Kes curi tabung masjid kini bukan sahaja sering dikaitkan dengan kaum lelaki malah kaum wanita juga tidak terkecuali untuk melakukan kesalahan yang sama.
Pencuri-pencuri sebegini juga ada yang datang dalam pelbagai wajah di mana lelaki boleh bertukar menjadi wanita, atau berlakon ‘alim’ untuk solat berjemaah bersama hanya untuk mencuri.
Bila bercakap soal kecurian di masjid, memang sudah banyak kes dilaporkan sama ada mereka mencuri duit di dalam tabung ataupun secara diam-diam mencuri beg tangan jemaah wanita ketika sedang solat.
Perkara sebegini sememangnya mudah dikesan lebih-lebih persekitaran masjid mahupun surau pada masa kini dilengkapi dengan pelbagai teknologi kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengawal selia serta mengesan perkara tidak diingini berlaku.
Terbaru, satu lagi kes kecurian tabung masjid pula dilaporkan berlaku di Butterworth, Pulau Pinang di mana kali ini seorang wanita telah ditahan mencuri duit di dalam tabung itu bernilai RM80.
Bagaimanapun, wanita berusia lingkungan 30-an itu akhirnya ditangkap oleh jawatankuasa masjid berkenaan sebelum diserahkan kepada pihak polis.
Malah apa yang memeranjatkan, hasil ujian saringan air kencing ke atas wanita itu turut mendapati suspek positif dadah jenis methaphatamine atau syabu dan mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes jenayah.
Terdesak Curi Tabung Duit Masjid
Tidak kira apa jua kesalahan yang dilakukan, baik kesalahan besar mahupun kecil, seseorang yang didapati bersalah pasti akan dikenakan hukuman dan dihadap ke muka pengadilan.
Dalam kes ini, kita mungkin tidak tahu apa motif sebenar wanita itu mencuri duit tabung di masjid. Adakah disebabkan terdesak mahu mendapatkan duit untuk kelangsungan hidup atau terdesak mahu mendapatkan duit untuk membeli dadah?
Ia berikutan suspek itu sendiri mengaku mengaku sudah mencuri duit tabung masjid buat kali keempat di samping dia juga didapati positif dadah.
Namun, apabila melihat kepada tindakan yang dilakukan wanita tersebut yang sanggup mencuri tabung masjid di samping terpengaruh dengan dadah, berkemungkinan besar menyebabkan dia cenderung untuk melakukan perbuatan itu.
Mana tidaknya, dalam kes sebegini, mana-mana individu yang mengambil dadah dilihat cenderung untuk melakukan perbuatan di luar jangkaan dengan cara mencuri atau paling tidak pun hingga ke tahap membunuh hanya untuk mendapatkan duit semata-mata membeli dadah.
Melihat kepada situasi ini, suspek dilihat menggunakan taktik halus untuk mendapatkan duit dengan cara memasuki masjid melalui tingkap lalu mencuri duit di dalam tabung masjid.
Dadah Buat Manusia Hilang Kawalan
Mana-mana individu yang terpalit di dalam kancah dadah pasti mempunyai kecenderungan untuk bertindak diluar kawalan.
Baik yang lelaki mahupun perempuan, kedua-dua dari mereka pasti mempunyai sebab mengapa mereka bertindak untuk mengambil dadah.
Ada yang mengambil dadah disebabkan ingin mencuba sesuatu yang baru, terikut-ikut dengan desakan kawan, ambil dadah untuk meningkatkan kawalan diri serta pretasi, tekanan keluarga, masalah di tempat kerja, perhubungan dan banyak lagi.
Namun, besar kemungkinan, individu yang mengambil dadah ini biasanya berada di bawah pengaruh halusinasi di mana mereka mendengar suara-suara yang mengarahkan dirinya untuk bertindak di luar kawalan.
Jadi, tidak mustahil sekiranya mereka ini bertindak luar batasan dengan melakukan penderaan terhadap bayi, kanak-kanak, membunuh, mencuri dan sebagainya kerana kewarasan sebagai seorang manusia itu telah hilang.
Implikasinya, jika didapati bersalah, individu tersebut akan dikenakan tindakan lanjut sama ada ditangkap, dihukum penjara atau dikenakan hukuman mati mandatori.
Statistik Jumlah Penagih Dadah Di Malaysia
Menurut Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), jumlah penagih dadah di seluruh negara meningkat sebanyak 18 peratus pada 2017 berbanding tahun sebelumnya.
Selain itu, jumlah penagih dadah wanita yang direkodkan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di negara ini juga meningkat sebanyak tiga peratus atau 208 orang kepada seramai 948 orang sepanjang tahun lalu.
Jenis dadah yang paling banyak disalahgunakan sepanjang tahun lalu adalah dadah jenis methamphetamine atau lebih dikenali sebagai syabu.
Namun, baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut menegaskan jumlah penagihan dadah yang mencecah lebih 25 ribu kes pada tahun lalu menunjukkan program pencegahan masalah melibatkan bahan terlarang itu kurang berkesan.
Malah, apa yang dilakukan kerajaan ketika ini untuk mengurangkan jenayah dadah dalam negara adalah dengan cara memansuhkan akta hukuman mati mandatori yang kini belum lagi diputuskan oleh kerajaan.
Walaupun kerajaan mahu memansuhkan hukuman tersebut kerana kesalahan dadah dilihat tidak menjamin untuk menurunkan kes jenayah, rata-ratanya masyarakat dilihat tidak menyambut baik cadangan tersebut.
Mereka menuntut kerajaan supaya mempertimbangkan semula hasrat memansuhkan hukuman mati bagi menangani kes-kes jenayah membabitkan perbuatan tidak berperikemanusiaan yang menimpa seseorang individu sehingga mengakibatkan individu tersebut mati daripada terus berulang.
Langkah Kerajaan Perlu Ambil
Berbalik kepada kes kecurian tersebut, kerajaan juga perlu mengambil kira mengenai tekanan kos sara hidup yang dihadapi rakyat Malaysia. Kebanyakkan mereka yang terjebak dengan najis dadah juga adalah disebabkan tekanan hidup akibat kos sara hidup yang tinggi.
Apabila mereka tidak mampu untuk meneruskan kelangsungan hidup dan dikelilingi hutang, mereka akan bertindak bodoh dengan salah satunya mengambil dadah bagi melupakan masalah yang dihadapi.
Perkara ini perlu dipandang serius dan mencari kaedah untuk menyelesaikan supaya tidak lagi ramai rakyat Malaysia menghayutkan diri dengan perkara-perkara negatif yang memberi kesan buruk kepada diri dan negara.
KATA ORANG
Mencuri tetap salah. Tapi, pihak mahkamah harus mengarahkan agensi2 kerajaan yg berkenaan supaya mengkaji kenapa wanita ini mencuri. Apa yg mendorongnya utk mencuri. Adakah kebuluran? Kemiskinan?
— Mohan 1967 (@1967_mohan) December 1, 2018
Kalau ikut undang-undang islam, pesalah akan di soal kenapa dia curi tabung masjid, adakah kerana lapar atau suka-suka,mungkin akan ditolong . Tapi apakah daya, orang sekarang kata undang-undang islam zalim, nanti ramai orang tangan kudung dalam Malaysia.
— Sauffie mansor (@Sauffie_84) December 3, 2018
Kan aku dah cakap Tan Sri Ismee ni PENYANGAK!..
— 🇪🇩🇮 🇭🇪🇿🇷🇮 (@MrFluidHead) December 3, 2018
Masa dia jadi Chairman Media Prima dulu, korang 'up'kan dia KAW KAW macam Tuhan..
Persoalan: Curi RM500.00 dari Tabung Masjid kena masuk lock-up seminggu. Kalau curi RM22juta dari Tabung Haji.. Ape cerrr?
yg curi duit tabung masjid kalau dpt tangkap, kita pukol dia cukop2, padahal dia curi cuma beberapa ringgit ajer yg ada dlm tabung tu.
— Muet (@abd_muis) December 3, 2018
Kalau pencuri tabung haji pula bagaimana?