Sejak kebelakangan ini, rakyat berdepan dengan banyak Pilihan Raya Kecil (PRK) dan ramai pemimpin turut turun padang untuk menyampaikan ceramah bagi memenangkan calon mereka, termasuk menteri-menteri kerajaan.
Melihat kepada keadaan itu, Badan Pemantau Pilihan Raya (Bersih) mencadangkan agar menteri dan kakitangan awam yang menjadi pemimpin parti politik supaya mengambil cuti sekiranya ingin berkempen dalam apa juga pilihan raya ketika hari bekerja.
Dan perkara itu juga turut disuarakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang melarang anggota kabinet menjalankan aktiviti kempen ketika waktu bekerja.
PM Kata Beri Kelebihan Kepada Pembangkang
Susulan peraturan baru itu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan rasa tidak puas hati kerana baginya ia akan memberi peluang kepada pembangkang untuk berkempen selama 24 jam.
Nampaknya keputusan SPR ini seolah-olah menyebelahi pihak pembangkang yang dibenarkan berkempen selama mana mereka mahukan kerana mereka bukan anggota kabinet.
Tetapi adakah ini menentukan kemenangan kepada calon masing-masing? Walau apa pun keputusan SPR, ia perlu mengambil kira segala aspek.
Sekatan Luar Biasa
Mengambil contoh PRK di Cameron Highlands, Mahathir menyatakan beliau terpaksa menyewa helikopter persendirian dan menaiki kereta sendiri ke tempat kempen.
Ketika itu beliau sudah menjadi perdana menteri, tetapi aset kerajaan tidak dibenarkan digunakan walaupun beliau sudah menjadi pemimpin negara.
Katanya, ini sekatan yang luar biasa. Dakwanya lagi, ada kalanya menteri pun masih bekerja di luar waktu kerja.
Apa yang dilakukan SPR mungkin tidak mahu rakyat atau pihak lain salah faham dengan kerajaan jika menggunakan aset kerajaan kerana ia bukan urusan rasmi kerajaan.
Boleh Guna Aset Kerajaan Jika Bayar
Selain itu, Bersih juga mencadangkan agar perdana menteri dibenarkan menggunakan pesawat kerajaan jika parti atau gabungan itu membayar tambang kelas pertama untuk perdana menteri dan rombongannya.
Ini menggalakkan Pakatan Harapan melaksanakan pembiayaan awam untuk parti politik berdasarkan jumlah undi yang diterima mereka.
SPR melaksanakan kuasa perlembagaannya untuk menghasilkan kod tatalaku yang komprehensif merangkumi fungsi kerajaan dan kerajaan sementara semasa pilihan raya.
Selaras Dengan Negara Luar
Sambil memuji tindakan Mahathir yang menyewa helikopter sendiri, Bersih menegaskan SPR perlu tegas dalam melaksanakan peraturannya terhadap kerajaan.
Ini penting untuk mengelak persepsi bahawa suruhanjaya itu dikawal oleh perdana menteri.
Bersih menjelaskan peraturan tersebut adalah selaras dengan amalan di negara seperti Australia, Kanada, dan Ireland.
KATA ORANG
@sprgovmy @art_harun Menteri-Menteri Kabinet termasuk Perdana Menteri dan para Timbalan Menteri yang berkempen di Cameron Highland siang tadi ambil cuti atau tak? Dah semak? Tiada sebarang tindakan ke? Jangan cakap dan tengok sahaja. pic.twitter.com/iMbtfuzydx
— Iqbal Ikhwandy (@iqbalikhwandi) January 25, 2019
Maksudnya, ambil cuti utk berkempen. @art_harun boleh repot kat KSN utk potong gaji menteri kalau tak ambil cuti.
— otai ipoh mali (@munawar_alias) January 23, 2019
APABILA ART HARUN KATA – MENTERI TIDAK BOLEH KEMPEN WAKTU KERJA
— ~mpa~ (@megatppanjialam) January 26, 2019
Bermaksud:
✔Menteri kena tunjuk borang cuti apabila berkempen di Pilihanraya Kecil (PRK).
✔Menteri kena bawa kereta sendiri ke kawasan PRK.... https://t.co/DwkhDcxCeQ
Owh baru tau... Dtg CH nak berkempen politik rupanya... Cube skali mana2 menteri kalo pergi bercuti ke pergi santai ke mana2 tempat mcm CH ni btul2 pergi tenangkan fikiran... Jumpa rakyat buat mcm biasa bersosial... Takyah citer pasal politik... Btul2 cuti santai la org kata...
— Lutfier Haste (@LutfierH) January 19, 2019