Semakin hari isu masalah sosial dikalangan remaja dan anak muda semakin memeningkan. Masalah gejala sosial dan penglibatan dengan aktiviti seksual sehingga meningkatkan jumlah kelahiran bayi luar nikah.

Dan bermula dari situ juga akan timbul pelbagai lagi masalah lain yang bukan sahaja akan memberi kesan kepada perkembangan sosial anak-anak kita malah turut memberi kesan kepada perkembangan sosial negara.

Belum lagi bab cinta monyet di kalangan remaja dan anak-anak muda. Bukan sahaja wang ringgit malah maruah juga sanggup digadai demi membuktikkan cinta mereka yang konon-konon tulus dan suci.

Tanpa mengira bangsa dan agama ianya seperti sudah menjadi trend, wanita-wanita yang terlalu obses bercinta sanggup melakukan apa sahaja untuk teman lelaki mereka.

Seperti baru-baru ini, pihak Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dirayu oleh seorang gadis yang sudah terjerat dengan hutang Ah Long sebanyak RM20,000 dan juga terikat dengan teman lelakinya dan terpaksa bersekedudukan walaupun mereka masih belum berkahwin.

Tonton rakaman video di bawah untuk gambaran yang lebih jelas :

 

Hancur Hati Si Ibu

Pihak PPIM juga dilihat turut menghubungi ibu si gadis untuk sama-sama sertai serbuan yang dibuat.

Ibu kepada wanita berkenaan sempat memarahi  dan memukul lelaki yang dipercayai memperbodohkan anaknya sehingga sanggup meminjam Ah Long.

Hati ibu mana yang tidak sedih, anak perempuan sendiri tinggal bersama lelaki yang bukan muhrim.

 

Jangan Salahkan Sebelah Pihak Je

 

Ramai juga yang berkata kedua-dua pihak perlu diberi pengajaran dan bukan hanya menyalahkan si lelaki.

Jika si gadis tidak melayan mahupun memberi kerjasama takkan perkara ini akan terjadi.

Malah rasanya gadis tersebut sudah cukup dewasa untuk menolak sebarang permintaan yang  bukan-bukan malah sudah boleh membezakan baik dan buruk sesuatu perkara.

Sampai berani tinggal dengan lelaki tersebut sedangkan masih belum berkahwin.

Siapa yang perlu dipersalahkan?

Adakah salah ibu bapa kerana terlalu mempercayai anak-anak gadis mereka?

Ataupun anak-anak muda ini yang sudah tidak kisah tentang hukum dan tuntutan agama?

 

Serbuan Pencegah Maksiat Perlu Dipertingkat

Sebelum ini timbul pelbagai isu tentang aktiviti pencegahan maksiat yang dijalankan Jabatan Agama Islam.

Ada yang tersalah serbu, malah ada juga yang tidak kisah diserbu kerana dilihat sebagai jalan pintas untuk cepat kahwin.

Dengan sistem keselamatan kebanyakan kawasan perumahan di Malaysia, sukar untuk orang luar masuk ke dalam kawasan perumahan sesuka hati.

Dan ini juga mungkin menjadi punca mengapa ramai anak-anak mua berani bersekedudukan kerana tidak perlu risau tentang sebarang serbuan khalwat dan sebagainya.

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa komen anda mengenai kes ini?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN