Taburan pusat membeli belah di Lembah Klang terlalu banyak sehingga ia padat dan tiada tempat untuk rakyat Malaysia berekreasi.

Ia susulan laporan The Star, dikatakan lebih 10 pusat membeli belah bakal dibuka sekitar Lembah Klang pada akhir tahun ini. Lembah Klang sudah padat dengan pusat membeli belah dan ia akan mendatangkan kesan tidak baik pada kehidupan rakyat di negara ini.

Sumber: Aliprop

Empire City Damansara Mall dan Tropicana Gardens antara yang hadir dengan keluasan yang besar dengan saiz sekitar 2.3 juta kaki per dan satu juta kaki persegi.

Sebenarnya sudah terlampau banyak pusat membeli belah di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, seperti Paviliion, Mid Valley, The Gardens, GM Klang, MyTown, Time Square dan banyak lagi. Ini juga antara tempat tumpuan utama pengunjung ke pusat membeli belah.

Kepadatan pengunjung serta kerancakkan mereka membeli belah mungkin menjadi punca lebih banyak pusat membeli belah ini akan dibuka.

Sumber: Edge Prop

Di Kuala Lumpur, tumpuan utama pelancong dan juga orang tempatan apabila ingin membeli-belah terutama barangan untuk persiapan hari raya dan sebagainya adalah di sekitar kawasan Jalan Tuanku Abdul Rahman (Jalan TAR).

Ia adalah tempat pilihan warga kota untuk membeli belah. Mereka dari luar kota juga akan membeli belah di sini. Ada juga pusat membeli belah antaranya Sogo, Kamdar, Globe, Gulatis dan macam-macam lagi.

 

Patut Bina Rumah Mampu Milik

Kalau ditanya pada kemahuan rakyat Malaysia ketika ini, pastinya mereka mahu pihak pemaju membina lebih banyak rumah mampu milik, bukannya perumahan mewah atau pembangunan komersial semata-mata. Dalam masa ini, rumah mampu milik sangat menjadi keperluan utama berbanding pusat membeli belah.

Sumber: Azhan Co

Penganalisis hartanah pun ada membuat kenyataan yang sama, namun dengan mengambil kira pemaju yang juga tidak terlepas berdepan tekanan berikutan pembelian tanah yang mahal, kos pembinaan dan caj pembangunan yang semakin meningkat, itu antara faktor mereka buat projek yang dapat memberi pulangan yang tinggi. Tiada orang mahu rugi kan?

Berdasarkan Laporan Tahunan 2016 dan Laporan Kestabilan Kewangan dan Sistem Pembayaran 2016 oleh Bank Negara Malaysia (BNM) me­nunjukkan kekurangan rumah mampu milik pada 2014 dianggarkan berjumlah 960,000 unit dan jumlah itu dijangka mening­kat kepada satu juta unit menjelang 2020.

Laporan Pasaran Hartanah 2016 yang dikeluarkan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) pula mendapati 30 kompleks perniagaan dibina sepanjang tahun lalu dengan lapan daripadanya di Selangor melibatkan keluasan keseluruhan berjumlah 840,000 meter per segi.

Pembinaan kompleks perniagaan itu mencatat pe­ningkatan seba­nyak 30.2 peratus berban­ding 2015.

Kalau banyak sangat bina pusat membeli belah akan berlaku lambakan lebihan ruang komersial di kawasan perniagaan tidak strategik di­sebabkan kurang akses pe­ngangkutan dan lot kedai tidak menarik.

Melainkan bina di kawasan strategik seperti pembangunan segi tiga emas di KLCC, sekitar Mid Valley, Petaling Jaya dan Subang Jaya, ia menunjukkan kadar penghunian yang tinggi melebihi 80 peratus.

Sumber: mStar

Kesan Lain Jika Lambakan Pusat Membeli Belah Dibina

Kesan ketara yang dapat dilihat nanti adalah tiada lagi pusat rekreasi atau tempat bersenam untuk rakyat Malaysia. Selepas ini, untuk hirup udara segar pun tidak mampu kerana sudah kekurangan oksigen dan karbon dioksida daripada sumber-sumber tumbuhan hijau.

Sumber: Utusan Online

Dan paling malang lagi, akan lebih ramai pelancong asing membanjiri Malaysia walaupun ia satu sisi positif untuk industri pelancongan negara kita.

Rasanya pihak kerajaan kena pantau perkara ini dan jangan biarkan pemaju rampas hak anak-anak generasi mendatang untuk bermain waktu kecil mereka ini.

KATA ORANG

And yes ni lah muka dia twitter.com/sigadisaneh/st… To all of u especially yang selalu lalu dekat area mall/public transport Klang Valley, beware of this kids and jangan termakan cerita simpati dia

KATA ANDA

Wajarkah kawasan sekitar Lembah Klang mempunyai 11 lagi pusat membeli belah bagi menampung jumlah pengunjung yang ramai?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN