Hari demi hari, bermacam-macam jenis kontroversi membabitkan pendakwah Islam dari  India, Dr Zakir Naik yang hebat diperkatakan orang ramai sejak kebelakangan ini. 

Sumber: Al-Jazeera

Yang terbaru, Zakir sekali lagi menjadi sasaran orang ramai selepas beliau dipercayai mendakwa penganut Hindu di negara ini lebih setia kepada Perdana Menteri India, Narendra Modi daripada Dr Mahathir.

Apa yang diperkatakan Zakir itu telah menimbulkan kemarahan ramai pihak terutamanya penganut Hindu dan juga beberapa pemimpin politik di negara ini.

Lebih malang lagi, Zakir turut dikatakan mengeluarkan kenyataan ‘pedas’ terhadap kaum Cina di negara ini sebagai respon balas atas gesaan pengkritiknya supaya beliau dihalau dari negara ini dalam satu sesi syarahannya di Kelantan, baru-baru ini.

Kenyataan Zakir itu bagaimanapun telah menyemarakkan lagi api kemarahan buat semua rakyat Malaysia yang rata-ratanya menyifatkan kenyataan beliau sebagai keterlaluan dan sengaja mahu mewujudkan suasana tidak harmoni di Malaysia. Tidak kurang juga ada yang mempertahankan beliau kerana ‘berkata benar’. 

 

Zakir Naik Pertahan Diri

Disebalik kritikan itu, Zakir bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut sambil menjelaskan pengkritiknya telah menyalah tafsir berhubung ucapannya baru-baru ini.

Sumber: Sinar Harian

Jelasnya, ada pihak sengaja memutar belit dan mempolitikkan kenyataannya itu untuk mewujudkan ketidakharmonian agama dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Walhal, ketika ucapannya, beliau memuji langkah Malaysia mengamalkan pendekatan Islam memberi layanan adil kepada masyarakat India dan menegakkan hak mereka secara wajar yang berbeza dengan kerajaan India yang dikatakan gagal

 

Menteri Mahu Usir Zakir

Sumber; Sinar Harian

 

Sejak semalam, tiga Menteri Kabinet yang terdiri dari Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo, Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran dan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilihat menggesa kerajaan untuk mengusir Zakir. 

Hal itu berikutan kenyataan Zakir sebelum ini yang dikatakan sangat keterlaluan sehingga berani melakukan serangan ke atas semua rakyat Malaysia sehinggakan isu tersebut mahu dibangkitkan pada mesyuarat Kabinet.  

Selain itu, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli; Dr Xavier Jayakumar, Ahli Parlimen Setiawangsa; Nik Nazmi Nik Ahmad, Bekas Menteri; Rais Yatim, dan Peguam Syahredzan Johan juga menggesa kerajaan mengusir Dr Zakir Naik.

 

Wajarkah Zakir Naik Dihalau?

Dalam isu ini, ada juga yang menyalahkan media tertentu kerana dikatakan telah memutar belit fakta mengenai kenyataan Zakir Naik kerana mahu mensesasikan sesuatu berita itu untuk menarik lebih ramai pembaca.

Apa-apa pun, sebelum menuding jari pada sebelah pihak, adalah wajar untuk kita semak terlebih dahulu bukti tersebut tanpa membuat andaian melulu.

Gambar sekadar hiasan

Zaman sekarang ini, walau sekecil mana pun isu itu, kalau boleh semua benda hendak dipolitikkan lebih-lebih lagi apabila melibatkan isu agama dan kaum.

Namun, jika benar Zakir Naik berkata sedemikian, ianya amatlah tidak wajar memandangkan beliau hanya ‘menumpang’ di negara ini dan tiada keperluan untuk beliau mencampuri urusan dan politik negara kita. 

Sudah nama pun ‘menumpang’, mungkin ada baiknya beliau tidak mengeluarkan sebarang kenyataan melibatkan mana-mana penduduk di negara ini dan lebih berhati-hati apabila bercakap. Tak salah hendak berdakwah memandangkan ramai rakyat di negara ini cukup menyangjungibnya tetapi jangan sesekali cuba membakar sentimen agama dan perkauman. 

 

Fakta Mengenai Zakir Naik

Zakir Naik dipercayai meninggalkan India sejak 2016 selepas beliau didakwa kononnya terbabit dengan kegiatan ekstremisme dan pengubahan wang haram di negara itu sebelum memilih Malaysia sebagai pangkalannya. 

6 Julai 2018, Dr Mahathir memberi keizinan untuk Dr Zakir Naik menetap di Malaysia dengan syarat beliau menjaga tingkah lakunya dan diberi taraf penduduk tetap negara ini.

Sebagai respon, Zakir juga berjanji bahawa dia tidak akan mengganggu keharmonian di Malaysia atau melanggar peraturan undang-undang negara.

Namun, Zakir sebelum ini pernah berkata bahawa beliau bersedia untuk kembali ke India dengan syarat Mahkamah Agung India memberi jaminan dalam tulisan bahawa dirinya tidak akan ditangkap dan dipenjara sehingga dibuktikan bersalah.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, perlukah Zakir Naik tinggalkan negara Malaysia?
16 votes · 16 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN