Isu berkenaan rokok ini sentiasa menjadi topik untuk rakyat Malaysia saban tahun. Pelbagai usaha kerajaan lakukan seperti menaikkan harga rokok, merampas rokok-rokok seludup, serta yang terbaru ini kerajaan memperkenalkan larangan merokok di premis makanan.

Namun perkara ini menimbulkan pelbagai reaksi termasuklah kepada perokok sendiri yang rata-rata tidak senang dengan larangan yang diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

 

Perokok Juga Ada Hak

Baru-baru ini, tujuh individu yang mewakili diri mereka sendiri dan perokok yang menyokong usaha NGO Pertahankan Hak Perokok telah mendapat kebenaran untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi mencabar larangan merokok di semua premis makanan yang dikuatkuasa oleh KKM pada 1 Januari 2019 yang lalu.

sumber: Utusan

Pada bulan Disember yang lepas, sebuah NGO yang baru didaftarkan iaitu Pertahankan Hak Perokok telah memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi mencabar larangan merokok di premis makanan.

Mereka juga berpendapat bahawa merokok bukanlah satu jenayah dan mempunyai hak sama rata dengan golongan yang tidak merokok.

Selain itu, mereka menyatakan bahawa larangan ini tidak munasabah dan tidak adil kerana kerajaan sendiri tidak mengharamkan kegiatan itu dan mengutip cukai yang tinggi hasil jualan rokok.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menyatakan bahawa pertikaian yang disuarakan masyarakat tidak patut disekat dan pihaknya bersedia untuk membentangkan hujah di mahkamah.

sumber: malaysiaaktif

Pihak KKM juga telah menyatakan bahawa tidak akan mengeluarkan sebarang kompaun dalam tempoh enam bulan pertama penguatkuasaan larangan ini sebaliknya hanya memberi amaran bertulis sahaja.

Perlu Hormati Orang Sekeliling

Mereka yang merokok di premis makanan dan juga di tempat terbuka tidak pernah mempedulikan hak mereka yang bukan perokok khususnya golongan wanita hamil dan kanak-kanak.

Golongan ini merasa sedikit terganggu dengan asap rokok terutama ketika hendak menikmati hidangan.

Mereka yang bukan perokok ini juga mempunyai hak untuk menikmati hidangan dalam suasana dan persekitaran yang bersih serta bebas asap rokok.

sumber: Malaysian Flavours

Bukan itu sahaja, larangan ini diharapkan mampu mendidik mereka untuk lebih menghormati hak orang lain dengan tidak merokok secara terbuka serta meningkatkan tahap kesihatan penduduk di negara ini apabila hampir semua tempat tumpuan utama pengunjung menjadi bebas asap rokok.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah wajar untuk membenarkan perokok untuk terus merokok di premis makanan?
16 votes · 16 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN