Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Serdang, Dr Siti Mariah mencadangkan supaya satu undang-undang melarang maki hamun dan mencarut di media sosial digubal.

Sumber:themalaysiantimes.com.my

Beliau yang juga Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara turut berkata, sesiapa yang menyebarkan atau berkongsi bahan sebegitu wajar dijadikan satu kesalahan.

Beliau berkata demikian dalam satu hantaran yang dinaikkan di akaun facebooknya.

Undang Kemarahan Rakyat

Bagaimanapun, kenyataan Dr Mariah itu mendapat kritikan yang hebat daripada rakyat Malaysia yang menyatakan mereka berhak untuk bersuara di media sosial.

Sumber: FB Dr Mariah

Malah, mereka juga mendakwa rakyat berhak mengkritik pentadbiran kerajaan pada hari ini.

Maki hamun serta kata-kata mencarut ini pernah dilemparkan oleh pemimpin kerajaan ketika menjadi pembangkang sebelum ini. Dan ini adalah ajaran yang diturukan pihak pemimpin-pemimpin dari Pakatan Harapan (PH).

Tunai Manifesto

Sumber:My KMU NeT

Setahun kerajaan PH mentadbir negara, masih ada lagi kelalaian dalam menjaga kebajikan rakyat. Harga barang tidak menunjukkan penurunan yang baik, harga minyak naik, cukai juga tidak dihaspuskan, tol masih lagi ada dan sebagainya.

Janji-janji ini dibuat sebelum PRU-14 semata-mata untuk mendapat undi daripada rakyat sahaja. Umpama habis madu sepah dibuang.

Mereka mahu kerajaan tunaikan manifesto seperti yang dijanjikan. Kalau sebelum ini 100 hari dapat selesaikan masalah rakyat tetapi sudah setahun masih lagi ada kelompongan dalam pentadbiran kerajaan hari ini.

Anwar Benarkan Rakyat Kritik Kerajaan Di Media Sosial

Lain pula kenyataan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menggesa rakyat Malaysia menggunakan media sosial untuk menegur pemimpin politik yang mengeluarkan kenyataan bersifat angkuh.

Sumber:My KMU NeT

Katanya, rakyat perlu semak dan imbang peranan pemimpin pemerintah hari ini.

Rakyat mempunyai kebebasan dalam talian untuk mengkritik pemimpin sekuat yang mereka mahukan.

Media Sosial Boleh Berkongsi Pandangan

Anwar juga berkongsi pengalamannya yang mula menggunakan Twitter selepas bebas daripada penjara tahun lalu.

Sumber: Twitter Anwar Ibrahim

Katanya, aplikasi itu menjadi alat pertukaran idea berkenaan reformasi untuk negara.

Mengakui tiada kebebasan yang bersifat mutlak, Anwar berkata warga Malaysia berhak mengkritik pemimpin yang bertentangan dengan aspirasi rakyat.

Jangan Pula Salah Gunakan Media Sosial

Bagaimanapun, Anwar juga maklum bahawa media sosial boleh disalah guna untuk menyebar kebencian. Dengan mengambil contoh insiden yang berlaku di masjid New Zealand dan pengeboman hotel dan gereja di Sri Lanka.

 Anwar merasakan tindakan kerajaan memperkenalkan lebih banyak undang-undang adalah strategi yang betul. Ia membuatkan kerajaan hari ini terlalu berlebihan.

Bukan tidak boleh mengkritik namun perlu ada batasan dalam percakapan. Jangan sampai menyebarkan sentimen kebencian dan perkauman.

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, wajarkah undang-undang ini digubal?
11 votes · 11 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN