Syarikat produksi JS Picture Sdn Bhd yang dimiliki pasangan pelakon terkenal Sheila Rusly dan suaminya, Azman Yahya atau popular dengan panggilan Jinggo ini tidak lekang daripada dikritik dalam apa jua karya yang diterbitkan.

Sumber:Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia

Terbaru, drama Leftenan Zana yang kini ditayangkan di TV3 sejak 8 Februari lalu telah menerima kritikan daripada pegawai tentera sendiri.

Sumber:Kepala Bergetar

Seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Amar Aziz telah membuat satu thread menjelaskan mengapa drama Leftenan Zana akan mendapat kritikan darinya.

Sumber:Twitter Amar Aziz

Amar turut memberitahu bahawa thread tersebut dibuat berikutan rasa kurang senangnya terhadap pemakaian para pelakon drama tersebut.

 

Pakaian Seragam Tidak Ikut Piawaian Tentera

Menurut Amar, para pelakon drama Leftenan Zana tidak memakai pakaian seragam tentera dengan piawaian yang betul. Ada banyak kesalahan dari segi keseragaman yang perlu diperbetulkan sebelum drama ini ditayangkan ke kaca televisyen.

Sumber: Twitter Amar Aziz

Malah, katanya pemakaian tentera jika tidak dititikberatkan ia seolah-olah menghina baju celoreng tentera itu.

Sumber: Twitter Amar Aziz

Rata-rata yang membalas komen Amar Di Twitter juga sependapatan dengan Amar dan menganggap produksi JS Picture tidak mengkaji terlebih dahulu pemakaian, para pelakon yang bermuka jambu dan sebagainya.

Malah, mereka mengatakan drama ini hanya mendapat 1 daripada 10 markah.

Mereka lebih hormat filem Paskal yang lebih faham apa maksud tentera yang sebenar.

 

 

Baju Tentera Banyak Disalahguna

Sejak kebelakangan ini, kita sering melihat orang awam termasuk golongan artis tidak terkecuali dalam memperagakan dan memakai pakaian Angkatan Tentera Malaysia (ATM), terutama sekali Tentera Darat.

Sumber:Berita Harian

 

Sumber: siakapkelinews.blogspot.com

 

Sumber:BeautifulNara
Sumber:Berita Harian

Pakaian celoreng (BDUs) amat digemari. Itu belum lagi golongan yang mencampur-adukkan pakaian. Sebagai contoh baju Pakaian Istiadat Tentera Darat, seluar pula pakaian TUDM dan pakaian kepala dari Rela!

Kebanyakkan kita ingin berfesyen tetapi tidak kena tempat. Itu belum lagi golongan yang berpakaian tempur ala tentera, siap dengan ‘senjata’. Semangat sebegini harus dipuji, tapi kalau anda berani, sertailah Wataniah dan sama-sama kita pertahankan kedaulatan negara tercinta. Jangan berpakaian sebegini bagi tujuan ‘memikat’, buruk benar!

 

 

Akta Pakaian Tentera

Sumber:Air Times News Network

  1. Kanun Keseksaan Seksyen 40 (Memakai pakaian askar, kelasi atau penerbangan)
  • Mereka yang bukan tergolong daripada disebut diatas, berpakaian tentera seperti askar boleh dikenakan penjara sehingga tiga bulan taua denda RM1000 atau kedua-duanya sekali.
  1. Akta Kesalahan Kecil 1955 (Akta 336), Seksyen 16 ( Memiliki secara haram barang-barang kepunyaan askar, tentera laut, tentera udara, polis)

-Sesiapa pun yang dengan sengaja mendapatkan, membeli, menukarkan atau menerima dari sesiapa pun yang berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia atau pasukan pertahanan tempatan atau angkatan tentera pelawat atau mana-mana anggota Polis Diraja Malaysia atau Polis Singapura sebarang kegunaan, boleh dikenakan denda yang tidak melebihi lima puluh ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi enam minggu atau kedua-duanya sekali.

-Seksyen 25 ( Memakai Pakaian seragam yang tidak dibenarkan)

  • Sesiapa jua pun yang memakai tanpa kebenaran yang sewajarnya atau apa apa pakaian yang merupai atau mengandungi apa-apa lencana pasukan atau lain-lain lencana yang jelas bagi pakaian seragam itu atau apa apa tiruan warna terhadapnya jika disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi lima puluh ringgit, dan apa-apa pakaian seragam, pakaian, lencana atau tanda tersebut boleh dilucut hak.

Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menjejaskan pemakaian pakaian seragam tersebut bagi maksud apa-apa pertunjukan pentas.

  1. Akta Rahsia Rasmi (Akta 88), (Menggunakan Uniform Tanpa Kuasa)
  • Menggunakan atau memakai, tanpa kuasa yang sah, apa-apa uniform tentera laut, tentera darat, tentera udara, polis atau apa-apa uniform rasmi yang lain atau apa-apa uniform yang hampir-hampir serupa dengannya hingga mungkin memperdayakan, atau dengan palsunya merupakan dirinya sebagai seorang yang berhak atau telah berhak menggunakan atau memakai manamana uniform itu; maka dia adalah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum dengan denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya.

 

Hanya Lakonan Semata-Mata

Walaupun drama berkenaan mendapat kecaman hebat, tetapi masih ada yang beranggapan ia hanya drama dan pelakon hanya memainkan watak sebagai seorang askar untuk tontonan pada masyarakat tentang kehidupan askar.

Sumber:CARI Infonet

Drama ini hanya menceritakan payah perit seorang pejuang negara dalam menyelamatkan negara dan sebagainya. Apa yang dipersembahkan dalam drama Leftenan Zana ini adalah usaha seorang wanita yang diterajui pelakon terkenal Janna Nick dalam cabaran dia untuk menyertai askar wanita.

Semangat yang ditonjolkan Janna Nick sebagai watak Leftenan Zana perlu dipuji. Walaupun berlakon, namun latihan yang dipelajrinya adalah benar-benar sebagai askar.

Semua pihak ada hak untuk bersuara dan menegur jika ada yang salah. Tetapi pihak JS Picture mungkin sudah dapatkan kebenaran daripada pihak berkenaan sebelum drama ini ditayangkan.

Pihak produksi pun tahu peraturan-peraturannya, cuma kesalahn kecil seperti ini tidak perlulah untuk diperbesar-besarkan.

KATA ORANG

KATA ANDA

Wajarkah dikritik kerana pemakaian seragam tidak ikut piawaian tentera yang sebenar?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN