Sejak kebelakangan ini, isu pengabaian warga tua semakin hebat diperkatakan masyarakat sehingga kerajaan bercadang untuk mewujudkan pelan tindakan warga emas dalam usaha memastikan golongan berkenaan tidak diabaikan oleh anak-anak mereka.

Apa yang dicadangkan oleh kerajaan ketika ini rata-ratanya dilihat mendapat respon positif dari masyarakat yang mana ramai di antara mereka bersetuju terhadap pelaksanaan undang-undang tersebut.

Sumber: Harian Metro

Bagi mereka, sudah tiba masanya Malaysia melaksana satu undang-undang baru yang menjamin hak warga emas memandangkan sejak kebelakangan ini, banyak laporan melibatkan warga emas dilaporkan terabai secara bersendirian tanpa sebarang keperluan dan wang ringgit.

Tidak kurang juga, ada di antara warga emas turut dilaporkan didera oleh anak sendiri sehingga menjejaskan emosi dan fizikal mereka.

 

 

Tidak Wajar Abai Ibu Bapa

Sumber: Utusan Online

Ya, mungkin ada segelintir golongan dalam masyarakat kita sering menganggap bahawa menjaga warga emas ini adalah satu bebanan disebabkan perlu memikul tugas dan tanggungjawab yang berat dan tanggapan sedemikian adalah amat menyedihkan sama sekali!

Selama ini, ibu bapa kita yang telah bersusah payah menjaga kita dari kecil sehingga dewasa namun apabila mereka sudah tua, anak kandung sendiri sanggup membiarkan mereka hidup berseorangan manakala sesetengah warga emas yang lain ditinggalkan di hospital, rumah kebajikan atau perhentian bas.

Sumber: kitepunye.com

Memang tidak dinafikan, kebanyakan anak sering berdolak-dalih dengan pelbagai alasan dan memilih untuk menghantar ibu bapa mereka ke pusat jagaan warga tua disebabkan kos sara hidup yang tinggi ketika ini.

Bagi segelintir antara kita yang benar-benar tidak mampu untuk menjaga ibu bapa atas faktor tertentu, sekurang-kurangnya datang menjenguk ibu bapa pada setiap hujung minggu dan sediakan segala barangan keperluan asas seperti pampers, baju, makanan dan sebagainya tanpa bergantung harap sepenuhnya pada pihak pengurusan.

Sumber: Harian Metro

Ini, ada pula yang menghantar ibu bapa ke rumah jagaan warga tua tetapi langsung tidak mahu menjenguk dan bertanyakan khabar langsung sehingga menyebabkan mereka terpaksa menanggung kesedihan setiap hari apabila memikirkan layanan yang diberi oleh anak.

 

Ramai Sokong Undang-Undang Ibu Bapa Dilaksana

Sejak dari dulu lagi, beberapa aktivis serta badan bukan kerajaan (NGO) dilihat mengesa kerajaan supaya menubuhkan satu undang-undang bagi membela nasib ibu bapa yang diabaikan oleh anak sendiri.

Sumber: CARI Infonet

Jika sebelum ini, ramai yang menggesa supaya ibu bapa didakwa kerana mengabaikan anak mereka, tindakan sama sepatutnya boleh dikenakan terhadap anak yang tidak mempedulikan ibu bapa mereka.

Malah, kebanyakan netizen di media sosial turut dilihat menyokong hasrat kerajaan ini memandangkan ramai warga emas di luar sana dilihat berkeliaran meminta sedekah dan mengambil upah menjual kerepek di kaki lima.

Bayangkan ketika usia sebegini, mereka sepatutnya berehat di rumah dan dijaga oleh anak-anak tetapi sekiranya diabaikan oleh anak sendiri, terpaksalah mereka hidup berdikari dengan mengambil upah sedemikian kerana tidak mahu bergantung kepada anak.

Sebagai anak, kita tidak sepatutnya mengabaikan ibu bapa yang telah bersusah payah menjaga kita sejak dilahirkan.

Malah, tuhan akan memberi ganjaran yang lebih luas kepada anak tersebut apabila mereka berbakti kepada kedua ibu bapa mereka.

Dalam Islam sendiri,  ada menyebut bahawa memelihara ibu bapa adalah satu kewajipan besar selepas ketaatan kepada Allah SWT.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, adakah wajar anak yang mengabaikan ibu bapa masing-masing dikenakan tindakan undang-undang?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN