Insiden terjatuh sewaktu mengadakan persembahan ‘catwalk’ bukanlah perkara baru. Namun, kejadian seperti itu sememangnya memberi mimpi buruk kepada individu yang terlibat.

Bayangkan insiden tersebut ditonton oleh ramai orang malah ketika itu jurugambar dan juruvideo merakam aksi ‘tergolek’ di pentas peragaan dan sebagainya.

Sumber: Remaja

Namun, kejadian yang tidak diduga ini berlaku kepada peserta Dewi Remaja 2019, Farzana Zainul Abidin yang berusia 22 tahun ketika dia dalam acara memperkenalkan peserta rancangan berkenaan.

Tiga Kali Tergolek

Kejadian itu berlaku selepas nama Farzana dipanggil. Dia tersungkur bukan sekali malah tiga kali di pentas semasa ‘catwalk’ di hadapan penonton dan media.

Pastinya insiden itu sedikit sebanyak memalukan dia sebagai seorang wanita dihadapan orang ramai, namun dalam video yang tular itu, Farzana kelihatan tenang dan ‘catwalk’ sepeti biasa.

Penonton disitu juga sempat menghulurkan bantuan kepadanya untuk bangun dan kembali ke berjalan seperti biasa.

Karpet Berlubang

Farzana ketika ditemui selepas insiden itu menegaskan bahawa dia terjatuh disebabkan oleh keadaan karpet yang berlubang yang menyebabkan dia tidak dapat mengawal keadaan dan tersungkur beberapa kali.

Sumber: Mstar

Tegasnya, dia tersungkur bukan disebabkan oleh kasut tumit tinggi kerana dia sudah biasa mengenakan kasut begitu.

Itulah namanya malang tidak berbau, siapa sangka akan tersungkur di hadapan orang ramai.

Tergelincir di Pentas ‘runway’

Malah supermodel terkenal pun pernah mengalaminya. Naomi Campbell, sebagai contoh, pernah mengalami insiden memalukan di atas pentas sewaktu terjatuh di atas pentas peragaan.

Semua yang hadir waktu itu tak mungkin dapat melupakan bagaimana Naomi tergelincir di atas ‘runway’.

Kejadian memalukan itu terjadi pada pertunjukan gaun musim dingin di Paris pada tahun 1993.

Sebenarnya ada insiden yang lebih ‘sadis’ kalau diikutkan.

Tersungkur Tiga Kali Berturut-Turut

Model Lindsey Wixson pernah mengalami hal yang sana, malangnya Lindsey terjatuh hingga tiga kali dalam waktu yang sama.

Mula-mula selepas terjatuh untuk kali pertama, dia dapat bangun.Malah Lindsey sempat mengangkat tangannya kepada penonton seolah-olah hendak memberitahu yang dia ‘baik-baik saja’.

Setelah jatuh untuk kedua kalinya, dia mula berwaspada, dia berdiri kemudian berjalan dengan berhati-hati.

Entah apa malang nasibnya hari itu, kali ini dia jatuh lagi sekali, sekaligus mencatatkan rekod ‘tergolek’ di atas pentas sebanyak tiga kali berturut-turut.

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa kata anda?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN