Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) baru-baru ini mengemukakan usaha yang lebih berkesan dalam mengurangkan risiko penagih berulang dengan melaksanakan program penghijrahan pusat rawatan dan pemulihan dadah terhadap penagih dadah.

Menurut Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Datuk Seri Zulkifli Abdullah, penagih dihantar ke negeri lain dan tidak lagi ditempatkan di Pusat Serenti (Puspen) negeri asal mereka bagi memastikan program pemulihan yang dijalankan lebih berkesan.

sumber: sinar harian

Program penghijrahan pusat rawatan ini akan dilaksanakan bermula tahun ini serta pihak AADK akan lebih tertumpu kepada program-program peningkatan kemahiran untuk kakitangan dan pencegahan di peringkat awal.

 

 

Tahu Selok Belok Kawasan

Apabila penagih ini di tempatkan ke pusat serenti bukan di negeri asal mereka, dilihat akan lebih membantu program pemulihan yang dijalankan.

AADK berpendapat jika mereka (penagih) di tempatkan ke pusat rawatan dan pemulihan negeri asal mereka, kemungkinan tinggi penagih ini akan menjadi penagih berulang disebabkan mereka sudah mahir dengan selok belok kawasan dan mempunyai kenalan penagih.

Jika penagih ini ditempatkan ke pusat pemulihan di negeri lain, adakah mereka tidak mampu untuk berkenalan dengan penagih-penagih di sana?

Perkara ini tidak mustahil berlaku kerana proses pemulihan yang memakan masa yang lama, penagih ini mampu untuk mewujudkan kenalan baru di tempat mereka menerima rawatan itu nanti.

Bergantung Kepada Penagih

Untuk mencapai keberkesanan pemulihan penagihan ini sudah semestinya bergantung kepada individu itu sendiri. Ketahanan diri merupakan konsep yang sangat penting dalam perkembangan diri seseorang bekas penagih ke arah mengekalkan kepulihan setelah tamat menjalani program rawatan dan pemulihan.

Ketahan diri bekas penagih juga boleh menjadi benteng kepada permasalahan dadah dan memberi kekuatan kepada bekas penagih apabila berhadapan dengan keadaan persekitaran luaran yang berisiko yang boleh menyebabkan mereka terjebak semula dengan dadah.

Jika pihak AADK menempatkan penagih-penagih ini ke pusat pemulihan di luar negara sekali pun, jika bekas penagih ini duduk dalam kelompok mereka yang menagih, mereka akan kembali menagih semula.

Sebaliknya pihak AADK perlu perkemaskan lagi modul yang sedia serta merangka modul yang bersesuaian bagi mengukuhkan ketahanan diri bekas penagih .

sumber: kosmo

Kerjasama masyarakat setempat dalam membantu bekas-bekas penagih ini untuk meneruskan kehidupan seperti orang lain sangat penting bagi memastikan mereka tidak kembali menagih.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah berkesan pendekatan yang diambil oleh AADK dengan menempatkan penagih di pusat pemulihan negeri lain untuk elak penagih berulang?
3 votes · 3 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN