Puluhan penduduk asli Tojolabal bersenjatakan belantan memecah masuk pejabat datuk bandar di bandar Las Margaritas di negeri Chiapas, Mexico.
Mereka kemudian mengikat Datuk Bandar, Jorge Luis Escandon dan meletakkannya di belakang trak.
Mereka mengheret datuk bandar berkenaan beberapa puluh meter di atas jalan raya sebelum polis dan kakitangan awam masuk campur dan membebaskan beliau. Bagaimanapun, beliau tidak mengalami sebarang kecederaan.
Gagal Tunai Janji Kepada Petani
Penduduk berkenaan membuat tindakan tersebut ekoran datuk bandar itu gagal menunaikan janjinya kepada petani di kawasan tersebut.
Difahamkan motif serangan berpunca daripada petani yang marah selepas gagal menuntut duit untuk disalurkan kepada komuniti mereka di Santa Rita El Invernadero.
Sebelum ini, Presiden Andres Manuel Lopez Obrador telah memperkenalkan dasar bantuan awam dalam bentuk wang tunai kepada penerima bagi menghalang amalan rasuah serta karenah birokrasi orang tengah.
Penduduk itu cuba untuk mempertahankan nasib petani-petani di kawasan itu dan janji itu pun dibuat oleh wakil rakyat mereka dan mereka ini harus menunaikan janji yang telah dibuat.
“Memang Patut Diajar Begitu”
Rata-rata wargamaya menyokong tindakan penduduk-penduduk di Mexico yang lebih berani memepertahankan hak-hak petani di kawasan mereka.
Walaupun ia menyalahi undang-undang namun tindakan kejam begitu sebagai pengajaran kepada wakil rakyat yang gagal menunaikan janji yang dibuat.
Semasa berkempen bermacam-macam janji ditaburkan apabila menang atas undi rakyat mereka ini pula dilupakan, jangan ingat undi rakyat murah dan balasan seperti ini patut diberikan kepada wakil rakyat yang gagal.
“Malaysia Banyak Trak Kena Guna”
Walaupun insiden ini berlaku di luar negara, rata-rata rakyat Malaysia tidak terlepas untuk melemparkan komen mereka.
Ada yang menyatakan Malaysia mungkin memerlukan lebih banyak trak untuk digunakan terhadap wakil rakyat yang gagal tunaikan janji dan manifesto mereka dalam pilihanraya sebelum ini.
Mereka menyatakan video ini datuk bandar diheret ini perlu dipertontonkan kepada wakil rakyat terutama di parlimen supaya wakil rakyat yang ada ingat janji mereka pada rakyat.
“Tak Perlu Demo Atas Jalan Raya Lagi”
Ada pula nyatakan Malaysia tidak perlu lagi berdemo atau turun ke jalan raya untuk menyatakan bantahan mereka terhadap pemimpin kerajaan mahupun pembangkang.
Ini antara jalan terbaik yang dilihat sebagai ‘menyedarkan’ wakil rakyat yang menipu sejak dari zaman pemerintahan kerajaan BN sehinggalah kepada perubahan kerajaan PH hari ini.
Namun, ada pemimpin sebelum ini yang berdemo sampai sanggup tidur atas jalanan namun bila mendapat jawatan dalam kerajaan seakan-akan telah melupakan rakyat.
Kes Wakil Rakyat ‘Diajar’ Rakyat
Di Mexico apabila seorang ahli politik, Javier Sebastian Jimenez Santi dipaksa memakai pakaian wanita kerana gagal menunaikan janjinya. Dia memenangi pemilihan datuk bandar di bandar kecil Huixtan, dan berjanji untuk memperbaiki sistem perairan tempatan.
Di Ukraine, seorang ahli Parlimen, Vitaly Zhuravsky dicampak orang ramai ke dalam sebuah tong sampah besar, gara-gara rasa tidak puas hati terhadapnya.
Di Malaysia? Rakyat belum kejam lagi untuk lakukan itu kerana kita penuh dengan adab ketimuran. Cuma rakyat ajar kerajaan dalam pilihanraya sahaja. Dan itulah jalan terbaik.
KATA ORANG
Nasib baik lah rakyat Malaysia tak de lagi bertindak sampai ke tahap macam ni.
— Abdullah Musa (@abmusa66) October 10, 2019
Kalau tidak mungkin terpaksa guna keretapi untuk tarik. https://t.co/FXkY2KpkZN