Seorang lelaki yang telah melafazkan akad nikah perlu tahu memikul tanggungjawab yang besar dalam menjaga dan memelihara keluarganya.

Selain nafkah zahir dan batin, seorang suami itu harus menjaga maruah isteri serta keselamatan diri isterinya. Menjadi pelindung merupakan satu tanggungjawab kerana suami tempat isteri berharap untuk dijaga dengan baik.

Sumber:Baituljannah.com

Ibubapa isteri anda sudah menjaga dengan baik, penuh didikan agama sejak dari kecil lagi, maka si suami harus meneruskan tanggungjawab itu dengan lebih baik lagi dan bimbing isteri menajdi isteri yang solehah.

 

Belah Perut Dan Keluarkan Bayi

Tetapi lain pula jadinya di negara jiran kita, seorang suami sanggup menetak leher isterinya serta membelah perus isterinya yang sedang sarat hamil gara-gara tidak memperoleh kata laluan (password) telefon bimbit isterinya itu.

Sumber:Pojoksatu.id

Kejadian berlaku di Bengkulu, Indonesia. Lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Romi Sepriawan, 30 tahun telah membelah perut isterinya, Erni Susanti, 29 tahun dan mengeluarkan bayi dalam kandungan.

Sumber:Grid Hot – Grid.ID

Kejam dan tidak berperikamusiaan sebagai manusia yang sanggup membunuh isterinya sendiri kerana perasaan marah yang mengawal diri lelaki tersebut.

 

 

Sudah Berkali-Kali Minta ‘Password’ Tetapi Tidak Diendahkan

Menurut portal berita Indonesia yang memetik jurucakap polis, Romi dikatakan sering bergaduh dengan isterinya selepas wanita itu enggan memberitahu kata laluan di telefon bimbitnya.

Sumber:Semarak Post

Katanya, pada malam kejadian, pasangan itu sekali lagi bergaduh dan secara tiba-tiba Romi mengambil parang sebelum menetak leher isterinya yang berbaring di atas katil.

Sanggup kamu wahai suami, tidak nampakkah kepayahan isteri kamu kandungkan anak kamu yang sudah matang dalam kandungan dan tunggu hari kelahiran sahaja.

Kerana kata laluan sahaja suami bertindak kejam terhadap isterinya sendiri.

Warganet Cadang Perlu Ada Saringan Kesihatan Mental

Tahukah anda, salah satu perkara wajib dalam proses permohonan perkahwinan di Malaysia adalah untuk mengambil Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan.

Sumber:sarawakvoice.com

HIV iaitu Human Immunodeficiency Virus, atau dalam Bahasa Melayu adalah Virus Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit. HIV merupakan virus yang dapat memusnahkan sistem imunisasi badan dan menyebabkan pesakit terdedah kepada pelbagai jenis penyakit dan kanser.

Biasanya buat saringan HIV ini untuk menentukan sama ada pasangan masing-masing menghidapi penyakit HIV ataupun tidak.

Penyakit ini datang dari pergaulan seks bebas, penagihan dadah dan yang berkaitan dengan perkara tersebut.

Sumber:basri.my

Susulan banyak kes membunuh pasangan sendiri, rata-rata warganet mencadangkan agar saringan mental juga perlu dilaksanakan.

Uji ketahanan mental sama ada wujud masalah jiwa atau gila. Kebanyakkan masalah mental ini daripada sikap diri sendiri ataupun keturunan keluarga.

Saringan Kesihatan Mental (DASS) ini adalah saringan ujian pengesanan kemurungan, anzieti dan stress.

Bahaya juga zaman sekarang, kadang-kadang pasangan ini pada awal permulaan nampak baik belaka, lama kelamaan belang mereka akan terselah juga.

Ada yang pukul isteri dengan teruk, kurung isteri kerana cemburu buta dan sebagainya.

KATA ORANG

KATA ANDA

Patutkah bunuh isteri kerana tidak dapat kata laluan telefon?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN