Sumber: Ibnu Hasyim

Setelah sunyi isu pemakaian separuh bogel di tempat awam, baru-baru ini kes tersebut kembali berlaku di resort Bukit Tinggi, Bentong, Pahang. Seramai 30 orang wanita dan empat orang lelaki ditahan polis kerana berpakaian tidak senonoh di sebuah resort di Bukit Tinggi, Bentong.

Kes ini merupakan kes kedua terjadi di padang resort berkenaan. Kes pertama terjadi pada tahun 2017 yang juga merupakan program motivasi melibatkan seramai 39 peserta lelaki yang berbogel melakukan aktiviti di padang.

Melanggar Etika

Penganjuran program tersebut telah mengejutkan penghuni pusat peranginan terbabit dalam masa yang sama ditegur oleh penduduk sekitar kerana tidak bersesuaian. Memandangkan teguran yang dilakukan oleh penduduk tempatan tidak diendahkan, penduduk membuat laporan polis. Penganjuran program tersebut sememangnya tidak sesuai, malah tidak mencerminkan program motivasi.

Sumber: Utusan

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Datuk Othman Nayan berkata, polis menjalankan siasatan selepas tersebar gambar sekumpulan wanita berpakaian separuh bogel di laman sosial Facebook dengan hanya berseluar dan berbaju dalam.

Peserta Diminta Tampil Bantu Siasatan

Polis turut menasihati peserta yang telah pulang supaya tampil secara sukarela ke Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong bagi membantu siasatan menurut Seksyen 294(a) Kanun Keseksaan kerana berkelakuan sumbang di tempat awam.

Berdasarkan siasatan, polis mendapati aktiviti yang dianjurkan merupakan program motivasi yang dianjurkan oleh sebuah spa kecantikan dari Johor Bahru dan Kuala Lumpur yang disertai seramai 80 wanita tempatan.

Sumber: Mstar

Tidak Ambil Pengajaran

Kes yang berlaku ketika ini sekaligus mengulang kembali peristiwa yang sama pada tahun 2017. Ia seolah-olah tidak diambil pengajaran oleh semua pihak.

Penganjur terutamanya, seperti tidak memahami undang-undang yang ditetapkan dan batas-batas budaya masyarakat setempat sehingga berani melakukannya acara tersebut secara terbuka di khalayak ramai.

Hakikatnya, bagi negara Malaysia yang terkenal dengan sopan-santun, berpakaian tidak senonoh tetap melanggar norma kemasyarakatan, moral dan budaya setempat. Perlakuan tidak senonoh dilihat berisiko, selain membawa musibah buruk atau bencana seperti yang pernah berlaku sebelum ini.

Sumber: Berita Harian

Iktibar Gempa Bumi Kinabalu 2015

Misalnya, pada tahun 2015, berlaku insiden pelancong yang bertindak menanggalkan pakaian masing-masing apabila tiba di puncak Gunung Kinabalu. Tindakan tersebut membangkitkan kemarahan dalam kalangan masyarakat di Sabah kerana tidak menghormati adat resam tempatan. Perlakuan pelancong terbabit dikatakan menjadi faktor yang menyebabkan gempa bumi di Sabah.

Sumber: Batamtoday

Walaupun secara teorinya tindakan bogel dan berpakaian tidak sopan bukan faktor yang menjadi berlakunya gempa bumi, namun bagi penduduk tempatan, mereka berasakan bencana tersebut merupakan amaran dari tuhan yang tidak boleh dipandang remeh.

Sumber: Peraktoday

Bagi memastikan perkara seperti ini tidak berulang kembali, amat wajar untuk meneliti tindakan yang lebih tegas dikenakan kepada pihak yang melakukan perkara yang tidak senonoh. Sudah tiba masanya sebatan atau penjara dikenakan.

 

 

 

 

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, memadaikah sekadar hukuman bayaran denda dikenakan kepada pesalah?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN