Sejak kebelakangan ini, isu mengenai pil minda atau gula-gula genius menjadi antara topik bualan hangat ibu bapa.

Mana tidaknya, ada penjual mahupun pengeluar dilihat semakin berani mempromosi produk tersebut di luar pekarangan sekolah di Rawang sepertimana yang tular di media sosial.

Sumber: Siakap Keli

Jika dahulu, produk-produk sebegini hanya dijual secara dalam talian sahaja tetapi kini, berani pula mereka menjadikan pelajar sekolah sebagai sasaran.

Apa yang lebih membimbangkan, individu tersebut berani mengedarkan pil dan gula-gula yang hampir luput tarikhnya secara percuma kepada pelajar.

Kejadian itu bagaimanapun menimbulkan pelbagai andaian dari ibu bapa yang mengatakan pil minda tersebut tidak mendatangkan kemudaratan sekiranya dimakan.

Dan tidak kurang juga, ada yang gusar terhadap pil tersebut yang dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan buat anak mereka.

 

Fakta Mengenai Pil Minda

Sekarang ini, banyak sahaja suplimen tambahan baik dalam bentuk cecair mahupun pil yang baik untuk anak-anak.

Sumber: vetblog.net

Bukan itu sahaja, pil minda atau gula-gula ini juga ada yang diperbuat dari pelbagai jenis perisa dengan harga serendah RM15 untuk sebotol.

Malah, ada sesetengah pil minda dan gula-gula itu juga dikatakan mampu membawa perubahan besar dalam masa beberapa hari sahaja untuk menjadi pintar!

Persoalannya di sini, sejauhmanakah keberkesanan pil ini?

Adakah memang benar, ia boleh menjadikan anak-anak itu lebih bijaksana dan hebat seperti yang diperkatakan?

 

Cerdik Tidak Dinilai Pada Pil Semata-Mata

Sumber: Siakap Keli

Memang tidak dapat dinafikan, pil minda atau ubat ini mengandungi bahan yang mengaktifkan beberapa neurotransmitter di dalam otak manusia.

Jadi tidak hairanlah ia dikatakan dapat membantu Kecerdasan Intelektual (IQ) dan Kecerdasan Emosi (EQ) anak, membantu fokus anak, memberi ketenangan dan menguatkan daya ingatan ketika peperiksaan.

Menurut beberapa pandangan doktor perubatan, secara saintifiknya pil minda yang dikomersialkan itu tidak memberi maksud secara langsung yang boleh mencerdaskan otak tetapi ianya lebih kepada memperbetulkan fungsi badan.

Pil minda atau gula-gula ini dilihat lebih kepada membantu melancarkan peredaran darah dan oksigen terutamanya ke otak dan organ penting sekaligus menghasilkan prestasi lebih tinggi pada anak-anak.

Sumber: Sinar Harian

Namun, sekiranya mahu anak itu menjadi pintar, ia tidak hanya terletak kepada pil minda mahupun gula-gula genius seperti ini semata-mata, tetapi ia meliputi pelbagai aspek.  

Sekiranya makan pil minda mahupun gula-gula genius tetapi tiada usaha, tiada gunanya juga.

Sesuatu kejayaan itu tidak datang bergolek. Tetapi, usaha, kegigihan dan pengorbanan seseorang itu yang perlu diutamakan tanpa mengharapkan produk seperti ini.

 

Beri Makanan Yang Seimbang Kepada Anak   

Apa-apa pun, ramai yang berpendapat bahawa makanan seimbang, segar dan penuh nutrisi dengan sukatan yang betul itulah yang paling utama untuk membantu tumbesaran dan perkembangan otak anak-anak.

Sumber: Usim

Selain perlu berhabis wang ringgit, banyak sahaja buah-buahan seperti kismis segar serta madu untuk menguatkan daya ingatan dan memberi kecerdasan lebih kepada anak selain pil minda seperti ini.

Namun, tidak salah sekiranya ada ibu bapa yang mahu memberi pil minda atau gula-gula kepada anak mereka.

Apa yang paling penting, sebelum membeli, semak dahulu pek serta kandungan pil tersebut sama ada telah mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan, halal dan selamat digunakan.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, wajarkah kecerdikan anak itu dinilai dengan hanya memakan pil minda atau gula-gula genius semata-mata?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN