Khairy Jamaluddin di muka depan majalah Bazaar (Sumber: Bazaar)

Itulah persoalan yang ditanya oleh khalayak umum apabila melihat gambar Menteri Belia dan Sukan yang baru, Syed Saddiq, di muka hadapan majalah tempatan seperti “Glam Lelaki” dan “Maskulin” bagi edisi bulan Julai.

Adakah kesungguhan menampilkan beliau di majalah-majalah santai sebegitu satu tanda beliau telah menjadi ikon ikutan kumpulan belia?

Perkataan “ikon” boleh didefinisikan sebagai individu yang mempunyai paras rupa serta gaya pemakaian yang menarik ataupun individu yang telah menjadi pujaan dan ikutan di kalangan orang ramai.

Dari satu segi, tidak salah untuk mengiktiraf Syed Saddiq sebagai ikon atau pun idola di kalangan orang muda atas beberapa pencapaian beliau sebelum ini. Contohnya, beliau pernah dinobatkan sebagai pendebat terbaik Asia dan baru-baru ini berjaya menjadi menteri paling muda dalam sejarah Malaysia.

Akta, Dasar, Bidang Kuasa Menteri Belia dan Sukan 

Namun begitu, menjadi ikon bagi golongan muda bukan semata-mata menjadi model bagi majalah-majalah tempatan. Ukuran pengaruh dan ikutan seorang ikon lebih kepada hasil kerjanya yang membawa manfaat kepada orang ramai.

Sebagai Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq akan dinilai atas kerjanya melaksanakan tugas-tugasnya sebagai menteri yang mewakili golongan belia.

Apa sebenarnya tugas seorang Menteri Belia dan Sukan? Cukupkah dengan menampilkan aksi-aksi ranggi di hadapan majalah santai?

Objektif dan misi Kementerian Belia dan Sukan (seperti disebutkan oleh mantan menteri Khairy Jamaluddin) adalah untuk membina dan memupuk masyarakat berbudaya sukan bagi membentuk belia yang sihat dan sejahtera.

Kementerian Belia dan Sukan juga berperanan besar membentuk setiap belia menjadi bangsa yang ada bakti dan berdikari dalam negara ini.

Menurut rujukan rasmi di Kementerian Belia dan Sukan sendiri, hasil kerja menteri yang berkesan boleh diukur dari mutu belia Malaysia yang (diharapkan) memiliki peribadi yang seimbang dari segi rohaniah, akliah dan jasminiah serta bertanggungjawab, berdikari dan bersemangat.

Adakah Syed Saddiq menjadi ikon ikutan ke arah melahirkan belia yang seimbang dari segi rohaniah, akliah dan jasminiah?

Masalah di Kalangan Belia 

Ada beberapa masalah meruncing yang dialami oleh golongan belia di Malaysia yang harus mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan.

Antara masalah utama belia di Malaysia ialah isu pengangguran, gaji yang rendah dan juga gejala dadah.

Misalnya, Bank Negara Malaysia (BNM) melaporkan bagi tahun 2015, kadar pengangguran belia mencecah 10.7%. Malaysia menjadi salah sebuah negara yang mencatatkan pengangguran belia dalam kadar dua angka.

BNM juga mencatatkan kadar pengangguran belia paling tinggi ialah antara umur 20-24 di mana bilangannya telah mencecah 189 000 orang. Lebih membimbangkan, masalah pengangguran turut menghantui golongan belia berpendidikan tinggi yang kini merupakan salah satu kumpulan penganggur yang besar.

Jika pun seorang belia ada pekerjaan, kadar pendapatan pula adalah rendah. 54% dari siswazah yang bekerja memperolehi pendapatan kurang daripada RM2000 sebulan.

Masalah paling meruncing di kalangan belia adalah gejala dadah. Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK) melaporkan pada tahun 2016, sebanyak 23,449 orang belia dalam lingkungan umur 19 hingga 39 tahun terlibat dalam gejala dadah.

Menteri Belia dan Sukan 

Menteri Belia dan Sukan Syed Syaddiq bersenam sekitar Putrajaya (Sumber: The Coverage)

Syed Saddiq telah mencipta sejarah dengan menjadi menteri paling muda dalam sejarah Malaysia iaitu pada usia 26 tahun. Kejayaan pada usia yang cukup muda itu juga telah menyumbang kepada status ikon di kalangan golongan belia di Malaysia.

Bekas Menteri-menteri Belia dan Sukan sebelum ini (seperti Khairy Jamaluddin, Dato’ Seri Azalina Othman, Dato’ Seri Hishamuddin Hussein, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek) berusia sekitar 30-an hingga 50-an semasa mereka mula-mula dilantik menjadi menteri.

Dato’ Sri Najib Razak ketika beliau memegang jawatan Menteri Belia dan Sukan (Sumber: Lowyat)

Sebenarnya, bekas Menteri Belia dan Sukan yang paling muda sebelum Syed Saddiq ialah Dato’ Seri Najib Tun Razak yang menjadi Menteri Belia dan Sukan pada usia 29 tahun.

KATA ORANG 

Melihat komen-komen di laman media sosial, terdapat pelbagai pendapat daripada para netizen mengenai isu menteri termuda itu menjadi model.

Ada komen yang memuji atas penampilan beliau. Banyak juga komen yang menyoal ketokohan dan keikhlasan beliau sebagai menteri gara-gara keghairahan bergambar seperti model.

KATA ANDA 

Perlukah Menteri Belia dan Sukan menjadi model?
1 vote · 1 answer
Vote

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN