Pada 30 Julai lepas, rakyat Malaysia menyaksikan peristiwa penting dalam lipatan sejarah tanah air apabila Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ditabalkan secara rasmi sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 dalam istiadat yang berlangsung dalam suasana penuh tradisi dan adat Raja-Raja Melayu.

Sumber:SalamToday

Memetik Bernama, istiadat gilang-gemilang yang mengangkat kedaulatan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Tertinggi Negara itu bermula tepat 10.45 pagi sebaik Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat masuk ke Balairung Seri, Istana Negara bagi memulakan istiadat.

Namun, disebalik peristiwa bersejarah itu ada terselit ketidakpuasan hati bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang tidak dapat hadir kerana mendakwa tempat duduknya dialihkan pada saat akhir.

Najib Diletakkan Sebaris Dengan Orang Besar Pahang

Najib mendakwa tidak dapat hadir ke istiadat itu setelah menerima panggilan pada 6.30 pagi bahawa tempat duduk beliau yang sepatutnya di tempat ke-10 sebagai bekas perdana menteri mengikut protokol istiadat ditukar pada saat akhir ke tempat duduk Orang Besar Pahang.

Sumber:The Coverage

Menurut Najib, pakaian istiadat untuk Orang Besar Pahang dan pakaian bekas perdana menteri tidak sama dan beliau tidak sempat untuk mengambil pakaian istiadat Orang Besar Pahang dari Pekan, Pahang.

Najib dimaklumkan pada pukul 6.30 pagi pada hari kejadian? Memang tidak sempatlah Najib nak tukar baju sebab sekarang dia sudah tidak ada jet peribadi macam dulu.

Kalau sebelum ini, nak ke luar negara ‘on the spot’ sahaja boleh terbang, kini perlu berjimat cermat kerana dakwanya sebelum ini ekonomi tidak baik dibawah pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan.

Najib Sendiri Minta 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Mujahid Yusof Rawa menyatakan bahawa makluman awal sudah diberikan kepada Najib dan pihak Najib juga sudah menerima makluman berkenaan.

Sumber:The Sun Daily

Mujahid yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Khas Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-16, menafikan dakwaan bahawa tempat duduk Najib ditukar pada saat akhir.

Malah, menteri itu juga menyatakan bahawa Najib sendiri yang meminta dirinya diletakkan di tempat duduk Orang Besar Pahang. Jadi pastinya dia sudah menyiapkan segala kelengkapan pakaiannya itu.

Najib cuba cipta isu untuk menyalahkan pihak kerajaan kononnya dia dianiayai oleh pihak kerajaan kerana sengaja tukar tempat duduk.

Urusan Istana

Dalam pada itu, ketika ditanya media, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir juga menjawab bahawa apa yang didakwa Najib itu tidak ada kena mengena dengan pihak kerajaan, semuanya telah diuruskan dan ditetapkan oleh pihak istana sahaja.

Sumber:Tun Mahathir Fans

Tetapi berkenaan isu tersebut, rata-rata rakyat Malaysia merasakan itu karma buat Najib kerana beliau juga pernah membuat perkara yang sama kepada Tun Mahathir sebelum ini.

Najib tidak perlu sentap dengan apa yang berlaku kepada beliau hari ini. Pemerintahannya sebelum ini juga banyak menganiayai pemimpin-pemimpin pembangkang pada ketika itu.

Najib Dakwa Mujahid Tidak Tahu Protokol Istana

Najib dihantaran Facebooknya menyatakan bahawa Mujahid seorang yang berbohong apabila dikatakan beliau sendiri meminta kerusinya dialihkan.

Sumber: FB Najib Razak

Kata Najib, Mujahid sebenarnya tidak tahu protokol sebenar di dalam Istana dan masih tidak mahir tentang susunan tempat duduk mengikut pangkat individu yang patut hadir.

Najib menyindir bahawa Mujahid sebagai kekanda yang hanya pandai menulis warkah sahaja.

“Tak Datang Pun, Istiadat Pertabalan Berjalan Lancar”

Nampaknya Najib berkecil hati disebabkan beliau tidak sempat menghadiri majlis Pertabalan Agong Ke-16 yang berlangsung baru-baru ini.

Namun, rakyat Malaysia rata-ratanya memberikan komen bahawa ketidakhadiran bekas perdana menteri itu tidak memberi kesan kepada kelancaran majlis pada hari tersebut. Majlis tetap berjalan dengan lancar dan mereka telah menyaksikan hari pertabalan itu tanpa cacat celanya.

Kalau Najib hadir mungkin ramai orang akan ‘lihat’ dirinya sebagai pemimpin yang tidak baik kerana beliau kini berhadapan dengan beberapa kes rasuah yang sedang berjalan di mahkamah.

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa komen rakyat Malaysia pula?
4 votes · 4 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN