Malaysian University English Test (MUET) merupakan ujian Bahasa Inggeris yang dijalankan di peringkat Pra- Universiti, Matrikulasi, asasi, diploma dan juga STPM. 

sumber: harian teknologi

Peperiksaan MUET ini wajib diduduki oleh mereka yang mahu melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di IPTA tempatan.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik telah menolak cadangan untuk  menghapuskan Ujian Bahasa Inggeris Universiti Malaysia (MUET). 

Cadangan untuk ujian MUET diserap ke dalam SPM sebagai persiapan awal bagi memantapkan lagi penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar sebelum melangkah ke universiti dilihat sebagai membebankan pelajar.

 

Tiada Keperluan Untuk Hapus MUET

Dr. Maszlee menolak cadangan untuk ujian MUET dimasukan dalam modul pembelajaran SPM dan bukan dijadikan peperiksaan yang berasingan. 

sumber: the star

Tambahnya lagi, ujian MUET merupakan dua benda yang berbeza kerana dalam peperiksaan SPM sudah ada Bahasa Inggeris.

Perlu difahamkan, Muet ialah peperiksaan kelayakan seperti A Level dan O Level dan berbeza dengan peperiksaan tahunan lain kerana MUET diadakan tiga kali setahun berbanding setahun sekali. 

Selain itu,meneruskan peperiksaan MUET ini adalah langkah baik bagi mengembangkan peperiksaan Inggeris setanding peringkat antarabangsa yang dimiliki Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

MUET Sebagai Kelayakan Ke Universiti

Menurut Profesor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Datuk Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak menyatakan prestasi  MUET setiap tahun semakin meningkat. 

sumber: eduadvisor

Secara umumnya, ujian MUET diberikan markah berdasarkan berikut:

800/1 (listening/pendengaran) – 45 markah

800/2 (speaking/lisan) – 45 markah

800/3 (reading/ pemahaman) – 120 markah

800/4 (writing/ penulisan) – 90 markah

Markah penuh ialah sebanyak 300 markah dan keputusan diberikan berdasarkan gred yang dinamakan Band.

Untuk sijil MUET ini, ada tempoh sah laku iaitu selama 5 tahun dan Muet dijalankan sebanyak 3 kali setahun iaitu pada Mac, Julai dan November.

Kebanyakkan universiti di Malaysia, menetapkan minimum Band 3 untuk layak melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda. Syarat kemasukkan berdasarkan nilai Band juga bergantung kepada program yang diambil.

Pentingnya Bahasa Inggeris

Masalah pengangguran dalam kalangan pelajar Melayu disebabkan mengalami tahap penguasaan Bahasa Inggeris yang lemah berbanding dengan pelajar bukan Melayu yang lebih fasih.

Selain itu, mentaliti masyarakat menolak unsur-unsur asing seperti menganggap Bahasa Inggeris ini ialah bahasa penjajah antara salah satu faktor mengapa masyarakat kita tidak begitu menguasai Bahasa Inggeris dengan baik. 

sumber: twitter adibah noor

Berkenaan dengan isu ini, selebriti terkenal Malaysia, Adibah Noor di laman twitternya menyatakan perspektif kepentingan Bahasa Inggeris akan banyak membuka peluang dan ruang.

sumber: twitter adibah noor

Pandangan Adibah memperlihatkan kepada kepentingan Bahasa Inggeris perlu disedari oleh semua rakyat Malaysia kerana Bahasa Inggeris merupakan bahasa utama dunia dan digunakan untuk komunikasi dalam segala urusan.

Beliau yang pernah menjadi guru Bahasa Inggeris, menyatakan amat rugi jika seseorang yang ditawarkan peluang berkhidmat di luar negara dan penguasaan bahasa Inggerisnya rendah.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah wajar jika peperiksaan MUET dimasukkan ke dalam silibus SPM?
7 votes · 7 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN