Program Permata Negara (Permata), yang lahir daripada ilham dan inisiatif isteri bekas Perdana Menteri Rosmah Mansor nampaknya diteruskan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Projek perintis ini adalah usaha bersama beberapa kumpulan profesional, pendidik, ahli akademik, pakar perubatan, pegawai polis, peguam, pegawai-pegawai kerajaan bagi membincangkan tentang permasalahan remaja kini yang membimbangkan.
Tujuannya adalah berdasarkan Penjagaan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak menggariskan mekanisme yang komprehensif bagi memastikan pembangunan holistik semua kanak-kanak dari lahir hingga 4 tahun.
Ia adalah asas yang kukuh untuk pembangunan potensi kanak-kanak berasaskan piawaian antarabangsa. Dasar ini adalah menguatkan dan melengkapkan Dasar Pendidikan Kebangsaan sedia ada.
Apa yang dicetuskan oleh Rosmah ini adalah untuk kepentingan anak-anak di negara ini. Apa yang menjadi perdebatan adalah nama Permata telah dijenamakan semula oleh pihak kerajaan.
Genius Nama Pilihan Untuk Ganti Permata
Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, Permata dijenamakan semula dengan diberi nama baharu, Genius.
Beliau berkata, Kabinet membuat keputusan itu untuk menjadikannya lebih berdaya saing dan bersemangat tinggi.
Selain mengekalkan fungsi dan peranan yang sama, penekanan lain turut diberikan dengan menambah beberapa program di bawahnya bagi mempertingkatkan kualiti program itu sendiri.
Walau bagaimanapun,nama Genius ini mendapat kritikan daripada rakyat dan juga pakar bahasa.
Tidak salah meneruskan usaha yang baik, kritikan sebelum ini kerana dikatakan Rosmah merupakan penaung dan mempunyai kepentingan dalam program tersebut.
Tambahan pula, Rosmah adalah isteri kepada bekas menteri kewangan , Najib Razak. Mungkin akan ada konflik kepentingan yang berlaku.
Miskinnya BahasaÂ
Nampaknya isu ini mendapat perhatian daripada pakar Bahasa Melayu, Prof Emeritus Datuk Dr Nik Safiah Karim.
Katanya,Permata yang bertukar nama kepada Genius menunjukkan kemiskinan bahasa.
Ulasnya, tiada salahnya menukar nama Permata tetapi ia harus menggunakan bahasa kebangsaan.
Tonjol Bahasa Inggeris, Mana Prinsip Martabatkan Bahasa Melayu?
Genius adalah perkataan dari bahasa Inggeris. Kalau nak tukar atas sebab tertentu carilah bahasa Melayu yang lebih baik. Kenapa terlalu nak tonjol Bahasa Inggeris?
Nampaknya prinsip kerajaan PH nak martabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa yang dibanggakan tidak berkesan. Macam-mana nak didik rakyat hormat bahasa kalau menteri pendidikan sendiri pun tidak berbuat demikian.
Permata Bukan Ada Unsur Politik
Permata tidak ada salahnya digunakan, ia bukan berbaur politik. Permata nama yang sungguh natural dan cantik.
Kalau kerana Permata itu cetusan idea isteri Najib, ditukar kerana tidak mahu rakyat ingatkannya, nampaknya kerajaan silap. Bukan pertama kali kerajaan PH “copy paste” apa yang dicetuskan BN.
Rakyat nampak perkara ini, ia seolah-olah mahu melupuskan nama yang telah digunakan BN sebelum ini, tak ada guna tukar nama kalau pelaksanannya tetap sama.
Antara Program Yang Dijenamakan Semula Oleh PH
1) Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) = Bantuan Sara Hidup (BSH)
2) Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) =Pusat Komuniti Desa (PKD)
3) Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) = Perumahan Rakyat Harapan Malaysia
4) Klinik 1Malaysia=Klinik Komuniti
Menteri PH Tak Ada Idea, Bazir
Tidak mustahil akan wujud lagi penjenamaan semula yang dilakukan oleh kerajaan PH. Apakah menteri PH tiada idea kreatif? Kenapa perlu jenamakan semula kalau pelaksanaan yang dilakukan BN sebelum ini bagus, teruskan sahaja tanpa ada pembaziran.
Ini satu pengiklanan yang membazir. Tengok sahaja lambang 1Malaysia di setiap RTC dicabut begitu, sedangkan banyak kos yang terlibat, nak sewa lori, upah pekerja dan sebagainya.
KATA ORANG
Rebranding permata to genius ni buang duit rakyat je tukar signboard. Da xde idea ke menteri skrg ni?
— Fazrul (@fazzrahman29) April 15, 2019
Akui sahajalah bahawa Program Permata tu sesuatu yang baik dan berjaya.
— Megat Razman (@megatrazman) April 15, 2019
Cuma urustadbir perlu diperkemaskan dan kerajaan nak jadikan 'pengasasnya' arkib sejarah.
Namakan le 'genius' ke 'jin' ke, 'ifrit' ke. Semua orang tahu siapa pencetus 'permata' tu.
Dari Permata ditukar nama menjadi Genius. Dari nama dalam bahasa Melayu ditukar ke bahasa Inggeris. Ooo yeahhh... I go to school by bus.
— Irwan Muhammad Zain (@irwanmz) April 15, 2019
tukar nama permata ke genius ni memang membazir duit . tapi pelajar permata tak perlu la tengok rebranding ni as a big deal. Yes, nama 'genius' memang buat expectation orang meningkat tapi tengok la diri sendiri jugak kalau genius tapi malas baca buku tak kemana
— aesthetics (@melbulous) April 16, 2019