benarkah pihak polis dikatakan cuba menganiya si pengadu seperti yang didakwa? Dan betulkah dakwaan yang dibuat pengadu yang kononnya siren yang dibunyikan tidak didengarinya.

Namun secara umumnya, apabila siren sesebuah kenderaan polis, ambulan mahupun bomba dibunyikan, secara automatik laluan perlu diberikan oleh pengguna jalan raya yang lain tidak kira atas tujuan apa pun.

Mereka mahu menipu ke apa, yang penting kita wajib memberi kerjasama. Sebab kita tidak tahu jika ianya betul-betul kes kecemasan dan sebagainya.

Bayangkan jika kita mahupun ahli keluarga yang terlibat? Adakah kita akan tetap berdegil dan tidak mahu memberi jalan?

 

Hargai Penjawat Awam Kita

Menjawat tugas sebagai penjawat awam bukanlah sesuatu tugas yang mudah. Lebih-lebih jika pekerjaan anda melibatkan nyawa dan keselamatan orang awam.

Bekerja sebagai anggota polis, bomba mahupun doktor memerlukan tahap kesabaran yang sangat tinggi lebih-lebih apabila tugas mereka sering dipertikaikan oleh orang awam yang kononnya tahu serba serbi tentang apa yang mereka lakukan.

Tuduhan suka mengular sudah menjadi makanan mereka, malahan mereka juga sering disalahkan ketika menjalankan tugas dengan bersikap pilih kasih.

Salah satu contoh ialah pegawai polis, yang selalu dikaitkan dengan isu rasuah.

Kita perlukan mereka, tanpa kita sedar banyak bakti dan jasa mereka untuk kita dan negara. Kerana mereka inilah Malaysia masih aman dan tenteram, pesakit masih boleh dirawat, kes kebakaran masih boleh diselesaikan.

Bagi si pengadu yang terlibat, semoga jumpa jalan untuk menyelesaikan kes. Siapa pun yang bersalah, semoga kes ini dapat menjadi pengajaran untuk pengguna jalan raya agar lebih berhati-hati dan peka.

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa pandangan anda tentang isu ini?
8 votes · 8 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN