Seramai 25 imam kariah sekitar Perlis dipecat, manakala lebih 10 lagi ditukarkan ke kariah lain tanpa alasan melalui surat berkuatkuasa Selasa lalu.
Surat yang dikeluarkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) bertarikh 31 Disember 2018 itu, dilihat seakan dibuat secara tergesa-gesa tanpa menyatakan sebab pemecatan bermula 1 Januari 2019 sehingga tiada nombor rujukan surat diisi dalam kurungan pada bahagian atas surat.
Memetik sumber laporan Harian Metro, antara imam yang dipecat adalah dari Masjid Batu 2, Masjid Kampung Guar Syed Alwi, Masjid Santan, Masjid Telok Jambu dan Masjid Padang Katong.
Semua imam terbabit sebelum ini dikatakan tidak mempunyai masalah dan disenangi dalam kalangan ahli kariah masing-masing.
Dipecat Kerana Tidak Sehaluan Dengan Kerajaan Negeri Perlis?
Imam yang terlibat dipercayai tidak sehaluan dengan pihak berkuasa negeri serta tidak mematuhi amalan yang seperti yang diamalkan negeri itu.
Mereka yang dipecat juga turut diberi amaran tidak membuat sebarang tindakan yang konon akan memalukan pihak berkuasa agama Perlis dan jika ia berlaku, mereka tidak akan memperoleh bayaran.
Pemecatan dan pertukaran juga bersangkut paut dengan tindakan imam melakukan sesuatu perkara yang dianggap baik untuk kariah, tetapi tidak kepada pihak berkuasa agama.
Menurut sumber, lebih pelik ada imam dipecat dan ditukar kariah kerana melakukan aktiviti mengimarahkan masjid seperti nasyid, gotong-royong serta program ceramah sehingga ada antara aktiviti anjuran masjid ini menarik perhatian dan disiarkan dalam televisyen berbayar.
Kebanyakan imam terbabit adalah yang disukai dan dipersetujui ahli kariah atas faktor kepemimpinan, keilmuan dan kesungguhan mereka memartabatkan syiar Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi amalan di negara ini.
Ahli Jawatankuasa Kariah Masjid Protes
Menurut sumber itu lagi, sehingga saat ini, difahamkan beberapa ahli jawatankuasa kariah masjid turut meletak jawatan sebagai tanda tidak berpuas hati dengan pemecatan imam mereka.
Perkara ini dibawa ke peringkat kerajaan negeri oleh beberapa kariah kerana tidak berpuas hati dengan tindakan pihak berkuasa agama yang dilihat mempunyai agenda tersembunyi.
Sumber yakin jika tidak berbuat demikian pihak berkuasa agama akan tampil mengatakan pemecatan dibuat atas faktor usia ataupun gagal mematuhi peraturan agama negeri, tetapi jika disiasat semua imam terbabit tidak melanggar peraturan malah ada yang sanggup ikut cara pihak berkuasa agama neger
Kenyataan Mufti Perlis
Bagaimanapun, Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menerusi Facebook beliau hari ini berkata, beliau akan menjawab perkara dalam masa terdekat.
Bagaimanapun sambil mengingatkan bahawa sebarang kesimpulan perlu mendapatkan maklumat yang sahih terlebih dahulu tanpa dipengaruhi kumpulan politik tertentu.
Soal Dr Asri, benarkan Jaips telah memecat beebrapa imam kerana mereka qunut? Benarkah mereka dipecat kerana bismillah kuat? Atau kerana mereka sudah sampai tahap umur?
Atau menggunakan masjid untuk mainan politik kepartian? Atau kerana ponteng tugas ambil elaun? Atau kerana menjadikan masjid markas parti? Atau ada masalah lain?
Soalannya, kenapa pula ada imam-imam yang benar-benar mengikut garis panduan Maips pun ditamatkan?
Persoalan ini menjadi tanda tanya kerana JAIPs tidak menyatakan alasan atau sebab kenapa imam-imam itu ditamatkan perkhidmatannya.
Titah Raja Perlis
Pada 25 Julai tahun lalu, Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bertitah masjid di negeri itu mesti mematuhi peraturan dan arahan yang dikeluarkan oleh Maips.
Baginda menasihatkan sekiranya masjid-masjid merasakan ajaran yang dipraktikkan mereka selama ini adalah benar, mereka boleh berjumpa dengan mufti serta merujuk al-Quran mengenai perkara itu.
VIDEO 4-FB DR MAZA
https://www.facebook.com/DrMAZA/videos/345041436087957/
Titah Baginda lagi, baginda tidak mahu anak-anak kariah buta tuli atau ikut saja tak tahu apa yang betul apa yang salah. Setiap ibadat yang dilakukan mesti ada sebab dan nas.
KATA ORANG
isu 25 imam kat perlis kena pecat bukan main melenting orang kita, tp pegi masjidnya x. lol
— ghulam nafsun (@ghsaifullah) January 3, 2019
Baguslah. Negeri Perlis negeri para imam sebab dalam 10 orang yang tinggal ni semua jadi imam. Yang 25 tu aku syak kena pecat sebab deme ni orang Kokdiang sebenarnya https://t.co/yO5ehaPsS4
— ハリツ • オスマニ (@uthmaniharith) January 3, 2019
Sbb gotong royong kat perlis dikira bidaah kot.
— Aizat Selahar (@aizatzet) January 3, 2019
Top Poti kalau pecat seorang dua iman itu mungkin boleh diterima ini sampai 25 orang kena pecat memang luarbiasa dan sudah tentu sesuatu yg tak kena dgn pentadiran agama Islam di Perlis dulu gian sangat nak lantik imam sekarang pecat pula
— Ghazali Resab (@ResabGhazali) January 3, 2019