Mulai awal tahun hadapan, semua guru di Malaysia akan dikecualikan daripada beban tugas kerani sebagai langkah memperkasa profesyen perguruan sekaligus menjadikan profesion guru lebih fokus kepada pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Semalam, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, satu pelan strategik akan dibentangkan pada Disember ini bagi mengurangkan beban guru daripada tugas perkeranian.

Malah katanya, isu guru dibebani dengan tugas kerani itu sememangnya satu isu yang sering diutarakan warga pendidik termasuk Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP).

Tambah Maszlee lagi, tugas kerani ini bukan sahaja memberi membebankan malah menyebabkan ramai warga pendidik tidak dapat mengoptimumkan tenaga mengajar mereka sepenuhnya.

Bukan itu saja, dengan pelan strategik tersebut, warga pendidik juga dapat mengembalikan zaman kegemilangan guru yang dahulunya hanya bekerja semata-mata untuk mendidik anak muridnya.

 

Guru Dibebani Tugas Perkeranian

Sumber: Twicsy

Pasti ramai yang beranggapan tugas guru ini hanyalah untuk mendidik anak bangsa di sekolah sahaja.

Tetapi, hakikatnya kerjaya sebagai guru pada masa kini dilihat semakin mencabar kerana tugas mereka bukan hanya sekadar mengajar tetapi mereka juga dibelenggu dengan beban tugas perkeranian.

Jika dahulu, guru hanya perlu mengajar anak murid, membuat kertas peperiksaan serta menyemak kertas peperiksaan anak muridnya sahaja.

Tetapi kini, seiring dengan teknologi semasa, pelbagai aplikasi dan sistem baru secara dalam talian diwujudkan bertujuan supaya warga pendidik mengaplikasikan teknologi yang ada sebaik mungkin dalam mendidik pelajar.

 

Kesan Emosi Guru

Sebagai contoh, dengan adanya sistem dalam talian, semua guru perlu memasukkan segala data murid yang memerlukan banyak proses rumit.

Jika dulu, setiap kali datang ke sekolah, guru hanya perlu rekod sahaja kedatangan murid mereka di dalam buku rekod guru tetapi kini mereka perlu merekodkan setiap data tersebut ke dalam sistem.

Bukan itu sahaja, sistem Pentadbiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang diperkenalkan sejak 2011 juga dilihat turut sama membebankan sehingga menyebabkan ramai guru tiada masa bersama ahli keluarga mahupun diri sendiri.

Bagi guru yang menetap di kawasan bandar, aplikasi di dalam talian mungkin dilihat bukan satu beban kerana di bandar, para guru boleh mendapatkan akses Internet dengan laju.

Tetapi, bagaimana pula dengan guru-guru yang menetap di kawasan pedalaman, pasti ianya melecehkan serta guru itu akan mengalami kemurungan disebabkan tidak mendapat akses Internet sekaligus boleh menghilangkan tumpuan mereka untuk mengajar.

Jadi, tidak hairanlah sekiranya kita lihat ramai guru di Malaysia ini sering bertengkar dan bergaduh disebabkan tugas mereka.

Sudahlah dibebani dengan buku-buku pelajar, menyemak kertas peperiksaan, memantau aktiviti kokurikulum pelajar, masalah disiplin, mesyuarat dan sebagainya. Kemudian, ditambah pula dengan tugas perkeranian.

Ianya pasti memberi tekanan kepada guru disebabkan tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk melengkapkan kesemua tugasan itu dalam satu masa.

 

NUTP dan Guru Sambut Baik Tindakan Untuk Bebaskan Guru Dari Tugas Kerani

Sumber: Free Malaysia Today

Pengumuman untuk membebaskan guru daripada terbeban dengan tugas perkeranian pastinya satu keputusan yang ditunggu-tunggu buat warga pendidik.

Malah, NUTP juga turut sama menyokong usaha berkenaan yang dilihat mampu untuk menjadikan hubungan guru bersama pelajar semakin baik.

Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Harry Tan Huat Hock berkata, dari dahulu sehingga kini NUTP komited memperjuangkan isu tersebut supaya guru diberi lebih masa dengan murid dan bukannya dibebani dengan pelbagai tugas perkeranian.

Katanya lagi, bagi murid yang bermasalah di dalam pembelajaran, mereka akan mempunyai lebih masa untuk bersama dengan guru mereka dengan mengikuti kelas tambahan dan sebagainya.

Dalam perkara ini, ada juga guru yang terpaksa membatalkan kelas tambahan mereka disebabkan terbeban dengan pelbagai tugas perkeranian hingga menjejaskan pembelajaran anak muridnya itu.

Bukan itu sahaja, pengumuman tersebut juga rata-ratanya memberi reaksi positif dalam kalangan guru kerana akhirnya masalah yang membelenggu mereka sejak sekian lama akhirnya dapat diselesaikan segera.

KATA ORANG

Fetch Tweets: Invalid or expired token. Code: 89

KATA ANDA

Apa kata anda?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN