Kamera badan (body camera) merupakan kamera kecil yang telah digunapakai oleh pihak polis hampir di seluruh dunia pada ketika ini.
Kamera badan juga berupaya merakam dan menyimpan rakaman untuk dijadikan bahan bukti jika berlakunya tuntutan di mahkamah.
Baru-baru ini, pihak kerajaan telah bersetuju untuk menggunakan kamera badan pada semua pegawai dan anggota penguatkuasa seperti Polis DiRaja Malaysia (PDRM), imigresen dan kastam bagi menangani kes salahlaku serta rasuah.
PDRM Melaka Pernah Menggunakannya
Sebelum ini, pernah dilaporkan oleh Harian Metro yang bertarikh 15 Disember 2015 bahawa penggunaan kamera badan akan digunakan oleh Unit Rondaan Bermotosikal (URB) PDRM Melaka. Namun sehingga kini penggunaannya tidak secara menyeluruh oleh pihak PDRM serta inisiatif tersebut dilihat sebagai tidak begitu serius.
Namun, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador turut memberi sokongan penuh terhadap hasrat kerajaan dalam melaksanakan penggunaan kamera badan pada semua anggotanya.
Penggunaan kamera badan bertujuan untuk melindungi anggota polis dari ancaman tuduhan pihak tidak bertanggungjawab serta melindungi kepentingan awam sekiranya anggota tidak berintegriti ketika menjalankan tugas. Tarikh pelaksanaanya belum diputuskan lagi berikutan ia melibatkan kos kepada kerajaan.
Penguatkuasa Juga Ada Maruah
Walaupun begitu, cadangan tersebut mendapat tentangan daripada Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim yang mengatakan penguatkuasa tidak perlu diperlakukan seperti penjenayah dan robot yang tidak boleh dipercayai kerana mereka juga mempunyai maruah dan harga diri.
Sumber yang diambil daripada Malaysiakini, beliau juga menyatakan penguakuasa seperti PDRM, imegresen dan kastam tidak wajar dimalukan sebegitu rupa dan terdapat pelbagai usaha lain yang perlu dilakukan untuk mencegah rasuah, kebocoran dan ketirisan dalam agensi berkenaan.
Sebalik itu juga, sumber yang diambil daripada lama procon.org, melengkapkan badan penguatkuasa dengan kamera badan terlalu mahal dan pihak kerajaan perlu membiayai bukan sahaja untuk kamera tetapi kelengkapan sampingan, latihan, kemudahan penyimpanan data, kakitangan tambahan untuk menguruskan data video dan juga kos penyelenggaraan.
Meningkatkan Keselamatan Orang Awam Dan Penguatkuasa.
Maklumat yang diperolehi daripada laman procon.org, kamera badan mampu menjadikan penguatkuasa dan orang awam bertindak secara berbeza apabila mengetahui tingkah laku mereka sedang dirakam.
Secara tidak langsung dapat membawa kepada penurunan dalam kadar salah laku dan serangan ke atas anggota yang sedang bertugas.
Kamera badan juga mampu mewujudkan ketelusan dalam penguatkuasa menjalankan tugas dalam usaha mengurangkan kadar rasuah di negara kita ini.
Walau apa pun, setiap apa yang dicadangkan itu pasti ada kelemahan dan kelebihannya.
KATA ORANG





Tak perlu kamera badan, pasang dashcam pada semua kenderaan rasmi polis. Protocol dirombak, polis pastikan semua operasi dilakukan di hadapan dashcam. Anggota yang membawa kenderaan persendirian tidak boleh suka-suka menahan orang selain kecemasan atau mendapat clearance drp. HQ
— King Lai (@skykinglai) September 20, 2019
Rasanya polis pun suka. Tak lah depa di tuduh buat kerja bukan-bukan.
— ابو الف (@AbuAlfi4) September 20, 2019
Bila depa buat kerja betul, ada bukti.
USA is using it. Lots of crimes & evidence are collected hence justice is served !! Do it Tun M !! 👏🏽👏🏽👏🏽🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾
— nebula (@domesticgod8) September 19, 2019
kalau letak kat menteri lagi elok rasanya
— mahyuddin absallam (@11ABI11) September 19, 2019