Isu mengenai pengecilan saiz perkhidmatan awam menjadi antara topik utama yang dibincangkan di Dewan Rakyat memandangkan jumlah anggota sektor kerajaan kini terlalu besar dan perlu dikurangkan.

Sumber: Sinar Harian

Dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat itu, kerajaan juga dikatakan sedang merangka pilihan untuk memindahkan pegawai-pegawai kerajaan ke sektor ekonomi lain sebelum pengecilan saiz perkhidmatan dilaksanakan.

Bagaimanapun, cadangan kerajaan itu dilihat telah menimbulkan kebimbangan seluruh rakyat Malaysia terutama penjawat awam yang mana mereka khuatir pengecilan saiz itu akan menyebabkan berlakunya pengurangan peluang pekerjaan. 

Namun, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi jaminan bahawa perkara tersebut tidak akan berlaku terutama apabila penswastaan itu dilaksanakan.

Elak Situasi Yang Berlaku Di Greece

Memang tidak dinafikan, jumlah penjawat awam kini mencatatkan jumlah yang terlalu besar sehingga perlu dikecilkan.

Melihat kepada situasi yang berlaku di negara Greece, negara mereka mempunyai jumlah penjawat awam yang besar namun lambat bertindak sehingga menyebabkan negara mereka terjerumus ke dalam krisis kewangan.

Sumber: Utusan Borneo

Difahamkan ketika ini, Malaysia mempunyai 1.6 juta penjawat awam yang mana kerajaan perlu memperuntukkan RM76 bilion setahun untuk penggajian dan elaun.

Manakala, sebanyak RM21.6 bilion dibelanjakan untuk bayaran pencen.

Maka, tidak hairanlah kerajaan juga mahu bertindak untuk mengecilkan saiz perkhidmatan awam di negara ini dengan membenarkan penjawat awam untuk berpindah ke sektor swasta melihat kepada situasi kewangan yang sedikit membebankan ketika ini.

Adakah Ia Dilihat Langkah Baik Untuk Dilaksanakan?

Melihat kepada cadangan yang mahu dilaksana oleh kerajaan ketika ini, langkah itu sememangnya memberi banyak kelebihan kepada kerajaan.

Sumber: Kosmo

Apabila ramai penjawat awam dipindahkan ke sektor swasta, kerajaan tidak perlu lagi memberi bayaran pencen kepada mereka.

Bukankah itu langkah yang menjimatkan?

Malah, langkah tersebut bukan sahaja mengurangkan pekerja dalam kerajaan sekaligus membolehkan pekerja mendapat pakej gaji yang lebih baik.

Dalam perkara ini, tidak ada salahnya sekiranya negara kita bertindak mahu mengecilkan saiz perkhidmatan awam jika berlaku banyak pertindihan tugas mahupun organisasi yang boleh dikecilkan selagimana negara kita mampu untuk melakukannya.

Jangan tunggu sehingga berlakunya krisis kewangan, barulah hendak bertindak secara drastik yang mana ketika itu semuanya sudah terlambat dan sukar untuk diselamatkan lagi. Kesannya turut akan dirasai dengan lebih teruk oleh rakyat baik di sektor awam mahupun swasta. 

Kelebihan & Keburukan Apabila Sesebuah Organisasi Kerajaan Diswastakan

Melihat kepada apa yang diperkatakan Dr Mahathir, langkah penswastaan itu dilihat dapat mengurangkan bebanan kewangan, meninggikan kecekapan pekerja, menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan pembangunan sumber secara cekap.

Sumber: Utusan Online

Hal itu dibuktikan dengan kejayaan penswastaan Telekom di mana kakitangannya dipindah ke syarikat swasta, sekali gus berjaya mengurangkan pekerja dalam kerajaan dan mereka juga mendapat pakej gaji lebih baik.

Namun, lain pula pandangan yang diberikan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mana beliau mengatakan cadangan penswastaan beberapa agensi kerajaan itu bukanlah jalan terbaik dalam menangani isu ini.

Hal itu mengambil contoh yang berlaku kepada Malaysia Airlines Berhad (MAB) yang sebelum ini telah diswastakan, kemudian terpaksa dibeli semula oleh kerajaan dengan nilai RM1.6 bilion.

Kesimpulannya, apa yang dilakukan kerajaan ketika ini sememangnya mempunyai kelebihan dan keburukan namun yang pasti, setiap yang dilakukan oleh kerajaan ketika ini bukanlah untuk menghukum penjawat awam tetapi untuk memberi peluang kepada mereka untuk mendapatkan pakej gaji yang lebih baik berbanding sektor kerajaan.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, adakah cadangan memindahkan penjawat awam ke dalam sektor swasta dilihat satu langkah baik bagi menangani masalah lambakan jumlah penjawat awam di negara ini?
9 votes · 9 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN